Wednesday 7 October 2009

KOMSAS DRAMA F1

Baju Emas Sang Maharaja, karya Johan Jaaffar

1. Mengapakah Pertapa memaksa Si Anak memulangkan baju emas Sang Maharaja
kepadanya?
A Kerana Si Anak mahu memukul Nelayan Tua dengan sebatang kayu
B Kerana Si Anak gagal memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan
C Kerana Si Anak bukan berdarah raja yang sesuai untuk memakai baju emas Sang
Maharaja
D Kerana tempoh Si Anak memakai baju emas Sang Maharaja sudah tamat

2. Apakah perasaan Si Anak ketika memulangkan baju emas Sang Maharaja kepada
Pertapa?
A Hampa
B Sedih
C Kesal
D Dendam

3. Latar tempat berlaku peristiwa tersebut ialah
A di tepi sebuah tasik.
B di tebing sebatang sungai.
C di perkarangan sebuah istana.
D di tengah-tengah sebuah hutan.

4. Berdasarkan petikan, pilih perwatakan yang benar tentang Si Anak.
I Tidak menghormati orang tua
II Angkuh
III Penyayang
IV Tamak akan harta

A I dan II sahaja
B I dan III sahaja
C I, II, dan IV sahaja
D I, II, III, dan IV

5. Apakah mesej yang ingin disampaikan dalam drama “Baju Emas Sang Maharaja”?
A Kita janganlah menyalahgunakan kuasa yang kita miliki
B Kita janganlah menghina orang yang lebih tua daripada kita
C Kita hendaklah berpendirian tegas ketika menjalankan tugas
D Kita hendaklah berusaha sekiranya mahu mencapai cita-cita yang diidam-idamkan












Bila Retak Kota Melaka, karya Aziz Jahpin

1. Apakah yang dimaksudkan oleh Tun Fatimah tentang mimpi tinggal mimpi?
A Mimpi belum pasti menjadi kenyataan
B Mimpi merupakan mainan perasaan sewaktu tidur
C Mimpi tidak ada kaitan dengan nasib seseorang
D Mimpi hanyalah suatu alamat yang tidak patut difikirkan

2. Kata waham dalam petikan di atas bermaksud
A yakin.
B cemburu.
C sakit hati.
D waswas.

3. Watak Tun Fatimah boleh dikategorikan sebagai watak
A kodi.
B statik.
C antagonis.
D protagonis.

4. Dalam perkembangan plot drama “Bila Retak Kota Melaka”, mimpi Tun Ali ada kaitan
dengan peristiwa
A Datuk Bendahara menuduh Tun Ali bersubahat dengan Raja Mendeliar untuk
membunuh Naina Sura Dewana sekeluarga.
B Sultan Melaka memerintahkan Datuk Bendahara sekeluarga termasuk Tun Ali
dibunuh kecuali Tun Fatimah.
C Tun Ali mengizinkan Tun Fatimah berkahwin dengan Sultan Melaka supaya
keluarga Bendahara tidak dibunuh.
D Tun Fatimah membunuh Kitul dan Raja Mendeliar yang menyebabkan Bendahara
dan Tun Ali mati dibunuh oleh raja.

5. Pilih susunan peristiwa yang tepat berdasarkan drama “Bila Retak Kota Melaka”.
I Tun Fatimah mendengar mimpi yang diceritakan oleh Tun Ali
II Kitul menabur fitnah
III Raja Mendeliar berasa malu kerana dimarahi di khalayak ramai
IV Naina Sura Dewana dituduh sebagai pembelot
V Tun Fatimah dibawa ke Bukit Salang

A I, II, III, IV, V
B I, III, IV, II, V
C I, IV, II, III, V
D I, III, II, V, IV









Jerat, karya Ria Asmira

1. Mengapakah Ujang melantik dirinya sebagai ketua dalam operasi tersebut?
A Kerana Ujang yang paling tua dalam kumpulan itu
B Kerana Ujang sangat mahir memasang jerat
C Kerana Lamin dan Kudin tidak tahu akan arah jalan ke Bukit Tinggi
D Kerana Lamin dan Kudin lebih suka melakukan kerja-kerja yang disuruh oleh
Ujang

2. Lamin membawa buku untuk dibaca semasa sedang menunggu rusa. Hal ini sesuai
dengan peribahasa
A kaki bangku.
B akal kancil.
C ulat buku.
D dalam tangan.

3. Berdasarkan petikan di atas, pilih penerangan yang tidak menggambarkan perwatakan
Lamin.
A Lamin mengembara untuk menambah pengalaman hidup
B Lamin suka memerhati dan membuat catatan
C Lamin tahu bahawa Ujang suka dipuji
D Lamin patuh pada arahan ketua

4. Yang berikut ialah persoalan yang dipaparkan oleh pengarang melalui drama “Jerat”,
kecuali
A sikap menepati janji.
B cara-cara memanfaatkan masa lapang.
C orang yang bersalah akan menerima hukuman yang setimpal.
D kepupusan haiwan yang dilindungi akibat aktiviti menjerat.

5. Peleraian bagi drama “Jerat” ialah peristiwa
A Ujang insaf dan berjanji tidak mahu menjerat binatang lagi.
B Lamin menasihati Kudin supaya tidak menjerat binatang lagi.
C Ujang, Lamin, dan Kudin membawa enam ekor pelanduk pulang ke rumah.
D Lamin dan Kudin mengusung Ujang pulang ke rumah kerana kaki Ujang telah
luka terpijak jerat.

No comments:

Post a Comment