Wednesday 7 October 2009

KARANGAN CEREKA

Tulis sebuah cereka yang bertajuk “Usaha Tangga Jaya”. Panjang karangan itu hendaklah
lebih daripada 180 patah perkataan.

Pendahuluan:
kedua-dua ibu bapa Razali terkorban dalam kemalangan jalan raya – Razali belajar
dalam Tingkatan Tiga Beta – tiada sanak saudara – terpaksa hidup berdikari

Isi-isi penting:
(a) Razali terpaksa berhenti sekolah – menjual surat khabar – kawan-kawan sekolah
tidak mahu berkawan dengannya lagi

(b) nekad hendak belajar sambil bekerja – belajar di kelas malam – menggunakan
masa yang terluang untuk mengulang kaji pelajaran – belajar dengan tekun

(c) mohon cuti belajar daripada majikan – sebulan sebelum peperiksaan memohon
cuti untuk belajar – belajar di perpustakaan – berbincang dengan kawankawan
di kelas malam – menduduki peperiksaan dengan tenang – bersyukur
kerana dapat menjawab semua soalan

(d) keputusan diumumkan – mendapat keputusan cemerlang – banyak mendapat
panggilan telefon – gambar dan kisah hidup tersiar di akhbar

Penutup:
mendapat tawaran belajar di sekolah berasrama penuh – mendapat biasiswa





2. Tulis sebuah cereka yang mengungkapkan tema “Kenakalan Membawa Padah”. Panjang karangan itu hendaklah lebih daripada 180 patah perkataan.

Pendahuluan:
pada suatu petang – di hujung kampung terdapat sekumpulan kanak-kanak sedang
bermain layang-layang

Isi-isi penting:
(a) Azman, Karim, Osman, dan Razali ternampak akan pokok mangga telah
berbuah – menjolok dengan galah tetapi gagal

(b) Osman memukul buah itu dengan kayu – terkena akan sarang tebuan – jatuh
ke tanah – menyengat kawan-kawan

(c) semua lari lintang-pukang – ada yang terjun ke dalam sungai – berendam
takut disengat tebuan

(d) Karim tidak dapat melarikan diri – tebuan mengerumuninya – Osman meminta
pertolongan

(e) orang kampung datang – membawa Karim ke hospital – Karim cedera parah –
dirawat di hospital

Penutup:
Azman, Osman, dan Razali menyesal – tidak mahu mencuri buah lagi




3. Akhiri cerita anda dengan petikan di bawah.
... Barulah aku tahu akan cerita yang sebenarnya. Aku segera meminta maaf daripada
rakanku itu. Mujurlah dia sudi memaafkan aku.
Panjang karangan anda hendaklah lebih daripada 180 patah perkataan.

Pendahuluan:
pulang dari sekolah – melihat tayar basikalku pancit – terpaksa menyorong basikal
pulang ke rumah

Isi-isi penting:
(a) sedang berjalan – ditegur oleh Shukri – menceritakan sebab menyorong basikal
– memberitahuku bahawa dia melihat Rashid mengempiskan tayar basikalku
– Rashid cemburu akan kecemerlanganku dalam pelajaran

(b) ternampak akan Rashid di hadapan rumahnya – memarahinya – menuduhnya
– Rashid tidak mengaku – enggan mempercayai kata-kata Rashid

(c) ayahku menghantar basikalku ke kedai – rupa-rupanya tayar basikalku bocor
akibat terkena paku – berasa malu

(d) ayah menasihatiku supaya jangan menuduh orang tanpa usul periksa

Penutup:
seperti perenggan yang diberikan

No comments:

Post a Comment