Wednesday 7 October 2009

LATIHAN TATABAHASA SEKSYEN A

SEKSYEN A: KOLEKSI SOALAN TATABAHASA
Soalan 1 hingga Soalan 60

Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.

1. “Penduduk Kampung Parit Sulong menyambut ketibaan wakil rakyat itu ke kampong ______ dengan paluan kompang.
A dia
B nya
C kalian
D mereka

2. “Mengapakah _______ tidak mahu mewakili sekolah dalam acara merentas desa
tahun lalu?” tanya Cikgu Fuad kepada Tahir.
A kita
B kamu
C mereka
D engkau

3. Di seberang jalan _____lah terletak pasar raya yang mengadakan jualan murah
itu.
A itu
B ini
C sini
D sana

4. Para guru boleh meminjam alat bantu mengajar di Pusat Kegiatan Guru pada _______ masa.
A apa-apa
B bila-bila
C siapa-siapa
D mana-mana

5. ________ tidak pernah bercuti walaupun telah setahun bekerja sebagai tukang
kebun di rumah saya.
A Kamu
B Dia
C Beliau
D Kalian

6. __________ peserta ekspedisi yang tersesat di dalam kawasan paya bakau itu telah
dijumpai semalam.
A Empat
B Keempat
C Satu perempat
D Keempat-empat




7. “Kerja-kerja ______ tidak sesuai dengan kelulusan saya,” kata Nur Atiqah
kepada Solihin.
A begini
B begitu
C sebegini
D sedemikian

8. “Hanya ________ seorang sahaja yang terselamat daripada serangan pengamuk
itu,” sembah Pak Kadim.
A patik
B hamba
C daku
D beta

9. __________ itu sedang mengulas acara lompat jauh yang sedang berlangsung di
tengah-tengah padang.
A Juruacara
B Juruteknik
C Juruhebah
D Jurugambar

10. _________ spesies ular yang jarang ditemui itu telah dijumpai di dalam gua tersebut.
A Kerongsang
B Kelongsong
C Kerongkong
D Kerambit

11. Indeks saham bagi industri berasaskan kopi dan koko naik _______ apabila
banyak pelabur asing memasuki pasaran.
A melonjak
B meninggi
C mendadak
D meningkat

12. Harimau belang yang dikatakan ________ di ladang getah itu amat merisaukan
para penoreh.
A berlari-lari
B merayau-rayau
C berjalan-jalan
D merangkak-rangkak

13. Ada sesetengah pihak yang mahu _________ mesyuarat pemilihan ahli
jawatankuasa baru Koperasi Bersatu itu.
A pulau
B dipulaukan
C pemulauan
D memulaukan




14. Emak memasukkan se______ garam ke dalam gulai yang sedang terjerang.
A cubit
B cekak
C cebis
D carik

15. Abang hanya meminum se________ air sebelum pergi ke pejabat kerana sudah
terlambat.
A titik
B teguk
C rincih
D berkas

16. “Belum ada apa-apa berita tentang kes pembunuhan itu yang saya terima ______
kini,” kata Sarjan Maarof.
A hingga
B sampai
C sejak
D dari

17. Calon-calon peperiksaan yang tidak membawa kad pengenalan diminta berdiri _________ dewan sehingga mendapat surat pengesahan daripada pihak sekolah.
A di sudut
B di tepi
C di sisi
D di luar

18. Pelita yang telah kehabisan minyak itu makin _________ menyebabkan kami
terpaksa mencari lilin.
A gelap
B malap
C balam
D hitam

19. Peserta yang ________ berhujah itu telah dipilih sebagai pemidato terbaik peringkat
daerah.
A mantap
B tegas
C petah
D jelas

20. Pemuda yang ________ beg tangan wanita itu telah ditangkap oleh orang yang
lalu-lalang di situ.
A meraba
B menarik
C merampas
D meragut




21. Jumlah kematian mangsa bencana tsunami itu telah ________ kepada ratusan
ribu orang.
A menolak
B menokok
C mencecah
D meningkat

22. Pelbagai langkah _______ dilaksanakan untuk menangani masalah cetak rompak
supaya industri muzik tanah air tidak terus menanggung kerugian.
A sedang
B hendak
C mahu
D telah

23. ________, aku tidak mahu bersubahat lagi dengan kumpulan budak nakal itu!
A Oh
B Ah
C Cis
D Wah

24. Rosman dituduh meniru Ali ________ markah Rosman lebih tinggi daripada
markah Ali.
A melainkan
B sebaliknya
C walaupun
D padahal

25. Abang ________ seguni baja di atas kepalanya lalu menuju ke tengah-tengah
sawah.
A mengandar
B menjunjung
C menjinjing
D memikul

26. Kalau saya tidak dilantik menjadi ketua rombongan ________ awaklah yang akan
dipilih.
A agaknya
B barangkali
C kelak
D tentu

27. Tuan pengetua akan memberi __________ tentang masalah gengsterisme dan buli
ketika berucap dalam mesyuarat PIBG.
A penjelasan
B penerangan
C perhatian
D penekanan




28. Emak jatuh _________ di atas lantai ketika turun dari kerusi rodanya.
A terjelepuk
B terperosok
C tergelincir
D tergelongsor

29. Tendangan lencongnya menyebabkan bola __________ masuk ke dalam jaring gol
sehingga para pemain pihak lawan terpinga-pinga.
A menerjah
B membolos
C merembes
D menyumbat

30. Juara pertandingan badminton itu menerima piala daripada pihak penaja _________
menjulang piala yang dimenanginya itu ke arah penonton.
A seterusnya
B sambil
C lalu
D lantas

31. Pada 16 Mei setiap tahun, warga sekolah akan mengadakan sambutan _________ .
A Hari Kantin
B Hari Kanak-kanak
C Hari Pekerja
D Hari guru

32. Kawasan pelupusan sampah di hujung taman ini dikenal pasti sebagai tempat
Pembiakan __________ .
A lelabah
B jejentik
C kekura
D tetupai

33. __________ pengurus syarikat itu yang menggelapkan duit keuntungan syarikat.
A Agak-agak
B Harap-harap
C Entah-entah
D Mungkin-mungkin

34. Pemuda yang berambut panjang itu _______ rantai emas dari leher Tina.
A menarik
B meragut
C merampas
D merengkuh

35. Semua jemputan telah datang ________ Puan Rashimah sekeluarga.
A melainkan
B kecuali
C sebaliknya
D tidak

36. Kamu tidak akan didakwa __________ kamu bersetuju untuk memulangkan basikal
yang kamu curi semalam.
A apabila
B kalau
C tatkala
D jika

37. Pakaian pengemis itu berbau __________ kerana sudah lama tidak dibasuh.
A tengik
B hangit
C wangi
D hapak

38. Beberapa orang peserta tertidur ketika mendengar taklimat yang _________
daripada Ketua Lembaga Pengarah itu.
A berjela-jela
B berkait-kait
C berumbai-umbai
D berjuntai-juntai

39. Puan Hamidah ____________ kerana mesin jahit yang baru dibelinya itu sering rosak.
A merungut
B berleter
C meracau
D mengigau

40. Golongan cerdik pandai di negeri ini disarankan supaya _________ tenaga untuk
membantu kerajaan dalam mengatasi inflasi.
A memerahkan
B mencurahkan
C menghayunkan
D menggemblengkan

41. Para penonton banyak memperoleh faedah __________ rancangan “Edisi Siasat”
yang memaparkan pelbagai fenomena hidup pada hari ini.
A oleh
B dari
C tentang
D daripada

42. Pemborong itu __________memasarkan pakaian batik keluaran Syarikat Anggun di
Malaysia ________ di luar negara.
A baik ... mahupun
B baik pun ... bukan saja
C bukan saja ... bahkan juga
D sedangkan ... tambahan pula





43. Percakapannya yang suka _________ itu menyebabkan pihak polis mengesyaki
dialah yang mencuri kereta itu.
A ulang-alik
B dolak-dalik
C karut-marut
D lintang-pukang

44. Anak-anak Mak Ijah yang baru balik dari sekolah memakan makanan yang terhidang
di atas meja itu sehingga __________.
A gopoh-gapah
B riuh-rendah
C kucar-kacir
D licin-licau

45. _____________ tuduhan itu dibuktikan terlebih dahulu sebelum dibawa ke mahkamah?
A Iakah
B Patutkah
C Bilakah
D Adakah

46. Novel yang terpilih itu adalah __________ keruntuhan moral dalam kalangan remaja.
A tentang
B kisah
C mengenai
D menyentuh

47. “Hari sudah senja, eloklah _______ membuat unggun api sekarang,” kata Roslan
kepada rakan-rakannya.
A kami
B kita
C awak
D mereka

48. Puan Saidah memakai se_________ kalung mutiara pada hari persandingan
anaknya.
A untai
B lembar
C pasang
D jurai

49. Pencuri itu _______ perut tauke kedai emas dengan sebilah pisau.
A merobek
B merodok
C mencucuk
D mencabik






50. Ibu sedang ____________ sayur-sayuran itu sebelum dicampurkan ke dalam kuah
rojak.
A merebus
B mencelur
C mengukus
D menanak

51. Sesiapa yang tidak dapat menyaksikan siaran langsung keputusan pilihan raya pada
malam tadi, mereka boleh menonton siaran _____________ pada pagi ini.
A berhenti
B tertunda
C bertangguh
D penghalang

52. Pak Awang ____________ lalang-lalang yang di kebunnya dengan sebilah parang
panjang.
A memotong
B menebas
C mengerat
D memangkas

53. Berkat __________Talib menghafal ayat-ayat suci al-Quran itu, dia telah dicalonkan
untuk menyertai pertandingan musabaqah di Kuala Lumpur.
A kebenaran
B kekerasan
C ketelitian
D kesungguhan

54. ____________ ayah seorang yang garang, __________ beliau bertanggungjawab
dan sentiasa mengawasi kami agar berjaya dalam pelajaran.
A Sungguhpun ... bahkan
B Sungguhpun ... namun
C Sungguhpun ... sebaliknya
D Sungguhpun ... apatah

55. Pelumba New Zealand yang ____________ basikal berwarna biru itu berjaya memintas
rakan senegaranya pada pusingan terakhir.
A mengayuh
B menunggang
C memandu
D memecut

56. Sebelum mengadakan latihan, lazimnya pensyarah kami akan memberi ____________ tentang cara-cara membuat tugasan itu.
A tunjuk sebab
B tunjuk ajar
C tunjuk cara
D tunjuk bukti



57. ___________semula sesebuah syarikat yang telah lama beroperasi akan mengukuhkan
syarikat tersebut lagi.
A Pembubaran
B Pengurusan
C Pembentukan
D Penstrukturan

58. __________pendapat saya, pemimpin yang mengamalkan rasuah mesti dihukum
buang daerah.
A Pada
B Dalam
C Dari
D Daripada

59. Datuk membeli sepuluh ________ petai di pasar tani pagi tadi.
A gugus
B papan
C utas
D keping

60. Encik Faiz tidak ________segala permintaan isteri mudanya.
A terpenuhi
B terlayani
C terkuasai
D terpatahkan

No comments:

Post a Comment