Wednesday, 7 October 2009

KARANGAN SURAT KIRIMAN RASMI

Anda telah membeli sebuah rumah kos sederhana. Rumah itu tidak mengikut spesifikasi yang sepatutnya. Tulis sepucuk surat kepada pemaju perumahan yang berkenaan untuk melaporkan hal tersebut. Panjang karangan itu hendaklah lebih daripada 180 patah perkataan.

Pendahuluan:
alamat pengirim dan penerima, tarikh, dan perkara

Isi-isi penting:
(a) memaklumkan perkara yang tidak mematuhi spesifikasi:
– ketinggian pagar
– tiada tandas duduk di bilik utama
– setiap bilik hanya dipasang satu palam sepatutnya dua palam
– tidak membina tempat meletak tong sampah di tepi jalan

(b) dinding tembok ruang tamu retak

(c) sistem longkang dan pembentungan yang tidak sempurna – longkang cetek –
keluasan pembentungan tidak cukup – kerap berlaku banjir

Penutup:
berharap agar pemaju bertindak dengan segera – jika gagal – akan membawa hal
ini ke mahkamah – ucapan terima kasih, pengakuan pengirim – tandatangan dan
nama penuh





2. Sebagai setiausaha, anda telah diminta menulis sepucuk surat aduan kepada Majlis Daerah untuk memberitahu tentang keadaan gerai-gerai makanan yang semakin kotor dan tidak terurus.Tulis surat aduan tersebut dan cadangkan langkah-langkah untuk mengatasinya. Panjang karangan itu hendaklah lebih daripada 180 patah perkataan.

Pendahuluan:
alamat pengirim – alamat penerima – tarikh – panggilan hormat penerima

Isi-isi penting:
(a) aduan tentang kebersihan makanan di gerai Pekan Solok Manggis – terdapat
20 buah gerai yang terletak di tepi jalan – diusahakan oleh penduduk yang
tinggal di kampung sekitar – pelanggan terdiri daripada penumpang bas
ekspres, penumpang bas, dan pelancong

(b) kedudukan gerai makan – 30 gerai terletak di kiri dan kanan bahu jalan –
habuk berterbangan dari jalan raya – makanan terdedah kepada debu – banyak
sampah tersangkut di dalam longkang di belakang gerai – sampah yang
berlonggok-longgok menyebabkan lalat dan tikus membiak – lalat hinggap
pada makanan dan makanan itu dibeli oleh pelanggan

(c) cadangan untuk membaiki mutu restoran – pegawai dari Majlis Daerah membuat
pemeriksaan secara mengejut – mengeluarkan surat notis dan saman – merampas
lesen berniaga – kempen melalui media massa – mengedarkan poster untuk
mengingatkan masyarakat tentang amalan kebersihan – pilih kedai yang bersih

Penutup:
berharap agar Majlis Daerah bekerjasama untuk memelihara kebersihan gerai makan
di Pekan Solok Manggis

1 comment: