Wednesday 7 October 2009

KARANGAN LAPORAN

1. Seorang pelajar telah mengadu tentang kehilangan beberapa buah buku yang dipinjamnya dari perpustakaan sekolah. Anda yang bertugas di perpustakaan pada hari itu diminta oleh guru penasihat perpustakaan sekolah supaya menulis laporan lengkap tentang aduan tersebut. Sediakan laporan itu selengkapnya. Panjang karangan itu hendaklah lebih daripada 180 patah perkataan.

Pendahuluan:
tajuk laporan

Isi-isi penting:
(a) menyatakan tarikh, masa, dan tempat laporan kehilangan buku dibuat –
menyatakan nama pelajar yang terlibat

(b) sebab buku hilang – tercicir di dalam bas awam – pulang dari sekolah – sedar
akan kehilangan buku itu – tiba di rumah

(c) tindakan yang dilakukan – berjumpa dengan kerani di kaunter bas – tiada
sesiapa yang menyerahkan buku tersebut

(d) pelajar bersedia menerima sebarang bentuk tindakan – sedar akan kecuaian
sendiri

Penutup:
pengakuan, tandatangan, nama pelajar



2. Baru-baru ini, anda menyertai program anak angkat di sebuah kampung anjuran sebuah persatuan di sekolah anda. Sebagai ketua kumpulan, anda dikehendaki menulis laporan tentang program itu untuk diserahkan kepada guru penasihat persatuan tersebut. Tulis laporan itu selengkapnya. Panjang karangan itu hendaklah lebih daripada 180 patah perkataan.

Pendahuluan:
tajuk laporan

Isi-isi penting:
(a) menyatakan tarikh, tempoh, tempat, dan nama pihak yang terlibat, termasuk
nama ketua atau penghulu kampung berkenaan

(b) menyatakan aktiviti yang dijalankan sepanjang tempoh program – contohnya,
aktiviti bergotong-royong, membantu penduduk kampung melakukan
pekerjaan harian seperti bersawah, berkebun, menangkap ikan, dan sebagainya

(c) menyatakan sambutan para peserta dan penduduk kampung sepanjang tempoh
program diadakan

(d) menyatakan penghargaan para peserta dan ucapan terima kasih kepada pihak
yang terlibat dan harapan terhadap program sedemikian pada masa akan
datang

Penutup:
pengakuan, tandatangan, nama penuh, dan persatuan yang diwakili oleh pelapor
serta tarikh laporan ditulis








3. Dalam perlawanan bola jaring peringkat daerah baru-baru ini, pasukan sekolah anda mengalami
kekalahan. Sebagai ketua pasukan, anda dikehendaki menulis laporan tentang punca-punca
kekalahan pasukan anda itu. Tulis laporan itu selengkapnya. Panjang karangan itu hendaklah
lebih daripada 180 patah perkataan.

Pendahuluan:
tajuk laporan

Isi-isi penting:
(a) menyatakan tarikh, masa, dan tempat perlawanan bola jaring diadakan –
pihak yang menganjurkan perlawanan itu

(b) tidak membuat latihan dan persiapan yang mencukupi – baru sahaja
menamatkan peperiksaan penggal pertama – tiada masa untuk berlatih

(c) beberapa orang pemain tidak mempunyai kemahiran dan pengalaman –
pemilihan pemain dilakukan dalam jangka masa pendek – tangkap muat

(d) tidak mendapat bimbingan daripada jurulatih yang berkaliber – guru yang
menjadi jurulatih sebelum ini telah bertukar ke sekolah lain

Penutup:
berharap agar dapat menebus kekalahan pada masa akan datang – berazam akan
memperbaiki kekurangan – ucapan terima kasih – pengakuan dan tandatangan

No comments:

Post a Comment