Wednesday 7 October 2009

KARANGAN SURAT TAK RASMI

Nenek anda bercadang hendak menziarahi anda sekeluarga pada minggu depan. Tulis sepucuk surat kepadanya untuk memberitahunya bahawa anda akan menunggunya di perhentian bas serta nyatakan rancangan keluarga anda sepanjang beliau berada di rumah anda. Panjang karangan itu hendaklah lebih daripada 180 patah perkataan.

Pendahuluan:
alamat pengirim dan penerima – tarikh – kata penghadapan – kata panggilan

Isi-isi penting:
(a) bertanyakan khabar nenda – menyatakan khabar diri dan keluarga

(b) akan menunggu nenda di perhentian bas – menyatakan tarikh dan masa

(c) ayahanda dan bonda bercadang hendak membawa nenda melawat ke Putrajaya
– melihat-lihat pusat pentadbiran kerajaan pusat – berkunjung ke Menara
Kuala Lumpur dan Menara Berkembar Petronas – melihat kemajuan ibu kota

(d) hendak membawa nenda makan-makan di beberapa tempat – merasai makanan
barat dan timur

Penutup:
semoga bertemu lagi – pengakuan dan tandatangan


2. Rumah ibu saudara anda dimasuki pencuri beberapa hari lalu. Tulis sepucuk surat untuk mengucapkan takziah dan cadangkan beberapa cara supaya kejadian itu tidak berulang. Panjang karangan itu hendaklah lebih daripada 180 patah perkataan.

Pendahuluan:
alamat pengirim dan penerima – tarikh – kata penghadapan – kata panggilan

Isi-isi penting:
(a) mengucapkan takziah atas peristiwa itu – kehilangan wang tunai, jam tangan,
telefon bimbit, dan barang kemas

(b) mengunci pintu pagar, semua pintu, dan tingkap – semasa tiada di rumah dan
sebelum tidur – memeriksa sekali lagi untuk kepastian

(c) memasang satu atau dua lampu sebelum tidur – supaya keadaan rumah tidak
terlalu gelap – senang nampak jika ada sesuatu yang mencurigakan

(d) meletakkan telefon berhampiran dengan tempat tidur – senang menghubungi
jiran atau polis jika berlaku perkara yang tidak diingini

Penutup:
berharap agar bonda bersabar atas kejadian yang tidak disangka-sangka itu –
sentiasa berhati-hati – menyampaikan salam daripada keluarga – pengakuan dan
tandatangan
3. Andaikan bahawa anda belajar di sekolah berasrama. Anda memerlukan sedikit wang untuk membeli peralatan sekolah. Tulis sepucuk surat kepada ayah anda untuk memintanya mengirimkan wang tersebut serta menyatakan perkembangan diri anda. Panjang karangan itu hendaklah lebih daripada 180 patah perkataan.

Pendahuluan:
alamat pengirim dan penerima – tarikh – kata penghadapan – kata panggilan

Isi-isi penting:
(a) bertanyakan khabar ayahanda, bonda, dan ahli keluarga yang lain –
menyatakan khabar diri

(b) menyatakan tujuan menulis surat – untuk meminta sedikit wang – ingin
membeli peralatan sekolah

(c) berharap agar ayahanda dapat mengirim wang itu secepat mungkin – peralatan
sekolah banyak yang berkurangan – menghadapi masalah untuk belajar –
terpaksa meminjam peralatan daripada rakan

(d) mengucapkan terima kasih terlebih dahulu atas kiriman wang itu

Penutup:
berkirim salam kepada bonda dan ahli keluarga yang lain – pengakuan dan
tandatangan

No comments:

Post a Comment