Wednesday 7 October 2009

KARANGAN PERBAHASAN

1. Seni mempertahankan diri lebih banyak mendatangkan kebaikan daripada keburukan. Sebagai pembangkang, anda dikehendaki mempertahankan pendirian anda. Tulis hujah-hujah itu selengkapnya. Panjang karangan itu hendaklah lebih daripada 180 patah perkataan.

Pendahuluan:
kata alu-aluan dan nyatakan pendirian

Isi-isi penting:
(a) jika seni mempertahankan diri tidak dimanfaatkan dengan baik – akan
menimbulkan kesan buruk kepada diri sendiri dan orang lain – wujud perasaan
bongkak – suka menunjuk-nunjuk

(b) kerap berlaku pergaduhan – beranggapan bahawa diri seorang yang gagah –
ego dan mudah mengambil keputusan untuk menentang – berasa selamat
terutamanya apabila bergerak dalam kumpulan

(c) mudah melakukan penyelewengan – guru silat mempergunakan anak-anak
murid untuk kepentingan diri sendiri

(d) risiko mengalami kecederaan sangat tinggi – membuang masa – latihan
memakan masa yang agak lama – melibatkan ilmu batin

Penutup:
menegakkan pendirian – memohon maaf dan mengucapkan terima kasih


2. Anda telah dipilih sebagai pencadang untuk mewakili sekolah dalam pertandingan perbahasan yang bertajuk “Aktiviti Pembalakan Mengundang Bencana kepada Manusia” sempena kempen Cintai Alam Sekitar. Tulis perbahasan tersebut sebagai pencadang. Panjang karangan itu hendaklah lebih daripada 180 patah perkataan.

Pendahuluan:
kata alu-aluan – menyatakan tajuk perbahasan – menyokong tajuk perbahasan

Isi-isi penting:
(a) tanah menjadi gondol dan struktur tanah menjadi longgar – berlaku hakisan
tanah dan banjir kilat

(b) pancaran cahaya matahari terus memancar ke permukaan bumi – cuaca terlalu
panas dan keseimbangan ekosistem terganggu – kekurangan kawasan tadahan
air hujan

(c) mengurangkan spesies flora dan fauna – pokok-pokok yang mempunyai nilai
komersial ditebang

Penutup:
menegaskan tajuk perbahasan – aktiviti pembalakan perlu dikawal

3. Belajar di sekolah harian lebih baik daripada belajar di sekolah berasrama. Bahaskan pernyataan ini. Tulis perbahasan tersebut selengkapnya. Panjang karangan itu hendaklah lebih daripada 180 patah perkataan.

Pendahuluan:
kata alu-aluan kepada hadirin – menyatakan tajuk perbahasan – menyokong tajuk
perbahasan

Isi-isi penting:
(a) hubungan kekeluargaan lebih erat – dapat meluahkan perasaan kepada ahli
keluarga jika menghadapi masalah

(b) pencapaian akademik, pembesaran, dan pembelajaran anak-anak di hadapan
ibu bapa

(c) turut memperoleh didikan tidak formal – belajar membahagikan masa antara
tanggungjawab sebagai pelajar dengan anak

Penutup:
belajar di sekolah harian lebih baik – turut memperoleh pembelajaran secara tidak
formal

No comments:

Post a Comment