Wednesday 7 October 2009

SAJAK

Negeri Cinta, karya Nahmar Jamil

1. Pilih pernyataan yang salah berdasarkan sajak “Negeri Cinta”.
A Menjaga kebersihan alam sekitar merupakan tanggungjawab bersama
B Semangat perpaduan perlu diamalkan tanpa mengira kaum
C Semangat cinta akan tanah air perlu dipupuk demi mempertahankan maruah
negara
D Negara yang indah dan bersih lazimnya terdiri daripada penduduk yang berbilang
kaum


2. Apakah yang dimaksudkan dengan kehidupan yang mencekik dalam sajak di atas?
A Kemajuan yang tergendala
B Kesusahan yang dialami
C Pencemaran yang berlaku
D Alam sekitar yang musnah


3. Apakah tema sajak “Negeri Cinta”?
A Kewajipan menjaga tanah air
B Keindahan alam semula jadi
C Kasih sayang antara manusia
D Keharmonian hidup di dunia


4. Unsur bunyi yang ketara dalam baris ayat Ini sungai kita, lindungilah dari pembuangan
ialah
A aliterasi g.
B asonansi e.
C asonansi i.
D asonansi u.


5. Melalui sajak “Negeri Cinta”, penyajak menimbulkan semangat
A kekitaan.
B berdikari.
C yakin diri.
D patriotisme.












Seorang Guru Tua, karya Gunawan Mahmood


1. Pilih pernyataan yang tepat tentang guru tua.
A Masih mengajar
B Sudah bersara
C Kecewa
D Sakit


2. Tujuan utama penyajak menghasilkan sajak “Seorang Guru Tua” adalah untuk
A menyatakan kepada masyarakat bahawa peranan guru sangat penting dalam
sesebuah negara.
B menghargai jasa guru-guru yang telah banyak berkorban kepada masyarakat.
C meyakinkan masyarakat bahawa tugas guru sangat penting.
D menjalinkan hubungan yang mesra dengan para pendidik.


3. Frasa kini rambut memutih kepala merupakan gaya bahasa
A hiperbola.
B simile.
C metafora.
D inversi.


4. Yang berikut merupakan ciri-ciri sajak “Seorang Guru Tua” yang benar, kecuali
A terdiri daripada tiga rangkap.
B rima akhir bagi rangkap kedua ialah a-b-c-c-d-c-e-c-e-e.
C terdiri daripada dua hingga lima patah kata bagi setiap baris.
D rangkap pertama dan rangkap ketiga bebas manakala rangkap kedua terikat.


5. Apakah nilai utama yang hendak disampaikan oleh pengarang kepada pembaca melalui
sajak tersebut?
A Simpati
B Dedikasi
C Kesetiaan
D Mengenang jasa












Surat dari Kampus, karya Nawawee Mohammad


1. Apakah hubungan penyajak dengan pengutus surat?
A Sahabat
B Sepupu
C Saudara
D Seteru


2. Mengapakah penulis mengatakan bahawa di kampung surat itu harganya melambung?
A Penduduk kampung jarang menerima surat
B Pengirim surat tersebut ialah seorang mahasiswa
C Surat itu ditulis oleh seorang penduduk kampung
D Surat itu disampaikan oleh posmen yang banyak berjasa


3. Rima akhir bagi rangkap kedua sajak “Surat dari Kampus” ialah
A a-b-b-c.
B a-a-b-a.
C a-b-c-b.
D a-b-c-b.


4. Nilai murni yang berikut terdapat dalam sajak “Surat dari Kampus”, kecuali
A muafakat.
B penghargaan.
C kasih sayang.
D saling menghormati.


5. Tema yang diungkapkan oleh pengarang melalui sajak di atas ialah
A kesetiaan dalam persahabatan.
B kegigihan dalam mengejar cita-cita.
C kepentingan sahabat dalam hidup.
D keikhlasan dalam persahabatan.














Puisi Buat Mama, karya Adi Badiozaman Tuah


1. Siapakah kau dalam baris pertama sajak?
A Pengasuh yang bimbang akan keselamatan seorang kanak-kanak yang
dipeliharanya
B Ibu yang terpaksa berpisah dengan anaknya kerana keadaan memaksa
C Seorang wanita yang terlalu mementingkan kerjaya
D Penyajak yang terkenang akan anaknya


2. Siapakah yang mengungkapkan kata-kata pada baris pertama hingga baris keempat
dalam rangkap pertama sajak tersebut?
A Ida
B Si ibu
C Penyajak
D Pengasuh


3. Rangkai kata satu pengorbanan yang perlu merupakan gaya bahasa
A simile.
B inversi.
C metafora.
D personifikasi.

selain dakapan mesra dan susuan ibu

4. Bagaimanakah nada ketika mengungkapkan rangkai kata di atas?
A Sinis
B Romantik
C Patriotik
D Balada


5. Apakah tema sajak “Puisi Buat Mama”?
A Kasih sayang seorang ibu terhadap anak
B Kasih sayang seorang anak terhadap ibu
C Kasih sayang yang memerlukan pengorbanan
D Kasih sayang yang tidak berbelah bahagi dalam keluarga












Tasik Biru, Bau, Sarawak, karya Kemala


1. Kepada siapakah puisi ini ditujukan?
A Kawan penyajak
B Penjaga tasik
C Penduduk tempatan
D Penghuni di sekitar tasik


2. Apakah mesej yang ingin disampaikan oleh penyajak dalam sajak “Tasik Biru, Bau,
Sarawak”?
A Golongan yang merosakkan alam sekitar mestilah dihukum
B Kerajaan hendaklah menswastakan kerja-kerja menjaga alam sekitar
C Penduduk tempatan hendaklah memulihara keindahan alam sekitar
D Keindahan alam sekitar akan kekal sekiranya tidak ada campur tangan daripada
manusia


3. Kamar sutera rohani ialah gaya bahasa
A simile.
B metafora.
C hiperbola.
D personifikasi.


4. Yang berikut ialah ciri-ciri sajak di atas, kecuali
A berbentuk terikat.
B terdiri daripada tiga rangkap.
C berjumlah dua puluh satu baris.
D rima akhir rangkap ketiga ialah a-b-c-d-d.


5. Nilai murni yang terdapat dalam sajak ini ialah
A bersyukur kepada Tuhan kerana ciptaan-Nya.
B prihatin terhadap perubahan alam semula jadi.
C kebersihan perlu diamalkan untuk memajukan pelancongan.
D simpati terhadap nasib penduduk di sekitar Tasik Biru, Bau, Sarawak.













Burung Tempua, karya Abdul Hadi Yusoff


1. Apakah cabaran yang dihadapi oleh burung tempua semasa membina sarang?
A Kesukaran mendapatkan jerami dan rumput untuk menyiapkan sarang
B Tidak mampu membina sarang kerana tinggal bersendirian
C Tubuhnya sangat kecil dan tidak berdaya untuk terbang
D Terpaksa menentang fenomena alam


mengajar kami
erti keberanian

2. Maksud frasa di atas ialah
A sikap gigih dan kesungguhan burung tempua wajar dicontohi.
B hanya orang yang kuat sahaja akan berjaya dalam hidup.
C burung tempua merupakan haiwan yang sangat berani.
D kepintaran burung tempua perlu diteladani.


3. Apakah rima akhir rangkap ketiga sajak “Burung tempua”?
A a-b-c-d-d-b-d
B a-b-c-a-d-c-a
C a-b-c-d-d-a-a
D a-b-n-c-c-d-e


4. Apakah pengajaran yang terdapat dalam sajak “Burung Tempua”?
A Kita hendaklah berusaha sedaya upaya untuk mencari tempat berlindung
B Kita hendaklah bekerjasama untuk menjayakan sesuatu rancangan
C Jangan menyusahkan diri sendiri untuk kesenangan orang lain
D Jangan berputus asa ketika membuat sesuatu pekerjaan


5. Antara yang berikut merupakan pengajaran yang terdapat dalam sajak “Burung
Tempua”, kecuali
A kita harus tabah menghadapi dugaan.
B kita patut mempunyai matlamat hidup.
C kita perlu berusaha untuk mencapai cita-cita.
D kita mesti menjaga keselamatan diri daripada bencana alam.

PROSA KLASIK

Lebai Malang

1. Mengapakah isteri Lebai Malang tidak bersimpati terhadap nasib yang menimpa Lebai
Malang?
A Kecewa akan perangai Lebai Malang yang dungu
B Benci melihat sikap Lebai Malang yang lurus bendul
C Marah kerana Lebai Malang bertindak bodoh
D Bimbang kerana Lebai Malang berkelakuan seperti orang hilang akal

2. Pada pendapat anda, wajarkah isteri Lebai Malang memukul Lebai Malang?
A Tidak wajar kerana Lebai Malang telah bercakap benar
B Tidak wajar kerana Mak Lebai mesti menghormati suaminya
C Tidak wajar kerana Lebai Malang telah mencari rezeki yang halal
D Tidak wajar kerana Mak Lebai telah mengetahui bahawa suaminya seorang yang
bodoh

3. Apakah betuk puisi yang terakhir dalam petikan di atas?
A Seloka
B Syair
C Pantun
D Teromba

4. Pernyataan yang berikut merupakan latar masyarakat yang terdapat dalam cerita
“Lebai Malang”, kecuali
A masyarakat yang saling menghormati.
B masyarakat yang menganut agama Islam.
C masyarakat yang mengamalkan semangat kejiranan.
D masyarakat yang mementingkan diri sendiri.

5. Tema yang dipaparkan dalam cerita “Lebai Malang” ialah
A sikap tamak yang akhirnya merugikan diri sendiri.
B sikap berseloroh yang akhirnya mengaibkan keluarga.
C sikap gopoh yang memalukan isteri dan teman-teman.
D sikap malas yang menyebabkan kelaparan.

















Tujuh Puteri Turun ke Dunia

1. Antara yang berikut merupakan sebab-sebab Tuan Puteri Bongsu mahu mendapatkan
kain layangnya, kecuali
A ingin pulang ke kayangan.
B takut akan ayahanda dan bondanya murka.
C tidak mahu hidup bersendirian.
D kakanda keenam enggan meninggalkannya.

2. Mengapakah Tuan Puteri Bongsu menuduh pengail mengambil pakaian layangnya?
A Kerana pengail enggan menjawab pertanyaannya
B Kerana pengail sahaja yang berada di situ
C Kerana pengail menyatakan hal itu dalam pantunnya
D Kerana pengail bersubahat dengan Nenek Kebayan

3. Yang berikut merupakan kata-kata klasik yang terdapat dalam petikan di atas, kecuali
A sembah.
B seraya.
C murka.
D bersabda.

4. Apakah pengajaran yang terdapat dalam petikan di atas?
A Orang yang tampan mudah memikat gadis
B Pertelingkahan dapat diselesaikan melalui orang tengah
C Berusahalah dengan bersungguh-sungguh untuk mencapai cita-cita
D Patuh akan perintah ibu bapa supaya hidup selamat

5. Pilih peristiwa yang menjadi klimaks cerita “Tujuh Puteri Turun ke Dunia”.
A Tuanku Malim Deman berjaya mencuri kain layang Tuan Puteri Bongsu
B Pengail hodoh menukarkan dirinya menjadi Tuanku Malim Deman
C Tuan Puteri Bongsu bersetuju untuk berkahwin dengan Tuanku Malim Deman
D Tuan Puteri Bongsu menjumpai seorang pengail tua di tepi sungai


















Susur Galur Asal Usul Negeri Melaka

1. Mengapakah Raja Iskandar menjelajah dari satu tempat ke satu tempat yang lain?
A Untuk memburu pelanduk sakti
B Untuk meluaskan tanah jajahan
C Untuk mencari tempat yang sesuai untuk didirikan kota
D Untuk mengelak daripada dibunuh oleh pengikutnya yang tidak setia


2. Kota Buruk mendapat nama berdasarkan
A nama menteri yang menjaga kawasan itu.
B kota tersebut kelihatan buruk pada waktu malam.
C pemandangan di sekitar kota itu sangat buruk pada waktu malam.
D banyak peristiwa buruk telah berlaku sebelum kota itu dibuka.


3. Berdasarkan petikan, pilih penerangan yang tepat tentang latar masyarakat dalam
petikan cerita “Susur Galur Asal Usul Negeri Melaka”.
A Raja-raja Melayu mengambil berat tentang kebajikan rakyat
B Masyarakat yang percaya akan cerita-cerita yang karut dan tahyul
C Masyarakat yang mentaati raja
D Masyarakat Melayu lama yang dinaungi oleh sistem feudal


4. Nilai murni yang terdapat dalam cerita “Susur Galur Asal Usul Negeri Melaka” ialah
A cinta akan negara.
B sayang akan raja.
C taat akan golongan ulama.
D menghormati golongan bangsawan.


5. Apakah tema cerita “Susur Galur Asal Usul Negeri Melaka”?
A Sejarah perkembangan agama Islam di negeri Melaka.
B Sejarah pemerintahan raja-raja Melayu Melaka.
C Sejarah pembukaan pelabuhan Melaka.
D Sejarah pembukaan negeri Melaka.















Keberanian Lima Bersaudara


1. Mengapakah pengiring Bendahara Paduka Raja lari bertempiaran?
A Kerana Bendahara Paduka Raja mahu membunuhnya
B Kerana bimbang akan dibunuh oleh Hang Tuah dan rakan-rakannya
C Kerana takut akan dibunuh oleh orang yang sedang mengamuk
D Kerana pengiring Bendahara Paduka Raja bersubahat dengan orang yang sedang
mengamuk


2. Apakah tujuan utama pengarang memasukkan peristiwa Hang Tuah lima bersaudara
melawan orang-orang yang mengamuk?
A Untuk menunjukkan ketaatan Hang Tuah lima bersaudara kepada raja
B Untuk menunjukkan kewibawaan pemerintahan Sultan Melaka
C Untuk menunjukkan kehandalan Hang Tuah lima bersaudara
D Untuk menunjukkan keadaan negeri Melaka yang huru-hara


3. Di manakah latar tempat peristiwa dalam petikan di atas berlaku?
A Di perkarangan kedai Hang Mahmud
B Di halaman rumah Bendahara
C Di hadapan istana
D Di tengah pasar


4. “...maka tatkala itu Bendahara pun hendak masuk menghadap...”
Kata “masuk menghadap” dalam petikan di atas bermaksud
A menemui sultan.
B menjunjungi sultan.
C membuat laporan kepada sultan.
D menjunjung perintah sultan.


5. Persoalan yang terdapat dalam cerita “Keberanian Lima Bersaudara” ialah
A kesetiaan kepada ketua dan negara.
B raja yang adil akan disanjungi rakyat.
C rakyat mesti patuh pada arahan pembesar negara.
D rakyat Melaka tidak akan menderhaka kepada raja.

KOMSAS PANTUN F1

Pantun Dua Kerat


1. Mengapakah kita dilarang berbohong?
A Seseorang itu akan mencuri sebelum berbohong
B Berbohong dan mencuri merupakan perbuatan yang terkutuk
C Orang yang berbohong akan mencuri
D Pencuri memang suka berbohong


2. Pilih pernyataan yang menerangkan maksud rangkap ketiga pantun di atas.
A Tingkah laku dan kelakuan manusia hampir sama
B Orang yang bijak, pandai menjaga tingkah laku
C Kelakuan manusia berubah-ubah
D Perangai manusia berbeza-beza


3. Jumlah suku kata dalam baris Senduk di dinding, panggang di atap ialah
A tujuh.
B lapan.
C sembilan.
D sepuluh.


4. Yang berikut ialah ciri-ciri “Pantun Dua Kerat”, kecuali
A mempunyai jeda.
B pola rima akhir ialah a – b.
C terdiri daripada empat hingga enam patah kata sebaris.
D terdiri daripada sepuluh hingga dua belas suku kata sebaris.


5. Apakah persoalan yang terdapat dalam rangkap kesembilan pantun di atas?
A Segala perkara yang berlaku mengikut peraturan alam
B Tingkah laku manusia tidak dapat diramalkan
C Orang yang berpura-pura itu sebenarnya menipu diri sendiri
D Nasib manusia di dunia telah ditentukan oleh takdir















Pantun Budi

Hati terkenang mulut menyebut,
Budi sedikit rasa nak junjung

1. Apakah maksud kedua-dua baris pantun di atas?
A Budi tidak dapat dinilai dengan wang ringgit
B Jasa dan budi seseorang itu walaupun kecil akan dikenang dan dihargai
C Orang yang berbudi akan terkenal dalam kalangan masyarakat
D Sesiapa yang telah termakan budi mestilah berusaha membalas budi tersebut


2. Mengapakah kita perlu berbudi?
A Agar mempunyai kawan yang banyak
B Supaya dihormati oleh orang lain
C Mendapat pujian daripada rakan-rakan
D Mudah mendapat pertolongan daripada orang lain


Hutang emas boleh dibayar,
Hutang budi dibawa mati.

3. Pengulangan perkataan hutang dalam baris di atas ialah gaya bahasa
A simile.
B anafora.
C metafora.
D hiperbola.


4. Berdasarkan “Pantun Budi”, tandakan hentian jeda yang betul.
A Kalau ada jarum/yang patah
B Jangan/disimpan di dalam peti
C Kalau ada/silap dan salah
D Jangan disimpan di dalam/hati


5. Rangkap pertama hingga rangkap keempat “Pantun Budi” mengungkapkan tema
tentang
A semangat persaudaraan.
B kasih sayang sesama insan.
C kebaikan budi dalam kehidupan.
D semangat kerjasama dalam kalangan masyarakat.









Pantun Kanak-kanak


1. Maksud rangkap kedua pantun ialah
A seseorang yang malas belajar akan menjadi pelupa.
B ilmu hendaklah sentiasa dipelajari dan diamalkan.
C kita hendaklah membantu orang yang ingin menuntut ilmu.
D tuntutlah ilmu untuk kepentingan masa depan.


2. Unsur alam yang terdapat dalam “Pantun Kanak-kanak” ialah
A gergaji.
B perut.
C bintang.
D berseri.


3. Pilih frasa yang ada unsur personifikasi daripada baris yang berikut.
A Perut kosong badan tak sihat
B Bintang tujuh sinar berseri
C Bulan purnama datang menerpa
D Cahaya memancar ke pokok kelapa


4. Rima akhir pantun tersebut ialah
A a-b-c-d.
B a-b-a-b.
C a-b-b-a.
D a-a-b-b.


5. Pengajaran yang berikut terdapat dalam “Pantun Kanak-kanak”, kecuali
A orang yang berilmu akan hidup senang.
B sikap malas akan merugikan diri sendiri.
C ilmu pengetahuan dapat menjamin masa depan seseorang.
D jasa dan pengorbanan ibu bapa wajib dikenang dan dibalas.

KOMSAS CERPEN F1

Hadiah Hari Guru, karya Rejab F. I.

1. Mengapakah Ramli berasa gembira setelah pulang dari rumah Pak Mustaffa?
A Penduduk kampung bersimpati terhadap nasib yang menimpa keluarga Ramli
B Pak Mustaffa telah memberikan beras yang dipinta oleh ibunya
C Ramli tahu bahawa Cikgu Fatimah mesti gembira setelah menerima hadiah
daripadanya
D Pemandangan dari rumah Ramli ke rumah Pak Mustaffa sungguh indah

2. Mengapakah Ramli berasa berdebar-debar semasa menunggu Cikgu Fatimah?
A Khuatir akan keselamatan Cikgu Fatimah yang tidak pernah datang lewat ke
sekolah
B Bimbang kerana memikirkan sama ada Cikgu Fatimah mahu menerima hadiah
yang akan diberinya atau tidak
C Tidak sabar hendak memberi ucapan selamat hari guru kepada Cikgu Fatimah
D Mahu menjadi orang yang pertama memberikan hadiah kepada Cikgu Fatimah

3. Latar masyarakat yang digambarkan dalam petikan di atas ialah
A penduduk kampung yang miskin.
B guru yang berbeza latar belakang.
C ibu yang bijak menyelesaikan masalah.
D penduduk kampung yang mementingkan pelajaran.

4. Antara yang berikut merupakan pernyataan yang menerangkan perwatakan Cikgu
Fatimah, kecuali
A bersikap pilih kasih antara pelajar-pelajarnya.
B mengambil berat tentang pelajaran pelajarnya.
C baik hati dan ikhlas apabila menerima hadiah daripada seseorang.
D sangat simpati terhadap nasib malang yang menimpa orang lain.

5. Apakah pengajaran yang terdapat dalam cerpen “Hadiah Hari Guru”?
A Kita hendaklah tegas ketika menjalankan tugas
B Kita hendaklah ikhlas melakukan sesuatu
C Kita hendaklah rajin membantu ibu bapa
D Kita hendaklah taat kepada ibu bapa















Gema Menggegar Kota, karya Timah Baba

1. Menurut Cikgu Zaidah, perjanjian antara Belanda dengan Bugis ditandatangani supaya
A Bugis membenarkan Belanda tinggal di hilir sungai.
B Belanda dapat menguasai perniagaan bijih timah di kuala sungai.
C Bugis membenarkan Belanda membeli bijih timah di kuala sungai.
D Bugis dan Belanda mahu menjaga hak masing-masing di Tanah Melayu.

2. Kota lama yang terletak di Bukit Supai dibina pada zaman pemerintahan
A Bugis.
B Portugis.
C Belanda.
D Kerajaan Melayu Melaka.

3. Pernyataan yang manakah tidak menerangkan latar tempat kota Bukit Supai?
A Lebar tembok cukup untuk dua orang berselisih
B Beberapa permukaan tembok telah pecah
C Ketinggian tembok kira-kira tiga kaki
D Terdapat gambar pada tembok yang telah pecah

4. Pilih pernyataan yang bukan menerangkan perwatakan Cikgu Zaidah.
A Sangat dedikasi semasa menjalankan tugas
B Rajin menyelesaikan masalah pelajar-pelajarnya
C Disayangi oleh para pelajar
D Bijak membuat keputusan

5. Peleraian cerpen “Gema Menggegar Kota” ialah apabila
A tiga orang pakar bom meletupkan bom di tepi pantai.
B semua ahli rombongan pulang ke rumah masing-masing dengan selamat.
C Rasyid jatuh tersungkur apabila tersepak objek hitam di tepi pantai.
D Cikgu Zaidah menyuruh Rahim melaporkan kejadian yang berlaku di balai polis.



















Diari Seorang Pengawas, karya Ali Majod

1. Apakah perkara yang menggelikan hati penulis?
A Mona Aida bertambah cantik
B Beberapa orang kawan penulis telah berubah
C Rukiah bertambah gemuk seperti emak orang
D Kawan-kawan penulis datang ke sekolah dengan azam yang baru

2. Pengawas tingkatan satu belum ada kerana
A mereka belum mendaftar.
B mereka belum memulakan sesi pembelajaran.
C mereka belum dilantik oleh guru pengawas.
D mereka belum disusun mengikut keputusan peperiksaan.

Aku terpegun melihat Rukiah yang besar begitu mendadak seperti dipam-pam.

3. Rangkai kata di atas merupakan gaya bahasa
A simile.
B metafora.
C hiperbola.
D personifikasi.

4. Latar tempat berlakunya peristiwa dalam petikan di atas ialah
A di asrama.
B di sekolah.
C di rumah Ramli.
D di perkarangan pejabat sekolah.

5. Apakah tema yang ingin disampaikan oleh pengarang melalui cerpen “Diari Seorang
Pengawas”?
A Keikhlasan dalam persahabatan
B Ketegasan ketika menjalankan tugas
C Keinsafan setelah melakukan kesalahan
D Kesabaran melaksanakan tanggungjawab

















Makmal ZNF, karya Shamsinor Zaman Shamzuz Zaman

1. Mengapakah Zainuddin menjerit?
A Kerana Zainuddin terjatuh ke dalam bilik gelap
B Kerana kaki Zainuddin menjadi lumpuh
C Kerana si botak menarik Zainuddin ke dalam lubang
D Kerana si botak menyerang Zainuddin menggunakan virus

2. Fauzi memaksa dirinya tersenyum kerana
A dia mahu menghilangkan perasaan risau.
B dia berjaya mencipta disket antivirus yang baru.
C dia telah berjaya mencipta virus baru untuk menentang si botak.
D dia yakin dapat membunuh virus yang dihantar oleh si botak.

3. Di manakah latar tempat berlakunya peristiwa lingkaran data yang saling menyerang
dalam petikan?
A Di makmal sains
B Di dalam komputer
C Di dalam kilang
D Di dalam pejabat

4. Persoalan yang berikut terdapat dalam cerpen “Makmal ZNF”, kecuali
A berkorban demi persahabatan.
B balasan orang yang berbuat jahat.
C keberanian dalam menghadapi rintangan.
D keburukan menggunakan peralatan sains dan teknologi.

5. Peringkat perkembangan cerpen “Makmal ZNF” ialah peristiwa
A si botak merompak bank dengan menggunakan talian komputer.
B Zainuddin bertarung dengan Syarif dalam komputer.
C rumah Syarif terbakar kerana litar pintas.
D Norhaiza hilang dalam perisian komputer.



















Sehijau Warna Daun, karya Zaen Kaesturi

1. Mengapakah Mei Ling merasakan bahawa dia dan ibunya merupakan penghuni asing
di Kampung Kemuning?
A Mei Ling tidak mempunyai rakan-rakan di sekolah
B Mei Ling sangat miskin dan sering meminta bantuan daripada jiran-jiran
C Keluarga Mei Ling terpaksa membayar sewa rumah yang tinggi kepada ketua
kampung
D Keluarga Mei Ling berketurunan Cina manakala jiran-jiran yang lain berbangsa
Melayu

2. Apakah beban yang ditanggung oleh Nyonya Khoo?
A Membiayai persekolahan Mei Ling
B Mahu membaiki rumahnya yang semakin usang
C Membesarkan Mei Ling dengan bantuan orang-orang kampung
D Berasa bersalah kerana terlalu banyak berhutang budi dengan penduduk kampung


“Ah! Alangkah kuatnya semangat ibu melangsungkan hidup ini,”

3. Nyatakan teknik persembahan rangkai kata tersebut?
A Dialog
B Monolog
C Imbas muka
D Imbas kembali

4. Apakah peristiwa yang menjadi klimaks cerpen “Sehijau Warna Daun”?
A Mei Ling menangis apabila melihat ibunya pulang dari kebun pisang
B Fatimah berjanji mahu mengulang kaji pelajaran dengan Mei Ling di rumah Mei
Ling
C Nyonya Khoo dapat menasihati Mei Ling supaya dia pergi ke sekolah
D Siti dapat menenangkan Mei Ling yang menangis kerana sedih akan kehidupannya
yang miskin

5. Yang berikut merupakan nilai murni yang terdapat dalam cerpen “Sehijau Warna
Daun”, kecuali
A mengenang budi.
B perpaduan kaum.
C semangat setia kawan.
D bijak menyelesaikan masalah.











Pak Usu, karya Othman Rasul

1. Mengapakah Usup meninggalkan kampung halaman?
A Kerana dia tinggal bersendirian di kampung
B Kerana dia mahu bekerja sambil belajar di bandar
C Kerana dia ingin mencuba nasib hidup di bandar
D Kerana dia mahu menyambung pelajaran di universiti

2. Mengapakah muka Mak Gayah tiba-tiba menjadi masam?
A Tidak mahu Usup membalas dendam terhadapnya
B Berasa khuatir jika Usup memecahkan rahsia hidupnya
C Berasa takut jikalau Usup memecahkan rahsia keluarganya
D Berasa bimbang jikalau Usup mahu menumpang di rumahnya

3. Simpulan bahasa darah daging merujuk kepada maksud
A rakan sebaya.
B saudara-mara.
C sahabat handai.
D adik-beradik angkat.

4. Unsur gaya bahasa dalam baris melemparkan pandangan ke hala pintu yang ternganga ialah
A simile.
B metafora.
C hiperbola.
D personifikasi.

5. Pengajaran yang dapat diteladani daripada cerpen ini ialah
A jangan lupa diri setelah mendapat kejayaan.
B jangan menjadikan kecacatan sebagai penghalang untuk meraih kejayaan.
C orang yang cacat perlu menjalinkan hubungan yang baik dengan masyarakat.
D hubungan kekeluargaan yang renggang patut dipulihkan dengan segera.

KOMSAS DRAMA F1

Baju Emas Sang Maharaja, karya Johan Jaaffar

1. Mengapakah Pertapa memaksa Si Anak memulangkan baju emas Sang Maharaja
kepadanya?
A Kerana Si Anak mahu memukul Nelayan Tua dengan sebatang kayu
B Kerana Si Anak gagal memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan
C Kerana Si Anak bukan berdarah raja yang sesuai untuk memakai baju emas Sang
Maharaja
D Kerana tempoh Si Anak memakai baju emas Sang Maharaja sudah tamat

2. Apakah perasaan Si Anak ketika memulangkan baju emas Sang Maharaja kepada
Pertapa?
A Hampa
B Sedih
C Kesal
D Dendam

3. Latar tempat berlaku peristiwa tersebut ialah
A di tepi sebuah tasik.
B di tebing sebatang sungai.
C di perkarangan sebuah istana.
D di tengah-tengah sebuah hutan.

4. Berdasarkan petikan, pilih perwatakan yang benar tentang Si Anak.
I Tidak menghormati orang tua
II Angkuh
III Penyayang
IV Tamak akan harta

A I dan II sahaja
B I dan III sahaja
C I, II, dan IV sahaja
D I, II, III, dan IV

5. Apakah mesej yang ingin disampaikan dalam drama “Baju Emas Sang Maharaja”?
A Kita janganlah menyalahgunakan kuasa yang kita miliki
B Kita janganlah menghina orang yang lebih tua daripada kita
C Kita hendaklah berpendirian tegas ketika menjalankan tugas
D Kita hendaklah berusaha sekiranya mahu mencapai cita-cita yang diidam-idamkan












Bila Retak Kota Melaka, karya Aziz Jahpin

1. Apakah yang dimaksudkan oleh Tun Fatimah tentang mimpi tinggal mimpi?
A Mimpi belum pasti menjadi kenyataan
B Mimpi merupakan mainan perasaan sewaktu tidur
C Mimpi tidak ada kaitan dengan nasib seseorang
D Mimpi hanyalah suatu alamat yang tidak patut difikirkan

2. Kata waham dalam petikan di atas bermaksud
A yakin.
B cemburu.
C sakit hati.
D waswas.

3. Watak Tun Fatimah boleh dikategorikan sebagai watak
A kodi.
B statik.
C antagonis.
D protagonis.

4. Dalam perkembangan plot drama “Bila Retak Kota Melaka”, mimpi Tun Ali ada kaitan
dengan peristiwa
A Datuk Bendahara menuduh Tun Ali bersubahat dengan Raja Mendeliar untuk
membunuh Naina Sura Dewana sekeluarga.
B Sultan Melaka memerintahkan Datuk Bendahara sekeluarga termasuk Tun Ali
dibunuh kecuali Tun Fatimah.
C Tun Ali mengizinkan Tun Fatimah berkahwin dengan Sultan Melaka supaya
keluarga Bendahara tidak dibunuh.
D Tun Fatimah membunuh Kitul dan Raja Mendeliar yang menyebabkan Bendahara
dan Tun Ali mati dibunuh oleh raja.

5. Pilih susunan peristiwa yang tepat berdasarkan drama “Bila Retak Kota Melaka”.
I Tun Fatimah mendengar mimpi yang diceritakan oleh Tun Ali
II Kitul menabur fitnah
III Raja Mendeliar berasa malu kerana dimarahi di khalayak ramai
IV Naina Sura Dewana dituduh sebagai pembelot
V Tun Fatimah dibawa ke Bukit Salang

A I, II, III, IV, V
B I, III, IV, II, V
C I, IV, II, III, V
D I, III, II, V, IV









Jerat, karya Ria Asmira

1. Mengapakah Ujang melantik dirinya sebagai ketua dalam operasi tersebut?
A Kerana Ujang yang paling tua dalam kumpulan itu
B Kerana Ujang sangat mahir memasang jerat
C Kerana Lamin dan Kudin tidak tahu akan arah jalan ke Bukit Tinggi
D Kerana Lamin dan Kudin lebih suka melakukan kerja-kerja yang disuruh oleh
Ujang

2. Lamin membawa buku untuk dibaca semasa sedang menunggu rusa. Hal ini sesuai
dengan peribahasa
A kaki bangku.
B akal kancil.
C ulat buku.
D dalam tangan.

3. Berdasarkan petikan di atas, pilih penerangan yang tidak menggambarkan perwatakan
Lamin.
A Lamin mengembara untuk menambah pengalaman hidup
B Lamin suka memerhati dan membuat catatan
C Lamin tahu bahawa Ujang suka dipuji
D Lamin patuh pada arahan ketua

4. Yang berikut ialah persoalan yang dipaparkan oleh pengarang melalui drama “Jerat”,
kecuali
A sikap menepati janji.
B cara-cara memanfaatkan masa lapang.
C orang yang bersalah akan menerima hukuman yang setimpal.
D kepupusan haiwan yang dilindungi akibat aktiviti menjerat.

5. Peleraian bagi drama “Jerat” ialah peristiwa
A Ujang insaf dan berjanji tidak mahu menjerat binatang lagi.
B Lamin menasihati Kudin supaya tidak menjerat binatang lagi.
C Ujang, Lamin, dan Kudin membawa enam ekor pelanduk pulang ke rumah.
D Lamin dan Kudin mengusung Ujang pulang ke rumah kerana kaki Ujang telah
luka terpijak jerat.

LATIHAN TATABAHASA SEKSYEN G

Pilih peribahasa atau maksud peribahasa yang paling sesuai bagi pernyataan-pernyataan yang berikut.

216. Budin dilahirkan dalam keluarga yang susah. Dia selalu dibantu oleh jirannya.
Setelah tamat belajar, dia bekerja di sebuah hospital swasta sebagai doktor. Pada
suatu hari, anak jirannya itu telah terlibat dalam kemalangan jalan raya. Budin
tidak mahu merawatnya selagi keluarga jirannya itu belum menjelaskan wang
pendaftaran terlebih dahulu.
Sikap Budin seperti
A duri dalam daging.
B lintah menghisap darah.
C gunting makan di hujung.
D kacang melupakan kulit.

217. Perpustakaan Negeri Johor telah meletakkan tiga ratus buah buku cerita di Balai
Raya Kampung Indah. Beberapa bulan kemudian, banyak buku tersebut telah
hilang dan koyak.
Sikap penduduk Kampung Indah diibaratkan
A seperti si buta mendapat tongkat.
B si kudung mendapat cincin.
C kera mendapat bunga.
D kaduk naik junjung.

218. Peribahasa “gantung tak bertali, salai tak berapi” bermaksud
A membuat keputusan dengan tidak berfikir panjang.
B seseorang yang sangat secocok dengan pasangannya.
C melakukan pekerjaan yang tidak menguntungkan sesiapapun.
D isteri yang ditinggalkan oleh suami tanpa lafaz cerai dan tanpa nafkah.

219. Peribahasa “gali lubang tutup lubang” bermaksud
A perbuatan jahat yang dilakukan oleh seseorang itu tidak akan terbongkar jika dia
bijak menyimpan rahsia.
B orang yang dipuji kerana telah membuat jasa tetapi jasa itu diperoleh dengan cara
tipu muslihat.
C seseorang itu akan berusaha sedaya upaya jika dia betul-betul hendak
melakukannya.
D orang yang berhutang kerana hendak membayar hutang yang lama.

220. Peribahasa “air yang tenang jangan disangka tiada buaya” bermaksud
A jangan menentang orang yang berdarjat walaupun mereka penakut.
B jangan mengganggap orang yang penakut itu lemah.
C jangan mencari perlindungan daripada orang yang penakut.
D jangan menyangka orang yang pendiam itu penakut.

221. Maksud yang paling sesuai dengan peribahasa “seperti harimau menyembunyikan
kuku” ialah
A orang yang menyembunyikan kelebihan atau kekuasaan yang ada pada dirinya.
B orang yang berilmu tetapi mendiamkan diri kerana mahu melihat sesiapa yang
lebih pandai.
C orang yang pura-pura takut sebab mengharapkan akan mendapat keuntungan
yang lebih besar.
D orang yang menyembunyikan kekuasaannya kerana lawannya tidak setanding
dengannya.

Kalau begitu, awak patut menasihati dia supaya berjimat cermat.
Dollah baru sahaja membuka restoran di Taman Harmoni tetapi dia telah membeli sebuah kereta
mewah dan sebuah rumah banglo.

222. Pilih peribahasa yang sesuai dengan perwatakan Dollah.
A Banyak air sedikit minyak
B Baru bertatih hendak berlari
C Baru mendapat gading bertuah
D Berniaga buluh kasap, hujung hilang pangkal lesap



Maafkan saya. Saya mahu putuskan pertunangan kita
kerana saya mahu berkahwin dengan gadis yang lain.

223. Pilih peribahasa yang sesuai bagi menggambarkan situasi dalam dialog di atas.
A Pelanduk melupakan jerat tetapi jerat tidak melupakan pelanduk
B Jangan bawa resmi jagung; makin berisi makin tegak
C Anak sungai lagi berubah, inikan pula hati orang
D Api padam puntung berasap

224. “Tidak guna berwajah cantik jika tidak berbudi bahasa,” kata ibu kepada Maznah
yang bersikap kasar terhadap orang tua itu.
Peribahasa yang sesuai bagi Maznah ialah laksana
A kaca terhempas ke batu.
B cembul dengan penutupnya.
C bunga dedap, sungguh merah berbau tidak.
D buntal kembung, perut buncit di dalamnya kosong.

225. Antara yang berikut ialah peribahasa yang ada kaitan dengan keadaan orang yang
sangat miskin, kecuali
A dapur tak berasap.
B seperti rumput di tepi jalan.
C kalau bukan rezeki, di mulut pun lari keluar.
D kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

226. Peribahasa yang ada kaitan dengan pengalaman hidup ialah
A tua keladi.
B darah baru setampuk daging.
C seperti katak di bawah tempurung.
D bagaimanakah ada asap jikalau tidak berapi.

227. Pembantu rumah Puan Salmah selalu kena marah kerana dia tidak akan membuat
kerja-kerja rumah jika tidak disuruh. Sikap pembantu Puan Salmah dikatakan
A seperti rumput di tepi jalan.
B seperti tanduk diberkas.
C seperti pahat dengan pemukul.
D seperti cicak makan kapur.

228. Pak Seman telah menanam pokok buah-buahan di atas tanah sawah di belakang
rumahnya. Walau bagaimanapun, setelah tamat tempoh pajakan sawah tersebut, Pak
Seman menyerahkan sawah itu semula kepada tuannya tanpa menuntut ganti rugi.
Tindakan Pak Seman yang sedemikian dikatakan
A lain lubuk, lain ikannya.
B ke tengah boleh, ke tepi pun boleh.
C kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan.
D kerbau dipegang talinya, manusia dipegang janjinya.

229. Semasa hidup, Lebai Wahid telah membina sebuah asrama untuk anak-anak yatim. Dia juga mewakafkan sebahagian daripada tanahnya kepada masjid dan membiayaiperbelanjaan untuk membersihkan tanah perkuburan. Walaupun kini dia sudah tiada lagi, namun jasa dan baktinya tetap dikenang oleh penduduk kampung. Keadaan ini dikatakan seperti
A tepuk dada tanya selera.
B jauhari juga yang mengenal manikam.
C kalau baik jadikan teladan, kalau jahat jadikan sempadan.
D harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama.

230. Hasnah memandang ke arah pintu dahulu sebelum bercerita hal Maimunah. Situasi
tersebut boleh digambarkan melalui peribahasa
A lain di mulut, lain di hati.
B jikalau hendak beranak, ikutlah cakap bidan.
C berani kerana benar, takut kerana salah.
D bercakap siang pandang-pandang, bercakap malam dengar-dengar.

231. Peribahasa yang bermaksud seseorang yang suka menuduh seseorang tanpa usul
periksa ialah
A tangkap muat.
B serkap jarang.
C sampai hati.
D membabi buta.

232. Orang yang membuat sesuatu pekerjaan kerana suka dipuji dikatakan
A ringan tulang.
B jual murah.
C lembut gigi.
D makan angkat.

233. Senyum yang dibuat-buat ketika sedang berduka ialah
A senyum kambing.
B senyum tawar.
C tawar hati.
D lembut hati.

234. Peribahasa “ke tengah boleh, ke tepi pun boleh” bermaksud
A orang yang tahu membuat semua kerja.
B orang yang sanggup melakukan apa-apa sahaja kerja untuk kawan.
C orang yang dapat menyesuaikan diri dalam semua keadaan.
D orang yang boleh disuruh pergi ke mana-mana.

235. Bertahun-tahun lamanya dia berusaha untuk mengusahakan ternakan ayam, namun
akhirnya jatuh muflis dalam sekelip mata kerana semua ternakannya diserang penyakit
selesema burung. Keadaan ini diibaratkan
A sekali terkena, dua kali tahu.
B ingat sebelum kena, jimat sebelum habis.
C naik seperti semut, turun seperti ribut.
D untung sabut timbul, untung batu tenggelam.

236. Kita hendaklah mematuhi adat dan budaya di tempat yang kita diami. Perbuatan ini
dikatakan
A bumi yang mana tidak ditimpa hujan.
B banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam.
C bumi mana yang dipijak, di situ langit dijunjung.
D untung sabut timbut, untung batu tenggelam.

237. Seseorang yang memberi pertolongan kepada seseorang yang tidak perlu ditolong
diumpamakan seperti
A rumput di tepi jalan.
B mengajar itik berenang.
C mencurah garam ke laut.
D tikus membaiki labu.

238. “Lepas dari mulut harimau, masuk ke mulut buaya”. Situasi yang dapat dikaitkan
dengan peribahasa ini ialah
A Kedudukan Harun sebagai bendahari syarikat itu tergugat setelah pembantunya
mengetahui penyelewengan yang telah dilakukan.
B Setelah bertahun-tahun tinggal bersama-sama ayah tirinya yang zalim itu, Halimah
berkahwin pula dengan seorang lelaki yang suka memukulnya.
C Selepas sebulan Malik mengalami kemalangan kerana dihempap pokok kelapa
kini, adiknya pula mati lemas di dalam kolam.
D Selepas guru disiplin memarahi Salam kerana datang lewat ke sekolah, Salam
dimarahi pula oleh pengetua atas kesalahan yang sama.

239. Peribahasa “biduk lalu kiambang bertaut” bermaksud
A sebelum membuat sesuatu pekerjaan itu, baiklah kita fikirkan untung dan rugi
terlebih dahulu supaya tidak menyesal pada kemudian hari.
B orang yang bijaksana juga yang dapat membuat penilaian yang tepat kerana
mereka lebih tahu baik atau buruk akan sesuatu perkara itu.
C lebih baik jangan mencampuri perselisihan faham yang berlaku dalam keluarga
orang lain kerana akhirnya mereka akan berbaik-baik semula.
D memperoleh sesuatu yang telah lama diidam-idamkan setelah melipat gandakan
usaha.

240. Osman dan Aminah mendirikan rumah tangga dua tahun yang lalu. Osman bertugas di Pulau Pinang manakala Aminah bertugas di Johor. Demi memenuhi tuntutan tugas masing-masing, mereka terpaksa berpisah untuk sementara waktu. Semasa Osman mengucapkan selamat tinggal kepada ahli keluarganya, Aminah tersenyum sambil berkata
A belah dada, lihatlah hati.
B hilang di mata di hati jangan.
C beraja di hati, bersultan di mata.
D anak sungai berubah, inikan pula hati orang.


241. Menurut laporan polis, kebanyakan mangsa culik dan rogol ialah gadis belasan
tahun yang gemar memakai pakaian yang terlalu singkat dan ketat. Sungguhpun
begitu, masih terdapat lagi gadis-gadis yang memakai pakaian yang mencolok
mata pada hari ini.
Peribahasa yang paling sesuai untuk menasihati gadis-gadis ini ialah
A ikut hati mati, ikut rasa binasa.
B sarang tebuang jangan dijolok.
C ukur baju di badan sendiri.
D dalam madu berisi hempedu.

242. Pada hari terakhir persekolahan, pihak sekolah membenarkan setiap kelas mengadakan jamuan. Yatim yang terkenal oleh sikapnya yang kuat makan telah memakan makanan yang ada semahunya sehingga dia sukar hendak berjalan. Keadaan Yatim itu sesuai dengan peribahasa
A seperti ayam berak kapur.
B bagai ayam disambar helang.
C laksana katak diharung ular.
D macam ular kekenyangan.

243. Pak Khalid dan keluarganya berpindah ke Kampung Sungai Rambai dua tahun yang lepas. Mereka hidup susah kerana Pak Khalid tidak ada pekerjaan tetap. Namun,
tingkah laku mereka amat terpuji dan menjadi contoh kepada penduduk kampung.
Sikap keluarga Pak Khalid yang sedemikian dikatakan seperti
A benih yang baik jatuh ke laut menjadi pulau.
B biarpun buruk kain dipakai, asal pandai mengambil hati.
C jauh meyalak kuat, dekat mencawat ekor.
D jangan pandang orang berkata, pandanglah perbuatannya.

244. Semasa memegang jawatan sebagai pegawai pemasaran, Encik Borhan mendapat
peratus daripada setiap barangan yang dibeli oleh syarikat. Apabila dia ditukarkan jawatan, Encik Borhan mulai khuatir jikalau perbuatannya diketahui oleh orang lain.
Keadaan Encik Borhan yang sedemikian dikatakan
A seperti cacing kepanasan.
B seperti abu di atas tunggul.
C seperti tanduk diberkas.
D seperti ikan kena tuba.

245. Tuk Ketua: Saya akan menyiasat perkara ini dengan teliti dulu. Saya tidak mahu
kelak orang lain yang tidak melakukan kesalahan ini pula akan dituduh.
Kamal: Baiklah Tuk Ketua. Kalau ada apa-apa pertolongan, saya bersedia
untuk membantunya.
Peribahasa yang sesuai untuk menggambarkan dialog di atas ialah
A lembu punya susu, sapi mendapat nama.
B sesekor kerbau membawa lumpur, semuanya terpalit.
C orang lain yang makan nangka, orang lain yang kena getah.
D orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa.


246. Peribahasa yang sesuai bagi menggambarkan peristiwa yang terdapat dalam gambar ialah
A tegak sama tinggi, duduk sama rendah.
B seekor kerbau membawa lumpur, semuanya terpalit.
C sepandai-pandai tupai melompat, sekali terjatuh juga.
D orang lain yang makan nangka, orang lain yang kena getah.

247. Sejak dilantik menjadi pengurus, dia tidak menghormati kakitangan bawahannya lagi. Sikapnya bagai
A kacang melupakan kulit.
B si buta mendapat tongkat.
C melepaskan anjing tersepit.
D mencurahkan air ke daun keladi.

248. Walaupun dia sibuk dengan perniagaannya, namun dia tetap menjaga anak-anaknya dengan penuh kasih sayang. Kenyataan itu menepati maksud peribahasa
A bagai bulan dipagari bintang.
B bagai tikus membaiki labu.
C bagai menatang minyak yang penuh.
D umpama kiambang di air, akarnya tidak jejak di bumi.

249. Dua bulan lalu, Encik Fazli dimasukkan ke hospital kerana menghidap sakit jantung.Sekarang ini, anaknya pula yang dimasukkan ke hospital kerana menghidap barah.Keadaan ini umpama
A ada udang di sebalik batu.
B sudah jatuh ditimpa tangga.
C sudah terantuk baru tengadah.
D orang mengantuk disorongkan bantal.

LATIHAN TATABAHASA SEKSYEN F

Pilih ayat-ayat yang betul.

181. I Pantai Timur Lebuh Raya akan dibuka kepada laluan orang ramai selewat-lewatnya
pada minggu hadapan.
II Pengulas sukan itu menerangkan bahawa rentak permainan banyak dikuasai pihak
lawan.
III Ketika berlaku gempa bumi di Sumatera tahun lalu, beberapa tempat di
semenanjung turut terasa gegarannya.
IV Barang-barang berharga yang saya simpan di rumah nenek telah habis dicuri orang.
A I dan II sahaja
B I dan IV sahaja
C II dan III sahaja
D III dan IV sahaja

182. I Dia sanggup berhenti kerja sebagai jurukira di kedai itu kerana dia tidak minat
kerjayanya.
II Kami terkejut oleh berita kemalangan yang menimpa Cikgu Nani itu.
III Oleh kerana terlalu sibuk, Ratna tidak mengirim surat kepada sepupunya di
kampung.
IV Demi menggembirakan hati ibunya, dia sanggup bertunang dengan sepupunya.
A I dan II sahaja
B II dan III sahaja
C II dan IV sahaja
D III dan IV sahaja

183. I Saya mengambil bahagian dengan acara merejam lembing dan melempar cakera
di dalam ujian tara.
II Sejak dari semalam lagi Fuad tidak pulang rumah.
III Tajuk perbincangan Forum Perdana pada kali ini ialah “Ciri-ciri ibu bapa yang
sempurna”.
IV Pemandu yang mabuk itu membelok ke kiri bahu jalan sebelum melanggar tiang
lampu eletrik.
A I dan II sahaja
B II dan IIII sahaja
C II dan IV sahaja
D III dan IV sahaja

184. I “Tolong berikan duit ini pada Samsuddin,” kata Ali sambil menghulurkan wang
kertas berwarna merah kepada Osman.
II Kami berlari di sepanjang permatang untuk mengejar layang-layang yang telah
putus tali itu.
III Kerja-kerja menyulam benang emas pada kain kasa, kalau tidak dilakukan dengan
berhati-hati akan mengoyakkan kain tersebut.
IV Kerajaan menyokong melibatkan belia dalam bidang pertanian.
A I dan II sahaja
B II dan III sahaja
C II dan IV sahaja
D III dan IV sahaja


185. I Masalah buli di sekolah mesti dibendung dengan segera agar ibu bapa tidak
berasa bimbang akan keselamatan anak masing-masing.
II Datuk masih hendak memandu kereta ke bandar sekalipun ditegah oleh nenek.
III Regina percaya bahawa David bukan menipunya dan mahu berkahwin dengannya.
IV Pengumuman dengan pembesar suara tidak boleh dibuat kerana pelajar-pelajar
Tingkatan Tiga tengah menjawab soalan peperiksaan PMR.
A I dan II sahaja
B II dan III sahaja
C II dan IV sahaja
D III dan IV sahaja

186. I Mesin taip itu telah tidak digunakan lagi kerana kami telah menggunakan komputer.
II Pak Ngah tidak dapat menerima pernyataan bahawa anaknya telah terbunuh
dalam rusuhan di Bali.
III Dollah sudah tidak mahu menjadi ejen di syarikat insurans itu lagi kerana sukar
untuk mendapatkan pelanggan.
IV “Hendakkah kamu simpan wang syiling lama ini?” tanya Puan Rosmah.
A I, II, dan III sahaja
B I, II, dan IV sahaja
C I, III, dan IV sahaja
D II, III, dan IV sahaja

187. I Muka surat yang bercetak komputer itu tidak memerlukan tanda tangan.
II Dia suka berseloroh dengan anak-anak saudaranya.
III Kedua-dua wanita itu berpeluk-pelukan kerana sudah lama tidak berjumpa.
IV Permohonannya untuk meminjam wang itu di Bank Rakyat gagal.
A I dan II sahaja
B II dan III sahaja
C II dan IV sahaja
D III dan IV sahaja

188. I Tuan Hakim menjatuhi hukuman penjara seumur hidup ke atas wanita yang
bersubahat dalam kes pembunuhan itu.
II Peserta ekspedisi yang tercedera boleh berehat di khemah masing-masing sehingga
pagi esok.
III Dalam acara larian berganti-ganti, Roslan telah mendahului peserta-peserta yang
lain.
IV Sebelum dia langkah masuk biliknya, seekor kucing telah menerkam ke arahnya.
A I dan II sahaja
B II dan III sahaja
C II dan IV sahaja
D III dan IV sahaja








189. I Emak teringin untuk memakai baju jubah itu sebelum dia berangkat ke Mekah.
II Kemudahan teknologi maklumat bukan sahaja memudahkan tambahan lagi
menjimatkan masa.
III Pak Hassan berhasrat mahu memperlebar lorong yang menghala ke rumahnya.
IV Mereka sanggup melabur kerana mereka yakin bahawa sambutan daripada para
pelabur-pelabur amat menggalakkan.
A I dan II sahaja
B I dan III sahaja
C II dan IV sahaja
D III dan IV sahaja

190. I Pihak polis tengah merancang untuk menyerbu bengkel-bengkel yang mengubah
suai motor untuk lumba motor haram.
II Suasana di rumah Fatimah sangat sunyi walaupun baru pukul sembilan malam.
III Kerusi itu sedang mereka susun di halaman rumah.
IV Halimah tersenyum girang sambil memeluk anak patungnya.
A I dan II sahaja
B II dan III sahaja
C II dan IV sahaja
D III dan IV sahaja

191. I Pelawak itu memakai baju yang berbagai warna untuk menarik perhatian penonton.
II Pelancong itu tidak suka memakan makanan yang pedas-pedas dan berminyak.
III Anak orang kaya itu pun mendapat pinjaman pendidikan.
IV Sebahagian pelajar yang menginap di asrama itu merupakan anak yatim piatu.
A I, II, dan III sahaja
B I, II, dan IV sahaja
C I, III, dan IV sahaja
D II, III, dan IV sahaja

192. I Jalan ke dusun buah-buahan itu terlalu sempit untuk dilalui.
II Gadis yang memakai baju kebaya dan berkain songket itu ialah anak Lebai Kassim.
III “Eh, tolonglah perlahankan muzik itu kerana hari sudah larut malam!” kata Maznah.
IV Tiap hari minggu, Pak Jalil menjual sayur-sayuran di pasar tani.
A I dan II sahaja
B II dan III sahaja
C II dan IV sahaja
D III dan IV sahaja

193. I Jenayah ditakrifkan sebagai perbuatan yang melanggar undang-undang atau
peraturan.
II Penghijrahan doktor-doktor kerajaan ke sektor swasta berlaku di semua negara.
III Seluruh buah kawasan di daerah itu telah diisytiharkan sebagai kawasan putih.
IV Dia asyik termenung sahaja sejak menerima surat dari kampung petang tadi.
A I, II, dan III sahaja
B I, II, dan IV sahaja
C I, III, dan IV sahaja
D II, III, dan IV sahaja

194. I Puan Zainab bimbang kerana dia lupa menutup suis dapur nasi elektriknya sebelum
keluar daripada rumah tadi.
II Di samping menangkap ikan, kaum nelayan di situ turut menjalankan perusahaan
membuat keropok.
III Gerakan memburu penjenayah yang kejam itu diperhebat oleh pihak polis.
IV Dia menunggu rakannya di perpustakaan sejak satu jam setengah yang lalu.
A I, II, dan III sahaja
B I, II dan IV sahaja
C I, III, dan IV sahaja
D II, III, dan IV sahaja

195. I Usahkan menyulam, menjahit pun gadis itu tidak mahir.
II Amirul membantu Cikgu Hasnah membawa beberapa buah buku ke kelas.
III Kuih apam yang tidak dibubuh ragi tidak akan menjadi gebu.
IV Nenek terkejut bila diberitahu tentang kemalangan yang menimpa cucunya itu.
A I dan III sahaja
B II dan III sahaja
C II dan IV sahaja
D III dan IV sahaja

196. I Berbagai halangan terpaksa ditempuh oleh usahawan itu sebelum meraih kejayaan.
II Drama yang disiarkan melalui televisyen itu sungguh menyayat hati para penonton.
III Amanah adalah di antara polisi yang mesti diikuti oleh para pekerja.
IV Kursus motivasi itu dikhususkan untuk semua pelajar menengah atas sahaja.
A I dan II sahaja
B II dan III sahaja
C II dan IV sahaja
D III dan IV sahaja

197. I Hadirin bertepuk tangan apabila peserta perbahasan itu selesai membentangkan
hujah-hujahnya.
II Nasi goreng yang sudah tengik itu dibuangnya ke dalam tong sampah.
III Selain pandai memetik gitar, pemuda itu juga mahir bermain piano.
IV Pihak yang berkenaan diminta agar memperjelas isu kenaikan harga petroleum di
pasaran.
A I, II, dan III sahaja
B I, II, dan IV sahaja
C I, III, dan IV sahaja
D II, III, dan IV sahaja

198. I Ibu mengemas semua naskhah majalah yang berselerak di bilik abang.
II Adik lari bertempiaran apabila disergah oleh lelaki yang tidak siuman itu.
III Mak Cik Ros mencampakkan segenggam beras ke tanah sebagai makanan untuk
anak ayamnya yang baru menetas.
IV Masyarakat hari ini gelabah amat dalam mengejar kemewahan hidup.
A I dan II sahaja
B I dan III sahaja
C II dan III sahaja
D III dan IV sahaja
199. I Bank dan institusi kewangan bergabung untuk memperkukuh kedudukan ekonomi
negara.
II Kami saling bersalam-salaman sebelum mengucapkan selamat tinggal.
III Kertas cadangan untuk menganjurkan kempen antirokok itu akan dikemukakan
kepada pihak atasan.
IV Mesyuarat pada petang ini ditangguhkan hingga suatu masa yang akan diberitahu
kelak.
A I, II, dan III sahaja
B I, II, dan IV sahaja
C I, III dan IV sahaja
D II, III, dan IV sahaja

200. I Ibu mencuba untuk menyelami perasaan adik yang sejak tadi kelihatan muram.
II Oleh kerana lukisan Mei Yei cantik, Cikgu Zainal menggantung lukisan itu pada
dinding di kelas kami.
III Anjing-anjing liar yang sering berhamburan di kawasan sekolah itu telah ditangkap.
IV Datuk menampah sepasang cermin mata baru kerana penglihatannya semakin
kabur.
A I dan II sahaja
B II dan III sahaja
C I dan IV sahaja
D III dan IV sahaja

201. I Si Tompok terhendap-hendap di bawah para-para mencari tikus.
II Penglibatan pelajar-pelajar perempuan dalam Kadet Bomba.
III Guru pelatih yang bertugas di kawasan pendalaman akan mendapat elaun khas.
IV Perbara yang dibeli oleh datuk diperbuat daripada tembaga.
A I dan II sahaja
B I dan IV sahaja
C II dan IV sahaja
D III dan IV sahaja

202. I Mulai hari itu, Dolmat bukan mahu menegur Ali lagi walaupun mereka adikberadik.
II Abang membeli ubat selesema dan demam.
III Beberapa masalah berhubung dengan kenaikan harga tepung akan ditangani segera.
IV Generasi muda hari ini tidak segan-silu memakai baju yang mencolok mata.
A I dan II sahaja
B II dan III sahaja
C II dan IV sahaja
D III dan IV sahaja

203. I Kumpulan kami terdiri dari empat orang pelajar.
II Dialah yang amat pantas mengayuh basikal dalam pertandingan itu.
III Pemuda yang berjambang itu paling terkenal di kampung saya.
IV Makanan yang terhidang di atas meja itu sangat sedap sungguh rasanya.
A I dan II sahaja
B II dan III sahaja
C II dan IV sahaja
D III dan IV sahaja


204. I Berita perkahwinan Lidia dan Aznan telah tersebar ke seluruh kampung.
II Saya tidak tahu sama ada cincin itu kepunyaannya dan kakaknya.
III Pada waktu pagi, petani itu ke bendang untuk membajak sawah.
IV Bukan saya yang meluluskan permohonan itu malahan saya tidak tahu tentang
tender tersebut.
A I, II, dan III sahaja
B I, II, dan IV sahaja
C I, III, dan IV sahaja
D II, III, dan IV sahaja

205. I Bagaimanakah mereka berkerumun di hujung kampung sana?
II Abang gemar memakai stoking yang panjang hingga paras lutut.
III Lelaki itu ditangkap kerana beliau disyaki terlibat dalam kes pecah rumah.
IV Mak Timah tidak berkemampuan untuk membiayai perbelanjaan persekolahan
anaknya.
A I dan II sahaja
B I dan III sahaja
C II dan IV sahaja
D III dan IV sahaja

206. I Pemberita itu mengatakan yang dia telah tersilap orang.
II Sejak dari tadi dia mengeluh kerana terlalu lama menunggu bas.
III Dia sanggup menjual tanah tapak rumahnya demi masa depan anaknya.
IV Dia yakin bahawa isterinya akan membenarkan dia membeli kereta baru.
A I dan II sahaja
B II dan III sahaja
C II dan IV sahaja
D III dan IV sahaja

207. I Dia terperlus ke dalam lubang ketika berlari dalam hujan lebat.
II Bas itu terjunam ke dalam gaung kerana pemandunya terlelap.
III Kakinya terjelepok ke dalam lubang ketika dia melalui becak itu.
IV Pengarang novel itu ialah Mastura Khalid, bukan Aminah Sidek.
A I, II, dan III sahaja
B I, II, dan IV sahaja
C I, III, dan IV sahaja
D II, III, dan IV sahaja

208. I Hubungan antara saya dengan Sarah baik sekali.
II Kak Siti mundar-mandir di ruang tamu kerana menunggu panggilan telefon.
III Beg saya dicuri oleh seorang dari pemuda yang lalu-lalang di situ.
IV Kalau tidak dirawat dengan segera, mungkin ia akan lumpuh.
A I, II, dan III sahaja
B I, II, dan IV sahaja
C I, III, dan IV sahaja
D II, III, dan IV sahaja





209. I Adik mengelus-elus bulu kucing kesayangannya dengan lembut.
II Anak-anakan adik terjatuh ke dalam perigi di belakang rumah nenek.
III Dia masih ragu akan keikhlasan hati tunangnya.
IV Pejalan kaki itu menggunakan jejambat ketika menyeberangi jalan.
A I, II, dan III sahaja
B I, II, dan IV sahaja
C I, III, dan IV sahaja
D II, III, dan IV sahaja

210. I Lukisan pelukis-pelukis terkenal itu cantik-cantik.
II Kedai runcit di simpang itu ada menjual beras petas yang bermutu tinggi.
III Di waktu senja kelip-kelip telah mula berterbangan di halaman rumah.
IV Razali menolak idea rakannya bulat-bulat kerana tidak logik.
A I, II, dan III sahaja
B I, II, dan IV sahaja
C I, III, dan IV sahaja
D II, III, dan IV sahaja

211. I Sarah mengambilkan segelas air untuk ayahnya.
II Bebola udang yang sudah digoreng itu enak dimakan dengan sos cili.
III Tukang kayu itu menggunakan sesiku untuk memotong papan.
IV Dia mengesat cecair yang keluar dari hidungnya dengan kertas tisu.
A I dan II sahaja
B II dan III sahaja
C I dan IV sahaja
D III dan IV sahaja

212. I Keluarga Puan Wong memperhambakan orang gajinya dari pagi hingga malam.
II Peniaga itu menyerahi saya wang sebanyak RM100 setelah lukisan saya dijual.
III Pustakawan meletakkan buku-buku yang koyak itu di atas meja bulat.
IV Pengantin itu memperolehi pelbagai hadiah pada hari persandingannya.
A I, II, dan III sahaja
B I, II, dan IV sahaja
C I, III, dan IV sahaja
D II, III, dan IV sahaja

213. I Aida kecewa bila cadangannya itu tidak mendapat sokongan kawan-kawannya.
II Mangsa bot karam itu berhari-hari hanyut dibawa ombak di laut.
III Samy berlari lintang-pukang kerana dikejar anjing sewaktu berjalan-jalan di rumah
kedai itu.
IV Antara mereka, Azmilah peserta yang paling tinggi.
A I, II, dan III sahaja
B I, II dan IV sahaja
C I, III, dan IV sahaja
D II, III, dan IV sahaja






214. I Perjanjian di antara kedua-dua buah negara itu dimeterai dengan disaksikan oleh
pemimpin utamanya.
II Kami menerima ucapan tahniah daripada pengetua atas kemenangan pasukan
kami dalam perbahasan.
III Tindakan segelintir peniaga menaikkan harga barangan amatlah dikesali.
IV Beberapa orang pemuda-pemuda telah berjaya menangkap seorang lelaki yang
mencuba untuk mencuri di rumah penghulu malam tadi.
A I dan II sahaja
B II dan III sahaja
C II dan IV sahaja
D III dan IV sahaja

215. I Zalika membaca buku di perhentian bas itu sementara menunggu ibunya
menjemputnya.
II Kebanyakan pelabur bimbang akan pelaburan mereka memandangkan keadaan
ekonomi yang tidak menentu sekarang.
III Entahkan jadi entahkan tidak datuk dan nenek ke rumah kami minggu depan.
IV Permohonan pinjamannya ditolak oleh kerana tidak memenuhi syarat-syarat yang
ditetapkan.
A I, II, dan III sahaja
B I, II, dan IV sahaja
C I, III, dan IV sahaja
D II, III, dan IV sahaja