Wednesday 7 October 2009

LATIHAN TATABAHASA SEKSYEN E

Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau yang paling hampir dengan ayat yang dicetak tebal.

156. Polis telah menembak seorang lelaki yang dipercayai pembunuh upahan ketika dia mencuba untuk memecahkan tingkap rumah Encik Ali.
A Seorang pembunuh upahan mencuba untuk memecahkan tingkap rumah Encik
Ali ketika polis menembak seorang lelaki.
B Seorang lelaki yang dipercayai menerima upah supaya membunuh Encik Ali telah
ditembak oleh polis ketika memecahkan tingkap.
C Seorang lelaki yang dipercayai pembunuh upahan telah ditembak oleh polis ketika
dia mencuba untuk memecahkan tingkap rumah Encik Ali.
D Tingkap rumah Encik Ali telah dipecahkan oleh seorang polis ketika menangkap
seorang lelaki yang dipercayai pembunuh upahan.

157. Mesyuarat telah diadakan untuk melantik Pengawas Pusat Sumber Pelapis pada pagi tadi di kantin sekolah.
A Pengawas Pelapis Pusat Sumber telah dilantik dalam mesyuarat tergempar yang
diadakan di kantin sekolah pada pagi tadi.
B Pengawas Pelapis Pusat Sumber telah dilantik dalam mesyuarat pagi tadi.
C Suatu mesyuarat tergempar telah diadakan oleh pengawas pelapis Pusat Sumber
di kantin pada pagi tadi.
D Pengawas Pelapis Pusat Sumber telah dilantik pada pagi tadi dalam suatu
mesyuarat tergempar.

158. Bagi memastikan segala rancangan berjalan dengan lancar, kami telah membahagibahagikan tugas kepada setiap ahli dalam kumpulan kami ini.
A Segala rancangan pasti berjalan dengan lancar sekiranya setiap ahli dalam
kumpulan ini menjalankan tugas yang diberikan.
B Tugasan yang dibahagi-bahagikan ini pasti berjalan dengan lancar sekiranya setiap
ahli bekerja secara berkumpulan.
C Setiap ahli dalam kumpulan kami ini diberikan tugas yang tertentu bagi
memastikan segala rancangan menjadi.
D Pembahagian tugas ini dilakukan untuk memastikan rancangan kumpulan kami
berjalan dengan lancar.

159. Aktiviti gotong-royong itu dapat mengeratkan hubungan antara anggota masyarakat setaman.
A Hubungan antara masyarakat setaman bertambah erat apabila kegiatan bergotongroyong
itu dibuat bersama-sama.
B Hubungan masyarakat di taman ini bertambah erat setelah aktiviti bergotongroyong
itu diadakan.
C Penduduk yang tinggal di taman ini disaran agar mengeratkan hubungan dengan
penduduk setaman.
D Hubungan anggota masyarakat setaman dapat dieratkan melalui aktiviti gotongroyong.




160. Penduduk yang tinggal di kawasan pinggir hutan mesti dipindahkan ke kawasan perkampungan supaya mereka dapat menikmati kemudahan asas yang telah disediakan oleh kerajaan.
A Kemudahan asas yang disediakan oleh kerajaan adalah untuk penduduk yang
berpindah ke kampung.
B Kemudahan asas yang disediakan oleh kerajaan di kawasan perkampungan dapat
dinikmati oleh penduduk yang tinggal di pinggir hutan sekiranya mereka berpindah
ke sana.
C Kerajaan menyediakan kemudahan asas untuk penduduk kampung yang tinggal
di kawasan pinggir hutan.
D Penduduk kampung yang tinggal di pinggir hutan kini dapat menikmati
kemudahan asas yang disediakan oleh kerajaan.

161. Oleh sebab sektor pertanian berisiko tinggi terutama dari segi pasaran maka kerajaan Malaysia sedang mempelbagaikan ekonomi.
A Kerajaan Malaysia sedang mempelbagaikan sektor pertanian kerana harga pasaran
yang tinggi.
B Risiko pasaran yang tinggi menyebabkan kerajaan Malaysia mempelbagaikan
ekonomi sektor pertanian.
C Malaysia mempelbagaikan sektor ekonomi kerana sektor pertanian berisiko tinggi
terutama dari segi pasaran.
D Ekonomi sektor pertanian akan dipelbagaikan oleh kerajaan Malaysia jika berisiko.

162. Suatu mesyuarat tergempar telah diadakan pada pukul 9.00 pagi tadi untuk melantik pengedar buku yang baru.
A Pada pukul 9.00 pagi tadi, pengedar buku yang baru dilantik telah mengadakan
suatu mesyuarat tergempar.
B Pengedar buku baru dilantik dalam mesyuarat tergempar pada pukul 9.00 pagi
tadi.
C Suatu mesyuarat untuk mengedarkan buku yang baru telah diadakan secara
tergempar pada pukul 9.00 pagi tadi.
D Pada pukul 9.00 pagi tadi telah diadakan suatu mesyuarat tergempar untuk
melantik pengedar buku yang baru.

163. Sementara menunggu adiknya pulang dari sekolah, Rohana mengemas rumah dan sesekali dia masuk ke dalam bilik untuk melihat neneknya yang terlantar sakit.
A Sementara menunggu neneknya yang terlantar sakit, sekali-sekala Rohana
menjenguk adiknya mengemas rumah setelah pulang dari sekolah.
B Rohana menunggu adiknya pulang dari sekolah sambil melihat neneknya yang
terlantar sakit di dalam bilik dan sekali-sekala mengemas rumah.
C Sekali-sekala Rohana mengemas bilik neneknya yang terlantar sakit itu sementara
menunggu adiknya pulang dari sekolah.
D Rohana melihat neneknya yang terlantar sakit di dalam bilik itu sekali-sekala
sambil mengemas rumah ketika menunggu adiknya pulang dari sekolah.





164. Semenjak dinaikkan pangkat menjadi pengurus, Encik Zaid terlalu asyik bekerja sehingga terlupa akan tanggungjawab terhadap keluarga.
A Sejak menjadi pengurus, Encik Zaid telah mengabaikan keluarganya kerana terlalu
asyik bekerja.
B Encik Zaid yang terlalu asyik bekerja sehingga lupa akan tanggungjawab terhadap
keluarganya telah dinaikkan pangkat menjadi pengurus.
C Encik Zaid yang sudah berkeluarga itu dilantik sebagai pengurus baru kerana dia
terlalu asyik bekerja.
D Sebagai akibat terlalu asyik dengan keluarganya, Encik Zaid lupa akan tugasnya
sebagai pengurus.

165. “Jikalau saya diundang lebih awal ke majlis itu, tentu saya tangguhkan mesyuarat ini,” kata Puan Halijah kepada Encik Azman.
A Puan Halijah memberitahu Encik Azman bahawa dia boleh menangguhkan
mesyuarat tersebut sekiranya dia menerima undangan ke majlis itu lebih awal.
B Puan Halijah memberitahu Encik Azman bahawa dia menerima undangan
mesyuarat itu lebih awal dan terpaksa menangguhkan majlis ini.
C Puan Halijah memberitahu Encik Azman bahawa dia akan ke mesyuarat itu dan
menangguhkan majlis tersebut lebih awal.
D Puan Halijah memberitahu Encik Azman bahawa dia akan menangguhkan majlis
tersebut jikalau menghadiri mesyuarat itu lebih awal.

166. Bagi membantu golongan kurang upaya, kerajaan telah menyarankan agar syarikat swasta mengambil tiga peratus daripada jumlah pekerja daripada golongan kurang upaya.
A Hanya tiga peratus golongan kurang upaya yang menyarankan agar kerajaan
mengambil mereka bekerja di syarikat swasta demi membantu mereka.
B Kerajaan mengambil tiga peratus daripada jumlah pekerja daripada golongan
kurang upaya untuk membantu syarikat swasta seperti yang disarankan.
C Berdasarkan saranan kerajaan, sebanyak tiga peratus pekerja kurang upaya perlu
diambil bekerja di syarikat swasta dengan tujuan untuk membantu mereka.
D Golongan kurang upaya boleh dibantu dengan mengambil tiga peratus daripada
golongan mereka untuk bekerja di syarikat swasta.

167. Dua buah rumah rosak teruk setelah dihempap sebatang pokok kuinin dalam
kejadian ribut pagi tadi.
A Dalam kejadian ribut pagi tadi, dua buah rumah telah mengalami kerosakan teruk
kerana dihempap sebatang pokok kuinin.
B Sebatang pokok kuinin tumbang lalu menghempap dua buah rumah dalam kejadian
ribut pagi tadi.
C Ribut yang berlaku pagi tadi telah menyebabkan dua buah rumah rosak dan
sebatang pokok kuinin tumbang.
D Pokok kuinin yang tumbang akibat ribut pagi tadi telah menghempap dua buah
rumah yang sudah rosak.

168. Sejak akhir-akhir ini, orang menimba ilmu untuk mencari pekerjaan sahaja.
A Akhirnya, orang memandang ilmu sebagai tiket untuk mendapatkan pekerjaan.
B Kebelakangan ini, orang yang berilmu sahaja akan mendapat pekerjaan.
C Kebelakangan ini, orang mencari ilmu hanya untuk mendapatkan pekerjaan sahaja.
D Orang mencari ilmu pengetahuan pada saat-saat akhir jika menganggap ilmu
memberikan pekerjaan.
169. Pelajar yang mendapat pinjaman daripada Yayasan Negeri perlu menandatangani surat perjanjian untuk membayar balik pinjaman sebelum borang tersebut dihantar ke pejabat.
A Yayasan Negeri meminta pelajar menandatangani surat tawaran perjanjian untuk
membayar balik pinjaman selepas borang tersebut dihantar ke pejabat.
B Surat perjanjian tawaran pinjaman untuk membayar balik pinjaman kepada Yayasan
Negeri telah dihantar ke pejabat sebelum borang itu ditandatangani oleh pelajar.
C Yayasan Negeri meminta pelajar yang menerima pinjaman menandatangani surat
tawaran perjanjian sebelum membayar balik pinjaman di dalam borang yang telah
dihantar ke pejabat.
D Surat perjanjian membayar balik pinjaman yang ditawarkan oleh Yayasan Negeri
perlu ditandatangani oleh pelajar sebelum dihantar ke pejabat.

170. Sabaruddin menunggang basikal menuju ke Pekan Semabuk selepas bertemu dengan Dato Kassim di rumahnya.
A Semasa bertemu dengan Dato Kassim di rumahnya, Sabaruddin menunggang
basikal menuju ke Pekan Semabuk.
B Sebelum Sabaruddin bertemu dengan Dato Kassim, dia menunggang basikal ke
Pekan Semabuk.
C Selepas bertemu dengan Dato Kassim di rumahnya, Sabaruddin menunggang
basikal menuju ke Pekan Semabuk.
D Sabaruddin menunggang basikal ke Pekan Semabuk untuk bertemu dengan Dato
Kassim di rumahnya.

171. Kita akan mendapat keuntungan yang banyak jika berniaga sendiri meskipun
risikonya tinggi daripada makan gaji.
A Berniaga sendiri kadang-kadang mendapat keuntungan yang lebih banyak daripada
makan gaji meskipun terpaksa menanggung risiko yang tinggi.
B Keuntungan yang kita peroleh daripada berniaga sendiri lebih tinggi daripada
makan gaji walaupun terpaksa menanggung risiko yang tinggi.
C Bekerja makan gaji terpaksa menanggung risiko yang tinggi daripada berniaga
sendiri kerana tidak mendapat keuntungan yang banyak.
D Kadang-kadang berniaga lebih menguntungkan daripada bekerja makan gaji kerana
tidak menanggung risiko yang tinggi.

172. Semua pengusaha bas diingatkan supaya tidak membawa penumpang yang
berlebihan terutama pada musim perayaan untuk mengelakkan kemalangan jalan
raya.
A Bas penumpang yang berlebihan di jalan raya telah menyebabkan banyak
kemalangan berlaku pada musim perayaan.
B Kemalangan yang berlaku pada musim perayaan disebabkan pengusaha bas
membawa penumpang yang berlebihan.
C Pada musim perayaan, pengusaha bas dilarang membawa penumpang yang
berlebihan untuk mengelakkan kemalangan jalan raya.
D Kemalangan boleh dielakkan sekira pengusaha bas tidak membawa penumpang
yang berlebihan pada musim perayaan.



173. Orang ramai sanggup berasak-asak semata-mata untuk menonton persembahan nyanyian seorang penyanyi popular di Stadium Nasional pada malam tadi.
A Para penonton berasak-asak untuk masuk ke Stadium Nasional untuk menyaksikan
persembahan daripada penyanyi popular itu.
B Pada malam tadi, seorang penyanyi popular mengadakan persembahan nyanyian
di Stadium Nasional menyebabkan orang ramai sanggup berasak-asak untuk
menonton persembahannya.
C Semasa menonton persembahan penyanyi popular itu di Stadium Negara, penonton
berasak-asak semata-mata mahu menyanyi beramai-ramai.
D Persembahan penyanyi popular itu di Stadium Nasional pada malam tadi mendapat
sambutan yang hangat daripada orang ramai.

174. “Esok saya ke sekolah dengan ayah saya,” kata Li Yuen kepada Masni.
A Masni menyuruh Li Yuen ke sekolah dengan ayahnya.
B Li Yuen memberitahu Masni bahawa dia akan ke sekolah dengan ayahnya.
C Li Yuen memberitahu ayahnya bahawa Masni ingin ke sekolah bersama-sama
dengannya esok.
D Masni menyarankan agar Li Yuen pergi ke sekolah esok dengan kereta ayahnya.

175. Pelancong yang hilang di hutan simpan itu telah dijumpai oleh pasukan penyelamat dalam keadaan letih lesu dan kelaparan.
A Pasukan penyelamat telah menjumpai pelancong yang hilang itu dalam keadaan
letih lesu dan kelaparan di kawasan hutan simpan.
B Pelancong yang hilang itu dijumpai oleh pasukan penyelamat yang letih lesu dan
kelaparan di dalam hutan simpan.
C Pasukan penyelamat kawasan hutan simpan itu telah menjumpai sekumpulan
pelancong yang dalam keadaan letih lesu dan kelaparan.
D Pelancong yang dalam keadaan letih lesu dan kelaparan itu telah dijumpai di
hutan simpan itu oleh pasukan penyelamat yang hilang.

176. Sekolah kami telah dipilih menjadi tuan rumah dalam pertandingan catur peringkat daerah pada tahun ini.
A Tuan rumah telah memilih sekolah kami untuk menyertai pertandingan catur
peringkat daerah pada tahun ini.
B Pada tahun ini, sebagai tuan rumah sekolah kami telah dipilih untuk menyertai
pertandingan catur peringkat daerah.
C Sempena pertandingan catur peringkat daerah, sekolah kami pada tahun ini telah
dipilih menjadi tuan rumah.
D Selaku tuan rumah, sekolah kami telah terpilih dalam pertandingan catur peringkat
daerah.

177. Masalah keracunan makanan sering berlaku di premis makanan yang tidak
memikirkan soal kebersihan.
A Premis makanan yang tidak mengambil berat tentang kebersihan sering
menimbulkan masalah.
B Premis makanan harus memikirkan soal kebersihan agar makanan yang dijual
bebas daripada keracunan.
C Premis makanan yang bermasalah akan menyebabkan makanan tercemar.
D Premis makanan yang kotor akan menyebabkan berlakunya keracunan makanan.

178. Bayaran yuran bagi mengikuti kursus jahit-menjahit itu hendaklah dibuat
menggunakan cek berpalang atau kiriman wang pos.
A Sesiapa yang ingin mengambil kursus menjahit itu dimestikan membayar yuran
dengan kiriman wang pos, selain cek berpalang.
B Yuran kursus menjahit itu tidak diterima jika tidak menggunakan cek berpalang
atau kiriman wang yang dibuat di pejabat pos.
C Di samping cek berpalang, peserta kursus jahit-menjahit itu dibenarkan membayar
yuran dengan cara lain.
D Bagi mengikuti kursus jahit-menjahit, peserta diwajibkan untuk membayar yuran
melalui pejabat pos.

179. Perdana Menteri menyeru rakyat agar berusaha untuk meningkatkan taraf hidup supaya dapat mencapai kejayaan dalam kerjaya masing-masing.
A Rakyat yang ingin berjaya dalam kehidupan wajar mengikut nasihat Perdana
Menteri dengan berusaha bersungguh-sungguh.
B Rakyat digesa supaya berusaha bagi meninggikan status kehidupan agar
memperoleh kejayaan dalam pekerjaan mereka.
C Rakyat diseru oleh Perdana Menteri supaya berusaha untuk meninggikan taraf
hidup dengan melakukan pelbagai jenis kerja.
D Demi mencapai taraf hidup yang lebih baik sebagai rakyat kita hendaklah berusaha
agar berjaya.

180. “Kasihan saya melihat Azman yang kesedihan kerana gagal dalam peperiksaan,”kata Danial kepada Ikhwan.
A Ikhwan dan Danial bersimpati kepada Azman yang muram kerana gagal dalam
peperiksaan.
B Azman yang bersedih kerana gagal dalam peperiksaan dipujuk oleh Danial dan
Ikhwan.
C Ikhwan diberitahu oleh Danial bahawa dia berasa simpati terhadap Azman yang
kesedihan akibat gagal dalam peperiksaan.
D Ikhwan yang bersimpati terhadap nasib Azman turut berasa kasihan kepada
Danial yang gagal dalam peperiksaan

No comments:

Post a Comment