Wednesday 7 October 2009

LATIHAN TATABAHASA SEKSYEN F

Pilih ayat-ayat yang betul.

181. I Pantai Timur Lebuh Raya akan dibuka kepada laluan orang ramai selewat-lewatnya
pada minggu hadapan.
II Pengulas sukan itu menerangkan bahawa rentak permainan banyak dikuasai pihak
lawan.
III Ketika berlaku gempa bumi di Sumatera tahun lalu, beberapa tempat di
semenanjung turut terasa gegarannya.
IV Barang-barang berharga yang saya simpan di rumah nenek telah habis dicuri orang.
A I dan II sahaja
B I dan IV sahaja
C II dan III sahaja
D III dan IV sahaja

182. I Dia sanggup berhenti kerja sebagai jurukira di kedai itu kerana dia tidak minat
kerjayanya.
II Kami terkejut oleh berita kemalangan yang menimpa Cikgu Nani itu.
III Oleh kerana terlalu sibuk, Ratna tidak mengirim surat kepada sepupunya di
kampung.
IV Demi menggembirakan hati ibunya, dia sanggup bertunang dengan sepupunya.
A I dan II sahaja
B II dan III sahaja
C II dan IV sahaja
D III dan IV sahaja

183. I Saya mengambil bahagian dengan acara merejam lembing dan melempar cakera
di dalam ujian tara.
II Sejak dari semalam lagi Fuad tidak pulang rumah.
III Tajuk perbincangan Forum Perdana pada kali ini ialah “Ciri-ciri ibu bapa yang
sempurna”.
IV Pemandu yang mabuk itu membelok ke kiri bahu jalan sebelum melanggar tiang
lampu eletrik.
A I dan II sahaja
B II dan IIII sahaja
C II dan IV sahaja
D III dan IV sahaja

184. I “Tolong berikan duit ini pada Samsuddin,” kata Ali sambil menghulurkan wang
kertas berwarna merah kepada Osman.
II Kami berlari di sepanjang permatang untuk mengejar layang-layang yang telah
putus tali itu.
III Kerja-kerja menyulam benang emas pada kain kasa, kalau tidak dilakukan dengan
berhati-hati akan mengoyakkan kain tersebut.
IV Kerajaan menyokong melibatkan belia dalam bidang pertanian.
A I dan II sahaja
B II dan III sahaja
C II dan IV sahaja
D III dan IV sahaja


185. I Masalah buli di sekolah mesti dibendung dengan segera agar ibu bapa tidak
berasa bimbang akan keselamatan anak masing-masing.
II Datuk masih hendak memandu kereta ke bandar sekalipun ditegah oleh nenek.
III Regina percaya bahawa David bukan menipunya dan mahu berkahwin dengannya.
IV Pengumuman dengan pembesar suara tidak boleh dibuat kerana pelajar-pelajar
Tingkatan Tiga tengah menjawab soalan peperiksaan PMR.
A I dan II sahaja
B II dan III sahaja
C II dan IV sahaja
D III dan IV sahaja

186. I Mesin taip itu telah tidak digunakan lagi kerana kami telah menggunakan komputer.
II Pak Ngah tidak dapat menerima pernyataan bahawa anaknya telah terbunuh
dalam rusuhan di Bali.
III Dollah sudah tidak mahu menjadi ejen di syarikat insurans itu lagi kerana sukar
untuk mendapatkan pelanggan.
IV “Hendakkah kamu simpan wang syiling lama ini?” tanya Puan Rosmah.
A I, II, dan III sahaja
B I, II, dan IV sahaja
C I, III, dan IV sahaja
D II, III, dan IV sahaja

187. I Muka surat yang bercetak komputer itu tidak memerlukan tanda tangan.
II Dia suka berseloroh dengan anak-anak saudaranya.
III Kedua-dua wanita itu berpeluk-pelukan kerana sudah lama tidak berjumpa.
IV Permohonannya untuk meminjam wang itu di Bank Rakyat gagal.
A I dan II sahaja
B II dan III sahaja
C II dan IV sahaja
D III dan IV sahaja

188. I Tuan Hakim menjatuhi hukuman penjara seumur hidup ke atas wanita yang
bersubahat dalam kes pembunuhan itu.
II Peserta ekspedisi yang tercedera boleh berehat di khemah masing-masing sehingga
pagi esok.
III Dalam acara larian berganti-ganti, Roslan telah mendahului peserta-peserta yang
lain.
IV Sebelum dia langkah masuk biliknya, seekor kucing telah menerkam ke arahnya.
A I dan II sahaja
B II dan III sahaja
C II dan IV sahaja
D III dan IV sahaja








189. I Emak teringin untuk memakai baju jubah itu sebelum dia berangkat ke Mekah.
II Kemudahan teknologi maklumat bukan sahaja memudahkan tambahan lagi
menjimatkan masa.
III Pak Hassan berhasrat mahu memperlebar lorong yang menghala ke rumahnya.
IV Mereka sanggup melabur kerana mereka yakin bahawa sambutan daripada para
pelabur-pelabur amat menggalakkan.
A I dan II sahaja
B I dan III sahaja
C II dan IV sahaja
D III dan IV sahaja

190. I Pihak polis tengah merancang untuk menyerbu bengkel-bengkel yang mengubah
suai motor untuk lumba motor haram.
II Suasana di rumah Fatimah sangat sunyi walaupun baru pukul sembilan malam.
III Kerusi itu sedang mereka susun di halaman rumah.
IV Halimah tersenyum girang sambil memeluk anak patungnya.
A I dan II sahaja
B II dan III sahaja
C II dan IV sahaja
D III dan IV sahaja

191. I Pelawak itu memakai baju yang berbagai warna untuk menarik perhatian penonton.
II Pelancong itu tidak suka memakan makanan yang pedas-pedas dan berminyak.
III Anak orang kaya itu pun mendapat pinjaman pendidikan.
IV Sebahagian pelajar yang menginap di asrama itu merupakan anak yatim piatu.
A I, II, dan III sahaja
B I, II, dan IV sahaja
C I, III, dan IV sahaja
D II, III, dan IV sahaja

192. I Jalan ke dusun buah-buahan itu terlalu sempit untuk dilalui.
II Gadis yang memakai baju kebaya dan berkain songket itu ialah anak Lebai Kassim.
III “Eh, tolonglah perlahankan muzik itu kerana hari sudah larut malam!” kata Maznah.
IV Tiap hari minggu, Pak Jalil menjual sayur-sayuran di pasar tani.
A I dan II sahaja
B II dan III sahaja
C II dan IV sahaja
D III dan IV sahaja

193. I Jenayah ditakrifkan sebagai perbuatan yang melanggar undang-undang atau
peraturan.
II Penghijrahan doktor-doktor kerajaan ke sektor swasta berlaku di semua negara.
III Seluruh buah kawasan di daerah itu telah diisytiharkan sebagai kawasan putih.
IV Dia asyik termenung sahaja sejak menerima surat dari kampung petang tadi.
A I, II, dan III sahaja
B I, II, dan IV sahaja
C I, III, dan IV sahaja
D II, III, dan IV sahaja

194. I Puan Zainab bimbang kerana dia lupa menutup suis dapur nasi elektriknya sebelum
keluar daripada rumah tadi.
II Di samping menangkap ikan, kaum nelayan di situ turut menjalankan perusahaan
membuat keropok.
III Gerakan memburu penjenayah yang kejam itu diperhebat oleh pihak polis.
IV Dia menunggu rakannya di perpustakaan sejak satu jam setengah yang lalu.
A I, II, dan III sahaja
B I, II dan IV sahaja
C I, III, dan IV sahaja
D II, III, dan IV sahaja

195. I Usahkan menyulam, menjahit pun gadis itu tidak mahir.
II Amirul membantu Cikgu Hasnah membawa beberapa buah buku ke kelas.
III Kuih apam yang tidak dibubuh ragi tidak akan menjadi gebu.
IV Nenek terkejut bila diberitahu tentang kemalangan yang menimpa cucunya itu.
A I dan III sahaja
B II dan III sahaja
C II dan IV sahaja
D III dan IV sahaja

196. I Berbagai halangan terpaksa ditempuh oleh usahawan itu sebelum meraih kejayaan.
II Drama yang disiarkan melalui televisyen itu sungguh menyayat hati para penonton.
III Amanah adalah di antara polisi yang mesti diikuti oleh para pekerja.
IV Kursus motivasi itu dikhususkan untuk semua pelajar menengah atas sahaja.
A I dan II sahaja
B II dan III sahaja
C II dan IV sahaja
D III dan IV sahaja

197. I Hadirin bertepuk tangan apabila peserta perbahasan itu selesai membentangkan
hujah-hujahnya.
II Nasi goreng yang sudah tengik itu dibuangnya ke dalam tong sampah.
III Selain pandai memetik gitar, pemuda itu juga mahir bermain piano.
IV Pihak yang berkenaan diminta agar memperjelas isu kenaikan harga petroleum di
pasaran.
A I, II, dan III sahaja
B I, II, dan IV sahaja
C I, III, dan IV sahaja
D II, III, dan IV sahaja

198. I Ibu mengemas semua naskhah majalah yang berselerak di bilik abang.
II Adik lari bertempiaran apabila disergah oleh lelaki yang tidak siuman itu.
III Mak Cik Ros mencampakkan segenggam beras ke tanah sebagai makanan untuk
anak ayamnya yang baru menetas.
IV Masyarakat hari ini gelabah amat dalam mengejar kemewahan hidup.
A I dan II sahaja
B I dan III sahaja
C II dan III sahaja
D III dan IV sahaja
199. I Bank dan institusi kewangan bergabung untuk memperkukuh kedudukan ekonomi
negara.
II Kami saling bersalam-salaman sebelum mengucapkan selamat tinggal.
III Kertas cadangan untuk menganjurkan kempen antirokok itu akan dikemukakan
kepada pihak atasan.
IV Mesyuarat pada petang ini ditangguhkan hingga suatu masa yang akan diberitahu
kelak.
A I, II, dan III sahaja
B I, II, dan IV sahaja
C I, III dan IV sahaja
D II, III, dan IV sahaja

200. I Ibu mencuba untuk menyelami perasaan adik yang sejak tadi kelihatan muram.
II Oleh kerana lukisan Mei Yei cantik, Cikgu Zainal menggantung lukisan itu pada
dinding di kelas kami.
III Anjing-anjing liar yang sering berhamburan di kawasan sekolah itu telah ditangkap.
IV Datuk menampah sepasang cermin mata baru kerana penglihatannya semakin
kabur.
A I dan II sahaja
B II dan III sahaja
C I dan IV sahaja
D III dan IV sahaja

201. I Si Tompok terhendap-hendap di bawah para-para mencari tikus.
II Penglibatan pelajar-pelajar perempuan dalam Kadet Bomba.
III Guru pelatih yang bertugas di kawasan pendalaman akan mendapat elaun khas.
IV Perbara yang dibeli oleh datuk diperbuat daripada tembaga.
A I dan II sahaja
B I dan IV sahaja
C II dan IV sahaja
D III dan IV sahaja

202. I Mulai hari itu, Dolmat bukan mahu menegur Ali lagi walaupun mereka adikberadik.
II Abang membeli ubat selesema dan demam.
III Beberapa masalah berhubung dengan kenaikan harga tepung akan ditangani segera.
IV Generasi muda hari ini tidak segan-silu memakai baju yang mencolok mata.
A I dan II sahaja
B II dan III sahaja
C II dan IV sahaja
D III dan IV sahaja

203. I Kumpulan kami terdiri dari empat orang pelajar.
II Dialah yang amat pantas mengayuh basikal dalam pertandingan itu.
III Pemuda yang berjambang itu paling terkenal di kampung saya.
IV Makanan yang terhidang di atas meja itu sangat sedap sungguh rasanya.
A I dan II sahaja
B II dan III sahaja
C II dan IV sahaja
D III dan IV sahaja


204. I Berita perkahwinan Lidia dan Aznan telah tersebar ke seluruh kampung.
II Saya tidak tahu sama ada cincin itu kepunyaannya dan kakaknya.
III Pada waktu pagi, petani itu ke bendang untuk membajak sawah.
IV Bukan saya yang meluluskan permohonan itu malahan saya tidak tahu tentang
tender tersebut.
A I, II, dan III sahaja
B I, II, dan IV sahaja
C I, III, dan IV sahaja
D II, III, dan IV sahaja

205. I Bagaimanakah mereka berkerumun di hujung kampung sana?
II Abang gemar memakai stoking yang panjang hingga paras lutut.
III Lelaki itu ditangkap kerana beliau disyaki terlibat dalam kes pecah rumah.
IV Mak Timah tidak berkemampuan untuk membiayai perbelanjaan persekolahan
anaknya.
A I dan II sahaja
B I dan III sahaja
C II dan IV sahaja
D III dan IV sahaja

206. I Pemberita itu mengatakan yang dia telah tersilap orang.
II Sejak dari tadi dia mengeluh kerana terlalu lama menunggu bas.
III Dia sanggup menjual tanah tapak rumahnya demi masa depan anaknya.
IV Dia yakin bahawa isterinya akan membenarkan dia membeli kereta baru.
A I dan II sahaja
B II dan III sahaja
C II dan IV sahaja
D III dan IV sahaja

207. I Dia terperlus ke dalam lubang ketika berlari dalam hujan lebat.
II Bas itu terjunam ke dalam gaung kerana pemandunya terlelap.
III Kakinya terjelepok ke dalam lubang ketika dia melalui becak itu.
IV Pengarang novel itu ialah Mastura Khalid, bukan Aminah Sidek.
A I, II, dan III sahaja
B I, II, dan IV sahaja
C I, III, dan IV sahaja
D II, III, dan IV sahaja

208. I Hubungan antara saya dengan Sarah baik sekali.
II Kak Siti mundar-mandir di ruang tamu kerana menunggu panggilan telefon.
III Beg saya dicuri oleh seorang dari pemuda yang lalu-lalang di situ.
IV Kalau tidak dirawat dengan segera, mungkin ia akan lumpuh.
A I, II, dan III sahaja
B I, II, dan IV sahaja
C I, III, dan IV sahaja
D II, III, dan IV sahaja





209. I Adik mengelus-elus bulu kucing kesayangannya dengan lembut.
II Anak-anakan adik terjatuh ke dalam perigi di belakang rumah nenek.
III Dia masih ragu akan keikhlasan hati tunangnya.
IV Pejalan kaki itu menggunakan jejambat ketika menyeberangi jalan.
A I, II, dan III sahaja
B I, II, dan IV sahaja
C I, III, dan IV sahaja
D II, III, dan IV sahaja

210. I Lukisan pelukis-pelukis terkenal itu cantik-cantik.
II Kedai runcit di simpang itu ada menjual beras petas yang bermutu tinggi.
III Di waktu senja kelip-kelip telah mula berterbangan di halaman rumah.
IV Razali menolak idea rakannya bulat-bulat kerana tidak logik.
A I, II, dan III sahaja
B I, II, dan IV sahaja
C I, III, dan IV sahaja
D II, III, dan IV sahaja

211. I Sarah mengambilkan segelas air untuk ayahnya.
II Bebola udang yang sudah digoreng itu enak dimakan dengan sos cili.
III Tukang kayu itu menggunakan sesiku untuk memotong papan.
IV Dia mengesat cecair yang keluar dari hidungnya dengan kertas tisu.
A I dan II sahaja
B II dan III sahaja
C I dan IV sahaja
D III dan IV sahaja

212. I Keluarga Puan Wong memperhambakan orang gajinya dari pagi hingga malam.
II Peniaga itu menyerahi saya wang sebanyak RM100 setelah lukisan saya dijual.
III Pustakawan meletakkan buku-buku yang koyak itu di atas meja bulat.
IV Pengantin itu memperolehi pelbagai hadiah pada hari persandingannya.
A I, II, dan III sahaja
B I, II, dan IV sahaja
C I, III, dan IV sahaja
D II, III, dan IV sahaja

213. I Aida kecewa bila cadangannya itu tidak mendapat sokongan kawan-kawannya.
II Mangsa bot karam itu berhari-hari hanyut dibawa ombak di laut.
III Samy berlari lintang-pukang kerana dikejar anjing sewaktu berjalan-jalan di rumah
kedai itu.
IV Antara mereka, Azmilah peserta yang paling tinggi.
A I, II, dan III sahaja
B I, II dan IV sahaja
C I, III, dan IV sahaja
D II, III, dan IV sahaja






214. I Perjanjian di antara kedua-dua buah negara itu dimeterai dengan disaksikan oleh
pemimpin utamanya.
II Kami menerima ucapan tahniah daripada pengetua atas kemenangan pasukan
kami dalam perbahasan.
III Tindakan segelintir peniaga menaikkan harga barangan amatlah dikesali.
IV Beberapa orang pemuda-pemuda telah berjaya menangkap seorang lelaki yang
mencuba untuk mencuri di rumah penghulu malam tadi.
A I dan II sahaja
B II dan III sahaja
C II dan IV sahaja
D III dan IV sahaja

215. I Zalika membaca buku di perhentian bas itu sementara menunggu ibunya
menjemputnya.
II Kebanyakan pelabur bimbang akan pelaburan mereka memandangkan keadaan
ekonomi yang tidak menentu sekarang.
III Entahkan jadi entahkan tidak datuk dan nenek ke rumah kami minggu depan.
IV Permohonan pinjamannya ditolak oleh kerana tidak memenuhi syarat-syarat yang
ditetapkan.
A I, II, dan III sahaja
B I, II, dan IV sahaja
C I, III, dan IV sahaja
D II, III, dan IV sahaja

No comments:

Post a Comment