Pilih peribahasa atau maksud peribahasa yang paling sesuai bagi pernyataan-pernyataan yang berikut.
216. Budin dilahirkan dalam keluarga yang susah. Dia selalu dibantu oleh jirannya.
Setelah tamat belajar, dia bekerja di sebuah hospital swasta sebagai doktor. Pada
suatu hari, anak jirannya itu telah terlibat dalam kemalangan jalan raya. Budin
tidak mahu merawatnya selagi keluarga jirannya itu belum menjelaskan wang
pendaftaran terlebih dahulu.
Sikap Budin seperti
A duri dalam daging.
B lintah menghisap darah.
C gunting makan di hujung.
D kacang melupakan kulit.
217. Perpustakaan Negeri Johor telah meletakkan tiga ratus buah buku cerita di Balai
Raya Kampung Indah. Beberapa bulan kemudian, banyak buku tersebut telah
hilang dan koyak.
Sikap penduduk Kampung Indah diibaratkan
A seperti si buta mendapat tongkat.
B si kudung mendapat cincin.
C kera mendapat bunga.
D kaduk naik junjung.
218. Peribahasa “gantung tak bertali, salai tak berapi” bermaksud
A membuat keputusan dengan tidak berfikir panjang.
B seseorang yang sangat secocok dengan pasangannya.
C melakukan pekerjaan yang tidak menguntungkan sesiapapun.
D isteri yang ditinggalkan oleh suami tanpa lafaz cerai dan tanpa nafkah.
219. Peribahasa “gali lubang tutup lubang” bermaksud
A perbuatan jahat yang dilakukan oleh seseorang itu tidak akan terbongkar jika dia
bijak menyimpan rahsia.
B orang yang dipuji kerana telah membuat jasa tetapi jasa itu diperoleh dengan cara
tipu muslihat.
C seseorang itu akan berusaha sedaya upaya jika dia betul-betul hendak
melakukannya.
D orang yang berhutang kerana hendak membayar hutang yang lama.
220. Peribahasa “air yang tenang jangan disangka tiada buaya” bermaksud
A jangan menentang orang yang berdarjat walaupun mereka penakut.
B jangan mengganggap orang yang penakut itu lemah.
C jangan mencari perlindungan daripada orang yang penakut.
D jangan menyangka orang yang pendiam itu penakut.
221. Maksud yang paling sesuai dengan peribahasa “seperti harimau menyembunyikan
kuku” ialah
A orang yang menyembunyikan kelebihan atau kekuasaan yang ada pada dirinya.
B orang yang berilmu tetapi mendiamkan diri kerana mahu melihat sesiapa yang
lebih pandai.
C orang yang pura-pura takut sebab mengharapkan akan mendapat keuntungan
yang lebih besar.
D orang yang menyembunyikan kekuasaannya kerana lawannya tidak setanding
dengannya.
Kalau begitu, awak patut menasihati dia supaya berjimat cermat.
Dollah baru sahaja membuka restoran di Taman Harmoni tetapi dia telah membeli sebuah kereta
mewah dan sebuah rumah banglo.
222. Pilih peribahasa yang sesuai dengan perwatakan Dollah.
A Banyak air sedikit minyak
B Baru bertatih hendak berlari
C Baru mendapat gading bertuah
D Berniaga buluh kasap, hujung hilang pangkal lesap
Maafkan saya. Saya mahu putuskan pertunangan kita
kerana saya mahu berkahwin dengan gadis yang lain.
223. Pilih peribahasa yang sesuai bagi menggambarkan situasi dalam dialog di atas.
A Pelanduk melupakan jerat tetapi jerat tidak melupakan pelanduk
B Jangan bawa resmi jagung; makin berisi makin tegak
C Anak sungai lagi berubah, inikan pula hati orang
D Api padam puntung berasap
224. “Tidak guna berwajah cantik jika tidak berbudi bahasa,” kata ibu kepada Maznah
yang bersikap kasar terhadap orang tua itu.
Peribahasa yang sesuai bagi Maznah ialah laksana
A kaca terhempas ke batu.
B cembul dengan penutupnya.
C bunga dedap, sungguh merah berbau tidak.
D buntal kembung, perut buncit di dalamnya kosong.
225. Antara yang berikut ialah peribahasa yang ada kaitan dengan keadaan orang yang
sangat miskin, kecuali
A dapur tak berasap.
B seperti rumput di tepi jalan.
C kalau bukan rezeki, di mulut pun lari keluar.
D kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
226. Peribahasa yang ada kaitan dengan pengalaman hidup ialah
A tua keladi.
B darah baru setampuk daging.
C seperti katak di bawah tempurung.
D bagaimanakah ada asap jikalau tidak berapi.
227. Pembantu rumah Puan Salmah selalu kena marah kerana dia tidak akan membuat
kerja-kerja rumah jika tidak disuruh. Sikap pembantu Puan Salmah dikatakan
A seperti rumput di tepi jalan.
B seperti tanduk diberkas.
C seperti pahat dengan pemukul.
D seperti cicak makan kapur.
228. Pak Seman telah menanam pokok buah-buahan di atas tanah sawah di belakang
rumahnya. Walau bagaimanapun, setelah tamat tempoh pajakan sawah tersebut, Pak
Seman menyerahkan sawah itu semula kepada tuannya tanpa menuntut ganti rugi.
Tindakan Pak Seman yang sedemikian dikatakan
A lain lubuk, lain ikannya.
B ke tengah boleh, ke tepi pun boleh.
C kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan.
D kerbau dipegang talinya, manusia dipegang janjinya.
229. Semasa hidup, Lebai Wahid telah membina sebuah asrama untuk anak-anak yatim. Dia juga mewakafkan sebahagian daripada tanahnya kepada masjid dan membiayaiperbelanjaan untuk membersihkan tanah perkuburan. Walaupun kini dia sudah tiada lagi, namun jasa dan baktinya tetap dikenang oleh penduduk kampung. Keadaan ini dikatakan seperti
A tepuk dada tanya selera.
B jauhari juga yang mengenal manikam.
C kalau baik jadikan teladan, kalau jahat jadikan sempadan.
D harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama.
230. Hasnah memandang ke arah pintu dahulu sebelum bercerita hal Maimunah. Situasi
tersebut boleh digambarkan melalui peribahasa
A lain di mulut, lain di hati.
B jikalau hendak beranak, ikutlah cakap bidan.
C berani kerana benar, takut kerana salah.
D bercakap siang pandang-pandang, bercakap malam dengar-dengar.
231. Peribahasa yang bermaksud seseorang yang suka menuduh seseorang tanpa usul
periksa ialah
A tangkap muat.
B serkap jarang.
C sampai hati.
D membabi buta.
232. Orang yang membuat sesuatu pekerjaan kerana suka dipuji dikatakan
A ringan tulang.
B jual murah.
C lembut gigi.
D makan angkat.
233. Senyum yang dibuat-buat ketika sedang berduka ialah
A senyum kambing.
B senyum tawar.
C tawar hati.
D lembut hati.
234. Peribahasa “ke tengah boleh, ke tepi pun boleh” bermaksud
A orang yang tahu membuat semua kerja.
B orang yang sanggup melakukan apa-apa sahaja kerja untuk kawan.
C orang yang dapat menyesuaikan diri dalam semua keadaan.
D orang yang boleh disuruh pergi ke mana-mana.
235. Bertahun-tahun lamanya dia berusaha untuk mengusahakan ternakan ayam, namun
akhirnya jatuh muflis dalam sekelip mata kerana semua ternakannya diserang penyakit
selesema burung. Keadaan ini diibaratkan
A sekali terkena, dua kali tahu.
B ingat sebelum kena, jimat sebelum habis.
C naik seperti semut, turun seperti ribut.
D untung sabut timbul, untung batu tenggelam.
236. Kita hendaklah mematuhi adat dan budaya di tempat yang kita diami. Perbuatan ini
dikatakan
A bumi yang mana tidak ditimpa hujan.
B banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam.
C bumi mana yang dipijak, di situ langit dijunjung.
D untung sabut timbut, untung batu tenggelam.
237. Seseorang yang memberi pertolongan kepada seseorang yang tidak perlu ditolong
diumpamakan seperti
A rumput di tepi jalan.
B mengajar itik berenang.
C mencurah garam ke laut.
D tikus membaiki labu.
238. “Lepas dari mulut harimau, masuk ke mulut buaya”. Situasi yang dapat dikaitkan
dengan peribahasa ini ialah
A Kedudukan Harun sebagai bendahari syarikat itu tergugat setelah pembantunya
mengetahui penyelewengan yang telah dilakukan.
B Setelah bertahun-tahun tinggal bersama-sama ayah tirinya yang zalim itu, Halimah
berkahwin pula dengan seorang lelaki yang suka memukulnya.
C Selepas sebulan Malik mengalami kemalangan kerana dihempap pokok kelapa
kini, adiknya pula mati lemas di dalam kolam.
D Selepas guru disiplin memarahi Salam kerana datang lewat ke sekolah, Salam
dimarahi pula oleh pengetua atas kesalahan yang sama.
239. Peribahasa “biduk lalu kiambang bertaut” bermaksud
A sebelum membuat sesuatu pekerjaan itu, baiklah kita fikirkan untung dan rugi
terlebih dahulu supaya tidak menyesal pada kemudian hari.
B orang yang bijaksana juga yang dapat membuat penilaian yang tepat kerana
mereka lebih tahu baik atau buruk akan sesuatu perkara itu.
C lebih baik jangan mencampuri perselisihan faham yang berlaku dalam keluarga
orang lain kerana akhirnya mereka akan berbaik-baik semula.
D memperoleh sesuatu yang telah lama diidam-idamkan setelah melipat gandakan
usaha.
240. Osman dan Aminah mendirikan rumah tangga dua tahun yang lalu. Osman bertugas di Pulau Pinang manakala Aminah bertugas di Johor. Demi memenuhi tuntutan tugas masing-masing, mereka terpaksa berpisah untuk sementara waktu. Semasa Osman mengucapkan selamat tinggal kepada ahli keluarganya, Aminah tersenyum sambil berkata
A belah dada, lihatlah hati.
B hilang di mata di hati jangan.
C beraja di hati, bersultan di mata.
D anak sungai berubah, inikan pula hati orang.
241. Menurut laporan polis, kebanyakan mangsa culik dan rogol ialah gadis belasan
tahun yang gemar memakai pakaian yang terlalu singkat dan ketat. Sungguhpun
begitu, masih terdapat lagi gadis-gadis yang memakai pakaian yang mencolok
mata pada hari ini.
Peribahasa yang paling sesuai untuk menasihati gadis-gadis ini ialah
A ikut hati mati, ikut rasa binasa.
B sarang tebuang jangan dijolok.
C ukur baju di badan sendiri.
D dalam madu berisi hempedu.
242. Pada hari terakhir persekolahan, pihak sekolah membenarkan setiap kelas mengadakan jamuan. Yatim yang terkenal oleh sikapnya yang kuat makan telah memakan makanan yang ada semahunya sehingga dia sukar hendak berjalan. Keadaan Yatim itu sesuai dengan peribahasa
A seperti ayam berak kapur.
B bagai ayam disambar helang.
C laksana katak diharung ular.
D macam ular kekenyangan.
243. Pak Khalid dan keluarganya berpindah ke Kampung Sungai Rambai dua tahun yang lepas. Mereka hidup susah kerana Pak Khalid tidak ada pekerjaan tetap. Namun,
tingkah laku mereka amat terpuji dan menjadi contoh kepada penduduk kampung.
Sikap keluarga Pak Khalid yang sedemikian dikatakan seperti
A benih yang baik jatuh ke laut menjadi pulau.
B biarpun buruk kain dipakai, asal pandai mengambil hati.
C jauh meyalak kuat, dekat mencawat ekor.
D jangan pandang orang berkata, pandanglah perbuatannya.
244. Semasa memegang jawatan sebagai pegawai pemasaran, Encik Borhan mendapat
peratus daripada setiap barangan yang dibeli oleh syarikat. Apabila dia ditukarkan jawatan, Encik Borhan mulai khuatir jikalau perbuatannya diketahui oleh orang lain.
Keadaan Encik Borhan yang sedemikian dikatakan
A seperti cacing kepanasan.
B seperti abu di atas tunggul.
C seperti tanduk diberkas.
D seperti ikan kena tuba.
245. Tuk Ketua: Saya akan menyiasat perkara ini dengan teliti dulu. Saya tidak mahu
kelak orang lain yang tidak melakukan kesalahan ini pula akan dituduh.
Kamal: Baiklah Tuk Ketua. Kalau ada apa-apa pertolongan, saya bersedia
untuk membantunya.
Peribahasa yang sesuai untuk menggambarkan dialog di atas ialah
A lembu punya susu, sapi mendapat nama.
B sesekor kerbau membawa lumpur, semuanya terpalit.
C orang lain yang makan nangka, orang lain yang kena getah.
D orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa.
246. Peribahasa yang sesuai bagi menggambarkan peristiwa yang terdapat dalam gambar ialah
A tegak sama tinggi, duduk sama rendah.
B seekor kerbau membawa lumpur, semuanya terpalit.
C sepandai-pandai tupai melompat, sekali terjatuh juga.
D orang lain yang makan nangka, orang lain yang kena getah.
247. Sejak dilantik menjadi pengurus, dia tidak menghormati kakitangan bawahannya lagi. Sikapnya bagai
A kacang melupakan kulit.
B si buta mendapat tongkat.
C melepaskan anjing tersepit.
D mencurahkan air ke daun keladi.
248. Walaupun dia sibuk dengan perniagaannya, namun dia tetap menjaga anak-anaknya dengan penuh kasih sayang. Kenyataan itu menepati maksud peribahasa
A bagai bulan dipagari bintang.
B bagai tikus membaiki labu.
C bagai menatang minyak yang penuh.
D umpama kiambang di air, akarnya tidak jejak di bumi.
249. Dua bulan lalu, Encik Fazli dimasukkan ke hospital kerana menghidap sakit jantung.Sekarang ini, anaknya pula yang dimasukkan ke hospital kerana menghidap barah.Keadaan ini umpama
A ada udang di sebalik batu.
B sudah jatuh ditimpa tangga.
C sudah terantuk baru tengadah.
D orang mengantuk disorongkan bantal.
Wednesday 7 October 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment