Wednesday, 7 October 2009

LATIHAN TATABAHASA SEKSYEN E

Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau yang paling hampir dengan ayat yang dicetak tebal.

156. Polis telah menembak seorang lelaki yang dipercayai pembunuh upahan ketika dia mencuba untuk memecahkan tingkap rumah Encik Ali.
A Seorang pembunuh upahan mencuba untuk memecahkan tingkap rumah Encik
Ali ketika polis menembak seorang lelaki.
B Seorang lelaki yang dipercayai menerima upah supaya membunuh Encik Ali telah
ditembak oleh polis ketika memecahkan tingkap.
C Seorang lelaki yang dipercayai pembunuh upahan telah ditembak oleh polis ketika
dia mencuba untuk memecahkan tingkap rumah Encik Ali.
D Tingkap rumah Encik Ali telah dipecahkan oleh seorang polis ketika menangkap
seorang lelaki yang dipercayai pembunuh upahan.

157. Mesyuarat telah diadakan untuk melantik Pengawas Pusat Sumber Pelapis pada pagi tadi di kantin sekolah.
A Pengawas Pelapis Pusat Sumber telah dilantik dalam mesyuarat tergempar yang
diadakan di kantin sekolah pada pagi tadi.
B Pengawas Pelapis Pusat Sumber telah dilantik dalam mesyuarat pagi tadi.
C Suatu mesyuarat tergempar telah diadakan oleh pengawas pelapis Pusat Sumber
di kantin pada pagi tadi.
D Pengawas Pelapis Pusat Sumber telah dilantik pada pagi tadi dalam suatu
mesyuarat tergempar.

158. Bagi memastikan segala rancangan berjalan dengan lancar, kami telah membahagibahagikan tugas kepada setiap ahli dalam kumpulan kami ini.
A Segala rancangan pasti berjalan dengan lancar sekiranya setiap ahli dalam
kumpulan ini menjalankan tugas yang diberikan.
B Tugasan yang dibahagi-bahagikan ini pasti berjalan dengan lancar sekiranya setiap
ahli bekerja secara berkumpulan.
C Setiap ahli dalam kumpulan kami ini diberikan tugas yang tertentu bagi
memastikan segala rancangan menjadi.
D Pembahagian tugas ini dilakukan untuk memastikan rancangan kumpulan kami
berjalan dengan lancar.

159. Aktiviti gotong-royong itu dapat mengeratkan hubungan antara anggota masyarakat setaman.
A Hubungan antara masyarakat setaman bertambah erat apabila kegiatan bergotongroyong
itu dibuat bersama-sama.
B Hubungan masyarakat di taman ini bertambah erat setelah aktiviti bergotongroyong
itu diadakan.
C Penduduk yang tinggal di taman ini disaran agar mengeratkan hubungan dengan
penduduk setaman.
D Hubungan anggota masyarakat setaman dapat dieratkan melalui aktiviti gotongroyong.




160. Penduduk yang tinggal di kawasan pinggir hutan mesti dipindahkan ke kawasan perkampungan supaya mereka dapat menikmati kemudahan asas yang telah disediakan oleh kerajaan.
A Kemudahan asas yang disediakan oleh kerajaan adalah untuk penduduk yang
berpindah ke kampung.
B Kemudahan asas yang disediakan oleh kerajaan di kawasan perkampungan dapat
dinikmati oleh penduduk yang tinggal di pinggir hutan sekiranya mereka berpindah
ke sana.
C Kerajaan menyediakan kemudahan asas untuk penduduk kampung yang tinggal
di kawasan pinggir hutan.
D Penduduk kampung yang tinggal di pinggir hutan kini dapat menikmati
kemudahan asas yang disediakan oleh kerajaan.

161. Oleh sebab sektor pertanian berisiko tinggi terutama dari segi pasaran maka kerajaan Malaysia sedang mempelbagaikan ekonomi.
A Kerajaan Malaysia sedang mempelbagaikan sektor pertanian kerana harga pasaran
yang tinggi.
B Risiko pasaran yang tinggi menyebabkan kerajaan Malaysia mempelbagaikan
ekonomi sektor pertanian.
C Malaysia mempelbagaikan sektor ekonomi kerana sektor pertanian berisiko tinggi
terutama dari segi pasaran.
D Ekonomi sektor pertanian akan dipelbagaikan oleh kerajaan Malaysia jika berisiko.

162. Suatu mesyuarat tergempar telah diadakan pada pukul 9.00 pagi tadi untuk melantik pengedar buku yang baru.
A Pada pukul 9.00 pagi tadi, pengedar buku yang baru dilantik telah mengadakan
suatu mesyuarat tergempar.
B Pengedar buku baru dilantik dalam mesyuarat tergempar pada pukul 9.00 pagi
tadi.
C Suatu mesyuarat untuk mengedarkan buku yang baru telah diadakan secara
tergempar pada pukul 9.00 pagi tadi.
D Pada pukul 9.00 pagi tadi telah diadakan suatu mesyuarat tergempar untuk
melantik pengedar buku yang baru.

163. Sementara menunggu adiknya pulang dari sekolah, Rohana mengemas rumah dan sesekali dia masuk ke dalam bilik untuk melihat neneknya yang terlantar sakit.
A Sementara menunggu neneknya yang terlantar sakit, sekali-sekala Rohana
menjenguk adiknya mengemas rumah setelah pulang dari sekolah.
B Rohana menunggu adiknya pulang dari sekolah sambil melihat neneknya yang
terlantar sakit di dalam bilik dan sekali-sekala mengemas rumah.
C Sekali-sekala Rohana mengemas bilik neneknya yang terlantar sakit itu sementara
menunggu adiknya pulang dari sekolah.
D Rohana melihat neneknya yang terlantar sakit di dalam bilik itu sekali-sekala
sambil mengemas rumah ketika menunggu adiknya pulang dari sekolah.





164. Semenjak dinaikkan pangkat menjadi pengurus, Encik Zaid terlalu asyik bekerja sehingga terlupa akan tanggungjawab terhadap keluarga.
A Sejak menjadi pengurus, Encik Zaid telah mengabaikan keluarganya kerana terlalu
asyik bekerja.
B Encik Zaid yang terlalu asyik bekerja sehingga lupa akan tanggungjawab terhadap
keluarganya telah dinaikkan pangkat menjadi pengurus.
C Encik Zaid yang sudah berkeluarga itu dilantik sebagai pengurus baru kerana dia
terlalu asyik bekerja.
D Sebagai akibat terlalu asyik dengan keluarganya, Encik Zaid lupa akan tugasnya
sebagai pengurus.

165. “Jikalau saya diundang lebih awal ke majlis itu, tentu saya tangguhkan mesyuarat ini,” kata Puan Halijah kepada Encik Azman.
A Puan Halijah memberitahu Encik Azman bahawa dia boleh menangguhkan
mesyuarat tersebut sekiranya dia menerima undangan ke majlis itu lebih awal.
B Puan Halijah memberitahu Encik Azman bahawa dia menerima undangan
mesyuarat itu lebih awal dan terpaksa menangguhkan majlis ini.
C Puan Halijah memberitahu Encik Azman bahawa dia akan ke mesyuarat itu dan
menangguhkan majlis tersebut lebih awal.
D Puan Halijah memberitahu Encik Azman bahawa dia akan menangguhkan majlis
tersebut jikalau menghadiri mesyuarat itu lebih awal.

166. Bagi membantu golongan kurang upaya, kerajaan telah menyarankan agar syarikat swasta mengambil tiga peratus daripada jumlah pekerja daripada golongan kurang upaya.
A Hanya tiga peratus golongan kurang upaya yang menyarankan agar kerajaan
mengambil mereka bekerja di syarikat swasta demi membantu mereka.
B Kerajaan mengambil tiga peratus daripada jumlah pekerja daripada golongan
kurang upaya untuk membantu syarikat swasta seperti yang disarankan.
C Berdasarkan saranan kerajaan, sebanyak tiga peratus pekerja kurang upaya perlu
diambil bekerja di syarikat swasta dengan tujuan untuk membantu mereka.
D Golongan kurang upaya boleh dibantu dengan mengambil tiga peratus daripada
golongan mereka untuk bekerja di syarikat swasta.

167. Dua buah rumah rosak teruk setelah dihempap sebatang pokok kuinin dalam
kejadian ribut pagi tadi.
A Dalam kejadian ribut pagi tadi, dua buah rumah telah mengalami kerosakan teruk
kerana dihempap sebatang pokok kuinin.
B Sebatang pokok kuinin tumbang lalu menghempap dua buah rumah dalam kejadian
ribut pagi tadi.
C Ribut yang berlaku pagi tadi telah menyebabkan dua buah rumah rosak dan
sebatang pokok kuinin tumbang.
D Pokok kuinin yang tumbang akibat ribut pagi tadi telah menghempap dua buah
rumah yang sudah rosak.

168. Sejak akhir-akhir ini, orang menimba ilmu untuk mencari pekerjaan sahaja.
A Akhirnya, orang memandang ilmu sebagai tiket untuk mendapatkan pekerjaan.
B Kebelakangan ini, orang yang berilmu sahaja akan mendapat pekerjaan.
C Kebelakangan ini, orang mencari ilmu hanya untuk mendapatkan pekerjaan sahaja.
D Orang mencari ilmu pengetahuan pada saat-saat akhir jika menganggap ilmu
memberikan pekerjaan.
169. Pelajar yang mendapat pinjaman daripada Yayasan Negeri perlu menandatangani surat perjanjian untuk membayar balik pinjaman sebelum borang tersebut dihantar ke pejabat.
A Yayasan Negeri meminta pelajar menandatangani surat tawaran perjanjian untuk
membayar balik pinjaman selepas borang tersebut dihantar ke pejabat.
B Surat perjanjian tawaran pinjaman untuk membayar balik pinjaman kepada Yayasan
Negeri telah dihantar ke pejabat sebelum borang itu ditandatangani oleh pelajar.
C Yayasan Negeri meminta pelajar yang menerima pinjaman menandatangani surat
tawaran perjanjian sebelum membayar balik pinjaman di dalam borang yang telah
dihantar ke pejabat.
D Surat perjanjian membayar balik pinjaman yang ditawarkan oleh Yayasan Negeri
perlu ditandatangani oleh pelajar sebelum dihantar ke pejabat.

170. Sabaruddin menunggang basikal menuju ke Pekan Semabuk selepas bertemu dengan Dato Kassim di rumahnya.
A Semasa bertemu dengan Dato Kassim di rumahnya, Sabaruddin menunggang
basikal menuju ke Pekan Semabuk.
B Sebelum Sabaruddin bertemu dengan Dato Kassim, dia menunggang basikal ke
Pekan Semabuk.
C Selepas bertemu dengan Dato Kassim di rumahnya, Sabaruddin menunggang
basikal menuju ke Pekan Semabuk.
D Sabaruddin menunggang basikal ke Pekan Semabuk untuk bertemu dengan Dato
Kassim di rumahnya.

171. Kita akan mendapat keuntungan yang banyak jika berniaga sendiri meskipun
risikonya tinggi daripada makan gaji.
A Berniaga sendiri kadang-kadang mendapat keuntungan yang lebih banyak daripada
makan gaji meskipun terpaksa menanggung risiko yang tinggi.
B Keuntungan yang kita peroleh daripada berniaga sendiri lebih tinggi daripada
makan gaji walaupun terpaksa menanggung risiko yang tinggi.
C Bekerja makan gaji terpaksa menanggung risiko yang tinggi daripada berniaga
sendiri kerana tidak mendapat keuntungan yang banyak.
D Kadang-kadang berniaga lebih menguntungkan daripada bekerja makan gaji kerana
tidak menanggung risiko yang tinggi.

172. Semua pengusaha bas diingatkan supaya tidak membawa penumpang yang
berlebihan terutama pada musim perayaan untuk mengelakkan kemalangan jalan
raya.
A Bas penumpang yang berlebihan di jalan raya telah menyebabkan banyak
kemalangan berlaku pada musim perayaan.
B Kemalangan yang berlaku pada musim perayaan disebabkan pengusaha bas
membawa penumpang yang berlebihan.
C Pada musim perayaan, pengusaha bas dilarang membawa penumpang yang
berlebihan untuk mengelakkan kemalangan jalan raya.
D Kemalangan boleh dielakkan sekira pengusaha bas tidak membawa penumpang
yang berlebihan pada musim perayaan.



173. Orang ramai sanggup berasak-asak semata-mata untuk menonton persembahan nyanyian seorang penyanyi popular di Stadium Nasional pada malam tadi.
A Para penonton berasak-asak untuk masuk ke Stadium Nasional untuk menyaksikan
persembahan daripada penyanyi popular itu.
B Pada malam tadi, seorang penyanyi popular mengadakan persembahan nyanyian
di Stadium Nasional menyebabkan orang ramai sanggup berasak-asak untuk
menonton persembahannya.
C Semasa menonton persembahan penyanyi popular itu di Stadium Negara, penonton
berasak-asak semata-mata mahu menyanyi beramai-ramai.
D Persembahan penyanyi popular itu di Stadium Nasional pada malam tadi mendapat
sambutan yang hangat daripada orang ramai.

174. “Esok saya ke sekolah dengan ayah saya,” kata Li Yuen kepada Masni.
A Masni menyuruh Li Yuen ke sekolah dengan ayahnya.
B Li Yuen memberitahu Masni bahawa dia akan ke sekolah dengan ayahnya.
C Li Yuen memberitahu ayahnya bahawa Masni ingin ke sekolah bersama-sama
dengannya esok.
D Masni menyarankan agar Li Yuen pergi ke sekolah esok dengan kereta ayahnya.

175. Pelancong yang hilang di hutan simpan itu telah dijumpai oleh pasukan penyelamat dalam keadaan letih lesu dan kelaparan.
A Pasukan penyelamat telah menjumpai pelancong yang hilang itu dalam keadaan
letih lesu dan kelaparan di kawasan hutan simpan.
B Pelancong yang hilang itu dijumpai oleh pasukan penyelamat yang letih lesu dan
kelaparan di dalam hutan simpan.
C Pasukan penyelamat kawasan hutan simpan itu telah menjumpai sekumpulan
pelancong yang dalam keadaan letih lesu dan kelaparan.
D Pelancong yang dalam keadaan letih lesu dan kelaparan itu telah dijumpai di
hutan simpan itu oleh pasukan penyelamat yang hilang.

176. Sekolah kami telah dipilih menjadi tuan rumah dalam pertandingan catur peringkat daerah pada tahun ini.
A Tuan rumah telah memilih sekolah kami untuk menyertai pertandingan catur
peringkat daerah pada tahun ini.
B Pada tahun ini, sebagai tuan rumah sekolah kami telah dipilih untuk menyertai
pertandingan catur peringkat daerah.
C Sempena pertandingan catur peringkat daerah, sekolah kami pada tahun ini telah
dipilih menjadi tuan rumah.
D Selaku tuan rumah, sekolah kami telah terpilih dalam pertandingan catur peringkat
daerah.

177. Masalah keracunan makanan sering berlaku di premis makanan yang tidak
memikirkan soal kebersihan.
A Premis makanan yang tidak mengambil berat tentang kebersihan sering
menimbulkan masalah.
B Premis makanan harus memikirkan soal kebersihan agar makanan yang dijual
bebas daripada keracunan.
C Premis makanan yang bermasalah akan menyebabkan makanan tercemar.
D Premis makanan yang kotor akan menyebabkan berlakunya keracunan makanan.

178. Bayaran yuran bagi mengikuti kursus jahit-menjahit itu hendaklah dibuat
menggunakan cek berpalang atau kiriman wang pos.
A Sesiapa yang ingin mengambil kursus menjahit itu dimestikan membayar yuran
dengan kiriman wang pos, selain cek berpalang.
B Yuran kursus menjahit itu tidak diterima jika tidak menggunakan cek berpalang
atau kiriman wang yang dibuat di pejabat pos.
C Di samping cek berpalang, peserta kursus jahit-menjahit itu dibenarkan membayar
yuran dengan cara lain.
D Bagi mengikuti kursus jahit-menjahit, peserta diwajibkan untuk membayar yuran
melalui pejabat pos.

179. Perdana Menteri menyeru rakyat agar berusaha untuk meningkatkan taraf hidup supaya dapat mencapai kejayaan dalam kerjaya masing-masing.
A Rakyat yang ingin berjaya dalam kehidupan wajar mengikut nasihat Perdana
Menteri dengan berusaha bersungguh-sungguh.
B Rakyat digesa supaya berusaha bagi meninggikan status kehidupan agar
memperoleh kejayaan dalam pekerjaan mereka.
C Rakyat diseru oleh Perdana Menteri supaya berusaha untuk meninggikan taraf
hidup dengan melakukan pelbagai jenis kerja.
D Demi mencapai taraf hidup yang lebih baik sebagai rakyat kita hendaklah berusaha
agar berjaya.

180. “Kasihan saya melihat Azman yang kesedihan kerana gagal dalam peperiksaan,”kata Danial kepada Ikhwan.
A Ikhwan dan Danial bersimpati kepada Azman yang muram kerana gagal dalam
peperiksaan.
B Azman yang bersedih kerana gagal dalam peperiksaan dipujuk oleh Danial dan
Ikhwan.
C Ikhwan diberitahu oleh Danial bahawa dia berasa simpati terhadap Azman yang
kesedihan akibat gagal dalam peperiksaan.
D Ikhwan yang bersimpati terhadap nasib Azman turut berasa kasihan kepada
Danial yang gagal dalam peperiksaan

LATIHAN TATABAHASA SEKSYEN D

Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak.
Tandakan sama ada A, B, atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.

126. Berdasarkan kepada keterangan pihak polis, kanak-kanak itu telah hilang selama
sepuluh hari.
A Berdasarkan keterangan
B Berdasarkan dengan keterangan
C Berdasarkan serta keterangan
D Berdasarkan kepada keterangan

127. Oleh kerana peserta hadirin tidak ramai, maka majlis perasmian itu terpaksa ditunda.
A Oleh sebab peserta hadirin
B Oleh sebab kehadiran peserta
C Oleh kerana kehadiran peserta
D Oleh kerana peserta hadirin

128. Cikgu Faridah menyuruh kami membuat rumusan daripada petikan mengenai tentang punca-punca penderaan dalam kalangan kanak-kanak.
A petikan terhadap punca-punca penderaan
B petikan tentang mengenai punca-punca penderaan
C petikan tentang punca-punca penderaan
D petikan mengenai tentang punca-punca penderaan

129. Program Anak Angkat anjuran sekolah ini memang cukup baik dan elok sekali diadakan daripada semasa ke semasa.
A dari masa ke semasa
B dari semasa ke semasa
C daripada masa ke masa
D daripasa semasa ke semasa

130. Dia tampil pada pentas untuk menerima anugerah Pelajar Terbaik 2007.
A tampil ke pentas untuk terima anugerah
B tampil pada pentas untuk terima anugerah
C tampil ke pentas untuk menerima anugerah
D tampil pada pentas untuk menerima anugerah

131. Perasaan saling sayang-menyayangi dapat melahirkan keluarga yang bahagia.
A sayang-menyayangi dapat melahirkan
B sayang-menyayangi dapat kelahiran
C saling menyayangi boleh melahirkan
D saling sayang-menyayangi dapat melahirkan






32. Suasana di stadium itu sangat riuh-rendah sekali oleh sorakan ribuan penyokongpenyokong
Malaysia.
A sangat riuh-rendah oleh sorakan ribuan
B riuh-rendah sekali oleh sorakan ribuan
C riuh-rendah oleh sorakan
D sangat riuh-rendah sekali oleh sorakan ribuan

133. “Dengan lain-lain kata, setiap orang hendaklah mengandangkan binatang ternakan
masing-masing supaya tidak memakan tumbuh-tumbuhan orang lain,” kata penghulu
kepada anak-anak buahnya.
A Dengan kata-kata lain
B Dengan kata lain-lain
C Dengan lain kata
D Dengan lain-lain kata

134. Pegawai-pegawai kerajaan yang mencarum wang dengan Koperasi Nasional akan
memperoleh banyak kemudahan.
A peroleh banyak kemudahan
B banyak memperoleh kemudahan
C perolehan kemudahan yang banyak
D memperoleh banyak kemudahan

135. Laporan itu saya akan tulis berdasarkan soalan kaji selidik yang telah saya edarkan
kepada guru-guru.
A akan saya tulis berdasarkan
B akan saya tulis berdasarkan pada
C akan saya menulis berdasar
D saya akan tulis berdasarkan

136. Majlis rumah terbuka itu diadakan demi untuk mengeratkan hubungan antara
penduduk yang terdiri daripada pelbagai bangsa di kawasan ini.
A demi mengeratkan
B demi mempereratkan
C demi untuk mempererat
D demi untuk mengeratkan

137. Pengail itu mengucap syukur dengan Tuhan kerana terselamat daripada dibaham oleh buaya di dalam lubuk itu.
A mengucapkan syukur ke Tuhan
B mengucapkan syukur pada Tuhan
C mengucapkan syukur kepada Tuhan
D mengucap syukur dengan Tuhan







138. Perjalanan ke Pulau Tioman mengambil masa lebih kurang lima jam termasuklah dua jam setengah menaiki bot dari Mersing.
A dua setengah jam menaiki bot dari
B dua jam setengah menaiki bot daripada
C dua setengah jam menaiki bot daripada
D dua jam setengah menaiki bot dari

139. “Amat gembira tersangat hati beta mendengar khabar tentang kelahiran cucunda
sulung beta,” titah Sultan Mansor Syah.
A Teramat gembira sangat hati beta
B Teramat sangat gembira hati beta
C Terlalu gembira hati beta
D Amat gembira tersangat hati beta

140. Upacara perasmian majlis itu tertangguh hampir sesetengah jam lebih kerana pegawai
yang berkenaan belum tiba.
A agak-agak satu setengah jam
B kira-kira satu jam setengah
C hampir-hampir setengah jam lebih
D hampir sesetengah jam lebih

141. Datin Kasma Aini begitu ambil tahu dengan persediaan majlis perkahwinan anak
tunggalnya itu.
A begitu kisah dengan
B mengambil kisah dengan
C begitu mengambil tahu akan
D begitu ambil tahu dengan

142. Semenjak abang dan kakak telah bekerja, penghidupan kami semua agak mewah.
A kehidupan kami
B kehidupan kami semua
C kehidupan kita semua
D penghidupan kami semua

143. Tiap bulan Ruby lewat membayar yuran asrama kerana ayahnya bekerja di luar negara.
A Setiap bulan-bulan
B Setiap-setiap bulan
C Setiap bulan
D Tiap bulan

144. Adnan tidak memikirkan langsung bahawa dia akan disyaki jika gagal menyerahkan
gambar peragut itu kepada polis.
A tidak fikir langsung
B tidak langsung terfikir
C tidak memikir langsung
D tidak memikirkan langsung



145. Ubat herba yang dijual di pasar raya itu mahal-mahal sungguh semuanya.
A sungguh mahal semuanya
B semuanya mahal-mahal sungguh
C mahal-mahal semuanya sungguh
D mahal-mahal sungguh semuanya

146. Para peserta-peserta ekspedisi kelihatan berasak-asakan untuk menaiki motobot apabila mereka mendengar berita tentang taufan yang akan melanda itu.
A Para peserta ekspedisi kelihatan berasak
B Peserta-peserta ekspedisi kelihatan mengasakkan
C Peserta ekspedisi kelihatan berasak-asakan
D Para peserta-peserta ekspedisi kelihatan berasak-asakan

147. Fariza mengingatkan saya agar tidak memberitahu perkara itu pada siapa jua pun.
A memberitahu perkara itu pada sesiapa
B memberitahukan perkara itu kepada sesiapa
C memberitahukan perkara itu kepada siapa
D memberitahu perkara itu pada siapa

148. Muruku ini sama sedap muruku yang dibelinya semalam.
A sama sesedap dengan muruku
B sama sedap dengan muruku
C sama sesedap muruku
D sama sedap muruku

149. Sungguh nian indah pemandangan di puncak Bukit Kaca pada waktu senja.
A Indah nian pemandangan
B Indah sungguh pandangan
C Indah sungguh nian pemandangan
D Sungguh nian indah pemandangan

150. Senarai nama-nama pemain-pemain bola jaring akan ditampal di papan kenyataan
sebentar lagi.
A Senarai nama pemain
B Senarai nama-nama pemain
C Senarai nama pemain-pemain
D Senarai nama-nama pemain-pemain

151. Mekanik itu sedang memperbaiki kereta pelanggan mereka yang rosak di bengkelnya.
A sedang baiki kereta pelanggannya
B sedang membaiki kereta pelanggannya
C sedang membaiki kereta pelanggan mereka
D sedang memperbaiki kereta pelanggan mereka

152. Tarikh pertunangan di antara Hadi dengan Maz belum ditetapkan lagi.
A bertunang antara Hadi dan Maz
B pertunangan antara Hadi dengan Maz
C bertunangan di antara Hadi dan Maz
D pertunangan di antara Hadi dengan Maz

153. Bas yang kami naiki nyaris-nyaris bertembung dengan sebuah lori di suatu selekoh
berhampiran sebuah kilang.
A di satu selekoh berhampiran
B di suatu selekoh berhampiran pada
C di suatu selekoh berhampiran dengan
D di suatu selekoh berhampiran

154. Penari-penari dari Indonesia itu kebingungan umpama seperti rusa masuk kampung apabila juruacara mengumumkan bahawa mereka akan menari tarian inang sebentar lagi.
A kebingungan seperti
B membingungkan umpama
C pembingungan umpama seperti
D kebingungan umpama seperti

155. Ayah berasa sangat gembira sekali sebab adik memperoleh tempat pertama dalam
pertandingan melukis di sekolahnya.
A Ayah berasa sangat gembira sebab
B Ayah berasa sangat gembira kerana
C Ayah berasa sangat gembira sekali apabila
D Ayah berasa sangat gembira sekali sebab

LATIHAN TATABAHASA SEKSYEN C

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.

101. I Pak Long dilantik menjadi pegangan sementara harta arwah emak semasa harta
pusaka itu belum dibahagi-bahagikan.
II Pesakit itu meronta-ronta untuk melepaskan diri daripada pegangan Tok Bomoh
yang kononnya sedang menghalau syaitan.
III Para pegangan saham Telekom akan mendapat dividen dua kali ganda lebih tinggi
daripada pembahagian saham tahun lepas.
IV Pelajar-pelajar yang mahu menyambung pelajaran ke luar negara perlu
mempunyai pegangan hidup yang kuat, supaya tidak mudah terpengaruh oleh
budaya kuning.
A I dan II sahaja
B II dan III sahaja
C II dan IV sahaja
D III dan IV sahaja

102. I Senamrobik yang dianjurkan oleh Kelab Remaja Taman Melati mendapat sambutan
hangat daripada penduduk taman itu.
II Fesyen baju kurung dan jubah sentiasa hangat dalam pasaran dari dahulu hingga
sekarang.
III Air milo yang terhidang di atas meja itu masih hangat lagi.
IV Kisah cinta antara artis Bollywood, Salman Khan dengan Parmala Sundit menjadi
berita hangat majalah itu bulan ini.
A I, II, dan III sahaja
B I, II, dan IV sahaja
C I, III, dan IV sahaja
D II, III, dan IV sahaja

103. I Pelajar-pelajar yang suka mencarut dan mengeluarkan kata-kata kotor itu telah
dirotan oleh pengetua.
II Baju saya kotor kerana terkena akan percikan cili ketika ibu menumis lauk asam
pedas.
III Hatinya yang kotor itu menyebabkan wajahnya sentiasa masam dan sering
menengking adik-adiknya.
IV Penduduk-penduduk setinggan itu akan membuat kotor jika pihak pemaju tidak
mahu menyediakan rumah sementara untuk mereka.
A I dan II sahaja
B I dan III sahaja
C II dan IV sahaja
D III dan IV sahaja








104. I Datuk Karim terpaksa melucutkan jawatan menantunya sebagai pengarah urusan
syarikatnya kerana pecah amanah.
II Saya menolong nenek melucutkan kemuncup di kaki seluar adik.
III Ibu melucutkan pakaian adik kerana kotor terkena lumpur.
IV Air hujan boleh melucutkan warna keemasan barang-barang yang dibuat daripada
tembaga seperti tepak sireh.
A I dan II sahaja
B I dan III sahaja
C II dan III sahaja
D II dan IV sahaja

105. I Bibir gadis yang baru sedar daripada pengsan itu kelihatan bergerak seolah-olah
mahu berkata sesuatu.
II Peserta yang mengambil bahagian dalam acara 100 meter diminta bergerak ke
garisan permulaan.
III Pokok kekabu itu bergerak ke arah rumah saya apabila angin bertiup dari arah
laut.
IV Persatuan tersebut akan bergerak jika ada wang yang cukup untuk menampung
perbelanjaan sewa penginapan dan makan.
A I dan II sahaja
B II dan III sahaja
C I dan IV sahaja
D II dan IV sahaja

106. I Jualan penghabisan stok di kedai itu tidak mendapat sambutan kerana barangbarang
yang dijual tidak bermutu.
II Ramlah memohon maaf daripada Haida pada hari penghabisan dia bekerja di sini.
III Langsir itu labuh sebab saya tidak potong pada bahagian penghabisan kain.
IV Sesiapapun tidak dapat meneka apa-apa yang akan berlaku pada bahagian
penghabisan cerita itu.
A I, II, dan III sahaja
B I, II, dan IV sahaja
C I, III, dan IV sahaja
D II, III, dan IV sahaja

107. I Abang meletakkan jawatan sebagai ketua polis kerana dia tidak dapat mendukung
tugas yang sangat berat itu.
II Rakyat mesti mendukung cita-cita negara untuk mewujudkan negara yang aman
dan maju.
III Mak Lijah mendukung cucunya yang sedang menangis itu kerana mahu mengikut
ibunya ke pasar.
IV Rahman ditangkap ketika mendukung peti duit yang dicuri dari kedai itu.
A I, II, dan III sahaja
B I, II, dan IV sahaja
C I, III, dan IV sahaja
D II, III, dan IV sahaja




108. I Kambing-kambing yang sedang meragut rumput di padang itu dihalau ke kandang
oleh tuannya.
II Pemuda yang meragut beg tangan Saodah itu telah dipukul oleh orang-orang
kampung sehingga pengsan.
III Kemalangan jalan raya yang berlaku di simpang itu telah meragut enam nyawa
termasuk sepasang pengantin baru.
IV Berita itu telah meragut hatinya sehingga dia mengambil keputusan untuk pulang
ke kampung.
A I, II, dan III sahaja
B I, II, dan IV sahaja
C I, III, dan IV sahaja
D II, III, dan IV sahaja

109. I Penyeluk saku yang mencelah di tengah-tengah penonton itu telah berjaya
melepaskan diri daripada kepungan polis.
II Buah rambutan yang baru mencelah itu telah dipetik oleh abang.
III Rasa kuah lemak itu tidak mencelah jikalau tidak dibubuh serbuk perisa ayam.
IV Saya tidak berani hendak mencelah perbualan antara emak dengan ayah, walaupun
mereka sedang berbincang tentang saya.
A I dan II sahaja
B I dan III sahaja
C I dan IV sahaja
D III dan IV sahaja

110. I Salimahlah yang membuka perselisihan faham antara Zainab dengan Rosnah.
II Juadah yang terhidang di atas meja itu telah membuka selera saya untuk makan.
III Pembinaan kilang di negara ini telah membuka peluang pekerjaan kepada penduduk
tempatan.
IV Beliau membuka majlis ceramah itu dengan serangkap pantun enam kerat.
A I, II, dan III sahaja
B I, II, dan IV sahaja
C I, III, dan III sahaja
D II, III, dan IV sahaja

111. I Aziz menunjukkan jalan ke arah rumah penghulu kepada pemuda itu.
II Novel ini sangat laris di pasaran kerana jalan ceritanya sangat menarik.
III Banjir kilat berlaku kerana air longkang dari kawasan perumahan tidak boleh
jalan ke sungai.
IV Jalan Bangsar antara jalan yang paling sesak di Kuala Lumpur.
A I, II, dan III sahaja
B I, II, dan IV sahaja
C I, III, dan IV sahaja
D II, III, dan IV sahaja








112. I Pelayan itu mengira-ngira harga makanan yang kami makan sambil tersenyum.
II Puan Hindon mengira-ngira kuih di dalam bungkusan sebelum menghulurkan
wang kepada penjaja itu.
III Juruacara hendaklah mengira-ngira apa-apa soalan yang hendak dikemukakan
kepada ahli panel nanti supaya mereka dapat bersedia.
IV Encik Idham masih lagi mengira-ngira destinasi percutiannya.
A I, II, dan III sahaja
B I, II, dan IV sahaja
C I, III, dan IV sahaja
D II, III, dan IV sahaja

113. I Pekerja sementara tidak dibenarkan bercuti lebih daripada tiga hari dalam sebulan.
II Dia datang ke rumah saya sementara sahaja kerana hari semakin mendung.
III Saya menonton televisyen sementara menunggu wartawan itu datang.
IV Peah suka membaca buka sementara adiknya suka melukis.
A I, II, dan III sahaja
B I, II, dan IV sahaja
C I, III, dan IV sahaja
D II, III, dan IV sahaja

114. I Peserta kursus itu bersungut kerana mereka tidak ada masa untuk celah berehat.
II Adik meletakkan bil telefon di celah buku yang bertimbun di atas meja.
III “Jemputlah makan,” celah Puan Aina.
IV Setelah mendapat pinjaman buku teks, Azim terus celah dari sekolah.
A I dan II sahaja
B II dan III sahaja
C II dan IV sahaja
D III dan IV sahaja

115. I Walaupun usianya telah lanjut, dia masih berdaya untuk berjalan kaki.
II “Kamu tidak boleh berhutang lagi kerana hutang kamu sudah lanjut,” kata tauke Ali.
III Bahagian kaki seluar adik lanjut hingga mencecah tanah.
IV “Saya akan jelaskan perkara ini dengan lanjut, esok,” kata Cikgu Ari.
A I dan II sahaja
B I dan III sahaja
C I dan IV sahaja
D III dan IV sahaja

116. I Pengguna yang bijak akan membaca tarikh luput sesuatu makanan pada tin sebelum
membelinya.
II Kenangan manis tinggal di asrama bersama-samanya tidak akan luput dari
ingatanku.
III Hutang kami kepada Encik Zakri sudah luput sejak dua bulan lalu.
IV Budak-budak samseng itu telah luput semua bukti termasuk alat senjata yang
digunakan ketika bergaduh.
A I dan II sahaja
B II dan III sahaja
C II dan IV sahaja
D III dan IV sahaja

117. I Kami membariskan risalah tentang penyakit denggi kepada orang ramai.
II Adik membariskan perkataan-perkataan yang sukar dengan pensel sebelum merujuk
kepada kamus.
III Ustaz sedang membariskan huruf-huruf al-Quran supaya mudah difahami oleh
anak-anak muridnya.
IV Pengarah itu membariskan artis-artis yang membintangi filem arahannya untuk
tontonan penonton.
A I, II, dan III sahaja
B I, II, dan IV sahaja
C I, III, dan IV sahaja
D II, III, dan IV sahaja

118. I Kami hanya membongkar tawaran ini kepada penduduk asal Kampung Aman.
II Pak Dollah membongkar rahsia anak tirinya yang selama ini dipendamnya.
III Pihak polis berjaya membongkar sindiket mencetak wang palsu di Kuala Lumpur.
IV Pekerja-pekerja gudang itu sedang membongkar muatan dari lori.
A I, II, dan III sahaja
B I, II, dan IV sahaja
C I, III, dan IV sahaja
D II, III, dan IV sahaja

119. I Sebelum meninggal dunia, ibu telah keputusan semua hutangnya.
II Semenjak berniaga di pasar malam, kami tidak lagi keputusan wang untuk membeli
makanan.
III Keputusan peperiksaan PMR akan diumumkan pada minggu hadapan.
IV “Jangan membuat keputusan dalam keadaan marah, nanti menyesal,” nasihat emak.
A I, II, dan III sahaja
B I, II, dan IV sahaja
C I, III, dan IV sahaja
D II, III, dan IV

120. I Saya berlatih menari jika ada masa lapang.
II Lapang dada ayah apabila abang telah lulus ujian memandu kereta.
III Padang yang lapang itu sesuai untuk dijadikan taman permainan kanak-kanak.
IV Pelajar-pelajar yang rajin mengulang kaji pelajaran akan berasa lapang hati
menjelang hari peperiksaan.
A I, II, dan III sahaja
B I, II, dan IV sahaja
C I, III, dan III sahaja
D II, III, dan IV sahaja

121. I Pemuda yang memakai cermin mata hitam itu mencabar saya berlumba motosikal
dengannya.
II Sesiapapun tidak boleh mencabar keputusan hakim yang telah muktamad.
III Keputusan peperiksaan Khatijah tidak mencabar sejak dia ditangkap kerana meniru.
IV Emak mencabar saya pergi ke kedai untuk membeli sabun.
A I dan II sahaja
B II dan III sahaja
C II dan IV sahaja
D III dan IV sahaja

122. I Emak menanam ibu kunyit di dalam pasu.
II Pemandangan di ibu kota pada waktu malam sungguh indah.
III Ibu jari kaki ayah yang bernanah itu akan dibedah oleh Doktor Ali.
IV Kemala tersepak ibu batu yang besar itu lalu tersungkur di tepi longkang.
A I, II, dan III sahaja
B I, II, dan IV sahaja
C I, II, dan III sahaja
D II, III, dan IV sahaja

123. I Perahu nelayan itu terumbang-ambing dilambung ombak.
II Pelajarannya terumbang-ambing semenjak kakaknya berpindah ke Kuala Lumpur.
III Gadis itu berjalan terumbang-ambing di atas jambatan kayu.
IV Penyanyi itu menjawab soalan daripada para peminatnya terumbang-ambing dalam
bahasa Malaysia.
A I dan II sahaja
B II dan III sahaja
C I dan IV sahaja
D II dan III sahaja

124. I Tiang elektrik itu condong kerana tanah runtuh.
II Pendapat pemimpin itu lebih condong untuk menyokong undang-undang tersebut.
III Orang tua itu sudah condong kerana usia semakin tua.
IV Tulang peha Zaharah condong selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya.
A I dan II sahaja
B II dan III sahaja
C II dan III sahaja
D III dan IV sahaja

125. I Dia menangis teresak-esak sambil menahan sebak di dada.
II Ruang tamu di rumah kakak terlalu sebak dengan lampu-lampu hiasan.
III Sebak air mata Pak Denan apabila melihat anaknya terlantar di hospital.
IV Sampah sarap yang terlalu sebak di dalam tempayan itu menyebabkan air tumpah.
A I dan II sahaja
B I dan III sahaja
C II dan IV sahaja
D III dan IV sahaja

LATIHAN TATABAHASA SEKSYEN B

Ayat-ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Tandakan sama ada A, B, atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.

61. Arnab itu sakit dan dia telah dibawa oleh Ina ke klinik haiwan untuk diperiksa oleh
A B C
doktor veterinar semalam. Tiada kesalahan.
D

62. Apa yang Encik Tambi harapkan tidak menjadi kenyataan apabila anak sulungnya
A B C
ditangkap kerana menagih dadah. Tiada kesalahan.
D
63. Gerai Aminah menjual berbagai kuih dan air untuk hidangan berbuka puasa di pasar
A B C
malam. Tiada kesalahan.
D

64. Sudah satu suku jam saya menunggu keluarga Pak Ngah di perhentian bas, tetapi
A B
mereka belum sampai-sampai lagi. Tiada kesalahan.
C D

65. Datuk menyembelih ayam dengan menggunakan sebilah pisau yang amat tajam.
A B C
Tiada kesalahan.
D

66. Ayah menghadiahi ibu serawan gelang pada hari ulang tahun perkahwinan mereka.
A B C
Tiada kesalahan.
D

67. Rakyat negara ini masih kurang peka terhadap kepentingan alam sekitar walaupun
A B
negara pernah mengalami masalah jerebu yang serius. Tiada kesalahan.
C D

68. Pengemis itu tidur beralaskan dengan kertas surat khabar dan kotak-kotak yang
A
dipungut di kaki lima. Tiada kesalahan.
B C D

69. Rohana jeling Hamidah yang mendapat undian lebih tinggi untuk menyandang
A B C
jawatan bendahari Persatuan Puteri Islam. Tiada kesalahan.
D

70. Pelajar-pelajar yang telah dijatuhkan hukuman gantung sekolah itu berjanji untuk
A
berubah sikap dan tidak akan ponteng sekolah lagi. Tiada kesalahan.
B C D

71. Bola sepak merupakan suatu permainan yang paling diminati sekali oleh rakyat
A B
Malaysia pada masa ini. Tiada kesalahan.
C D

72. Surat berdaftar yang saya terima semalam tidak untuk pengetua tetapi untuk awak.
A B C
Tiada kesalahan.
D

73. Puan Saedah bukan sahaja pandai mengaji tambahan pula suaranya sangat lunak
A B C
ketika berzanji. Tiada kesalahan.
D

74. Jika sekiranya pengerusi tidak datang, naib pengerusilah yang akan merasmikan majlis
A B
itu pada malam ini. Tiada kesalahan.
C D

75. Dia bukan gila tetapi malas hendak bekerja dan suka mengganggu orang yang
A B
lalu-lalang di simpang itu. Tiada kesalahan.
C D

76. Amboi, cantiknya kebaya nyonya yang kamu pakai! Tiada kesalahan.
A B C D

77. Selain jumlah pendapatan, bilangan anak yang masih belajar juga diambil kira
A B
dalam meluluskan permohonan Skim Pinjaman Buku Teks. Tiada kesalahan.
C D

78. Zaliza terlewat tiba di sekolah kerana kereta ayahnya rosak di setengah jalan.
A B C
Tiada kesalahan.
D

79. Asap hitam yang kelihatan berkepul-kepul di udara itu ialah dari kawasan pelupusan
A B C
sampah. Tiada kesalahan.
D

80. Saya melihat Encik Raju membeli surat khabar di kedai itu tiap hari kecuali semalam.
A B C
Tiada kesalahan.
D

81. Kakak merasa sangat kecewa kerana permohonannya untuk melanjutkan pelajaran ke
A B C
luar negara tidak berjaya. Tiada kesalahan.
D

82. Pemain yang lincah itu dikawal ketat oleh pihak lawan setelah dua puluh minit
A B C
permainan bermula. Tiada kesalahan.
D

83. Hingga sampai subuh, mayat budak yang mati lemas itu belum dijumpai oleh
A B C
pasukan pencari dan penyelamat. Tiada kesalahan.
D

84. Saya memperoleh keputusan yang cemerlang dalam PMR adalah kerana dorongan
A B
dari ahli keluarga yang tercinta. Tiada kesalahan.
C D

85. Marjerin itu disapu pada roti sebelum dibubuh sambal ikan sardin dan hirisan timun.
A B C
Tiada kesalahan.
D

86. Semua kakitangan awam diwajibkan memakai tanda nama terutama bila berurusan
A B C
dengan orang ramai. Tiada kesalahan.
D

87. Mak Tijah tidak dapat tidur kerana anaknya masih belum datang dari asrama.
A B C
Tiada kesalahan.
D

88. Hajat Nagutharan untuk menjuarai Kejohanan Badminton Terbuka England tidak
A
sampai apabila kakinya terseliuh dalam pusingan akhir. Tiada kesalahan.
B C D

89. Kedua-dua orang pelari itu berhambat-hambatan untuk memenangi acara itu manakala
A B
pelari-pelari yang lain termengah-mengah di belakang. Tiada kesalahan.
C D

90. Pelancong asing tertarik oleh gerak tari tarian tradisional Melayu yang lemah longlai itu.
A B C
Tiada kesalahan.
D


91. Sepanjang cuti penggal kedua, ayah cuma dapat menjaga nenek di hospital berapa hari
A B C
sahaja. Tiada kesalahan.
D

92. “Wang derma daripada orang ramai ini akan saya dermakan pada rakyat miskin,” kata
A B C
Tuan Haji Mansor. Tiada kesalahan.
D

93. Sejak dari semalam dia tidak sedar kerana terlalu banyak kehilangan darah pada
A B
bahagian kepala. Tiada kesalahan.
C D

94. Sebagai ibu bapa, kami sanggup berkorban demi untuk kebahagiaan mereka.
A B C
Tiada kesalahan.
D

95. Pemantauan yang berterusan perlu untuk memastikan projek membaiki tali air berjalan
A B
dengan lancar. Tiada kesalahan.
C D

96. Suhaimi berkata kepada Nabila bahawa ia akan memelihara ikan di dalam kolam di
A B C
hadapan rumahnya. Tiada kesalahan.
D

97. Saya mengepos surat berwarna kuning itu di Pejabat Pos Besar yang terletak tidak jauh
A B C
dari pejabat. Tiada kesalahan.
D

98. Khatijah mungkin tahu yang suaminya telah terlibat dalam kemalangan jalan raya.
A B C
Tiada kesalahan.
D

99. Roslan sanggup mengatakan bahawa dialah yang mengambil pen itu demi menjaga
A B C
maruah adiknya. Tiada kesalahan.
D

100. Mesyuarat ini diadakan adalah untuk membincangkan perkara-perkara yang berkaitan
A B
dengan lawatan yang dianjurkan oleh kelab ini. Tiada kesalahan.
C D

LATIHAN TATABAHASA SEKSYEN A

SEKSYEN A: KOLEKSI SOALAN TATABAHASA
Soalan 1 hingga Soalan 60

Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.

1. “Penduduk Kampung Parit Sulong menyambut ketibaan wakil rakyat itu ke kampong ______ dengan paluan kompang.
A dia
B nya
C kalian
D mereka

2. “Mengapakah _______ tidak mahu mewakili sekolah dalam acara merentas desa
tahun lalu?” tanya Cikgu Fuad kepada Tahir.
A kita
B kamu
C mereka
D engkau

3. Di seberang jalan _____lah terletak pasar raya yang mengadakan jualan murah
itu.
A itu
B ini
C sini
D sana

4. Para guru boleh meminjam alat bantu mengajar di Pusat Kegiatan Guru pada _______ masa.
A apa-apa
B bila-bila
C siapa-siapa
D mana-mana

5. ________ tidak pernah bercuti walaupun telah setahun bekerja sebagai tukang
kebun di rumah saya.
A Kamu
B Dia
C Beliau
D Kalian

6. __________ peserta ekspedisi yang tersesat di dalam kawasan paya bakau itu telah
dijumpai semalam.
A Empat
B Keempat
C Satu perempat
D Keempat-empat




7. “Kerja-kerja ______ tidak sesuai dengan kelulusan saya,” kata Nur Atiqah
kepada Solihin.
A begini
B begitu
C sebegini
D sedemikian

8. “Hanya ________ seorang sahaja yang terselamat daripada serangan pengamuk
itu,” sembah Pak Kadim.
A patik
B hamba
C daku
D beta

9. __________ itu sedang mengulas acara lompat jauh yang sedang berlangsung di
tengah-tengah padang.
A Juruacara
B Juruteknik
C Juruhebah
D Jurugambar

10. _________ spesies ular yang jarang ditemui itu telah dijumpai di dalam gua tersebut.
A Kerongsang
B Kelongsong
C Kerongkong
D Kerambit

11. Indeks saham bagi industri berasaskan kopi dan koko naik _______ apabila
banyak pelabur asing memasuki pasaran.
A melonjak
B meninggi
C mendadak
D meningkat

12. Harimau belang yang dikatakan ________ di ladang getah itu amat merisaukan
para penoreh.
A berlari-lari
B merayau-rayau
C berjalan-jalan
D merangkak-rangkak

13. Ada sesetengah pihak yang mahu _________ mesyuarat pemilihan ahli
jawatankuasa baru Koperasi Bersatu itu.
A pulau
B dipulaukan
C pemulauan
D memulaukan




14. Emak memasukkan se______ garam ke dalam gulai yang sedang terjerang.
A cubit
B cekak
C cebis
D carik

15. Abang hanya meminum se________ air sebelum pergi ke pejabat kerana sudah
terlambat.
A titik
B teguk
C rincih
D berkas

16. “Belum ada apa-apa berita tentang kes pembunuhan itu yang saya terima ______
kini,” kata Sarjan Maarof.
A hingga
B sampai
C sejak
D dari

17. Calon-calon peperiksaan yang tidak membawa kad pengenalan diminta berdiri _________ dewan sehingga mendapat surat pengesahan daripada pihak sekolah.
A di sudut
B di tepi
C di sisi
D di luar

18. Pelita yang telah kehabisan minyak itu makin _________ menyebabkan kami
terpaksa mencari lilin.
A gelap
B malap
C balam
D hitam

19. Peserta yang ________ berhujah itu telah dipilih sebagai pemidato terbaik peringkat
daerah.
A mantap
B tegas
C petah
D jelas

20. Pemuda yang ________ beg tangan wanita itu telah ditangkap oleh orang yang
lalu-lalang di situ.
A meraba
B menarik
C merampas
D meragut




21. Jumlah kematian mangsa bencana tsunami itu telah ________ kepada ratusan
ribu orang.
A menolak
B menokok
C mencecah
D meningkat

22. Pelbagai langkah _______ dilaksanakan untuk menangani masalah cetak rompak
supaya industri muzik tanah air tidak terus menanggung kerugian.
A sedang
B hendak
C mahu
D telah

23. ________, aku tidak mahu bersubahat lagi dengan kumpulan budak nakal itu!
A Oh
B Ah
C Cis
D Wah

24. Rosman dituduh meniru Ali ________ markah Rosman lebih tinggi daripada
markah Ali.
A melainkan
B sebaliknya
C walaupun
D padahal

25. Abang ________ seguni baja di atas kepalanya lalu menuju ke tengah-tengah
sawah.
A mengandar
B menjunjung
C menjinjing
D memikul

26. Kalau saya tidak dilantik menjadi ketua rombongan ________ awaklah yang akan
dipilih.
A agaknya
B barangkali
C kelak
D tentu

27. Tuan pengetua akan memberi __________ tentang masalah gengsterisme dan buli
ketika berucap dalam mesyuarat PIBG.
A penjelasan
B penerangan
C perhatian
D penekanan




28. Emak jatuh _________ di atas lantai ketika turun dari kerusi rodanya.
A terjelepuk
B terperosok
C tergelincir
D tergelongsor

29. Tendangan lencongnya menyebabkan bola __________ masuk ke dalam jaring gol
sehingga para pemain pihak lawan terpinga-pinga.
A menerjah
B membolos
C merembes
D menyumbat

30. Juara pertandingan badminton itu menerima piala daripada pihak penaja _________
menjulang piala yang dimenanginya itu ke arah penonton.
A seterusnya
B sambil
C lalu
D lantas

31. Pada 16 Mei setiap tahun, warga sekolah akan mengadakan sambutan _________ .
A Hari Kantin
B Hari Kanak-kanak
C Hari Pekerja
D Hari guru

32. Kawasan pelupusan sampah di hujung taman ini dikenal pasti sebagai tempat
Pembiakan __________ .
A lelabah
B jejentik
C kekura
D tetupai

33. __________ pengurus syarikat itu yang menggelapkan duit keuntungan syarikat.
A Agak-agak
B Harap-harap
C Entah-entah
D Mungkin-mungkin

34. Pemuda yang berambut panjang itu _______ rantai emas dari leher Tina.
A menarik
B meragut
C merampas
D merengkuh

35. Semua jemputan telah datang ________ Puan Rashimah sekeluarga.
A melainkan
B kecuali
C sebaliknya
D tidak

36. Kamu tidak akan didakwa __________ kamu bersetuju untuk memulangkan basikal
yang kamu curi semalam.
A apabila
B kalau
C tatkala
D jika

37. Pakaian pengemis itu berbau __________ kerana sudah lama tidak dibasuh.
A tengik
B hangit
C wangi
D hapak

38. Beberapa orang peserta tertidur ketika mendengar taklimat yang _________
daripada Ketua Lembaga Pengarah itu.
A berjela-jela
B berkait-kait
C berumbai-umbai
D berjuntai-juntai

39. Puan Hamidah ____________ kerana mesin jahit yang baru dibelinya itu sering rosak.
A merungut
B berleter
C meracau
D mengigau

40. Golongan cerdik pandai di negeri ini disarankan supaya _________ tenaga untuk
membantu kerajaan dalam mengatasi inflasi.
A memerahkan
B mencurahkan
C menghayunkan
D menggemblengkan

41. Para penonton banyak memperoleh faedah __________ rancangan “Edisi Siasat”
yang memaparkan pelbagai fenomena hidup pada hari ini.
A oleh
B dari
C tentang
D daripada

42. Pemborong itu __________memasarkan pakaian batik keluaran Syarikat Anggun di
Malaysia ________ di luar negara.
A baik ... mahupun
B baik pun ... bukan saja
C bukan saja ... bahkan juga
D sedangkan ... tambahan pula





43. Percakapannya yang suka _________ itu menyebabkan pihak polis mengesyaki
dialah yang mencuri kereta itu.
A ulang-alik
B dolak-dalik
C karut-marut
D lintang-pukang

44. Anak-anak Mak Ijah yang baru balik dari sekolah memakan makanan yang terhidang
di atas meja itu sehingga __________.
A gopoh-gapah
B riuh-rendah
C kucar-kacir
D licin-licau

45. _____________ tuduhan itu dibuktikan terlebih dahulu sebelum dibawa ke mahkamah?
A Iakah
B Patutkah
C Bilakah
D Adakah

46. Novel yang terpilih itu adalah __________ keruntuhan moral dalam kalangan remaja.
A tentang
B kisah
C mengenai
D menyentuh

47. “Hari sudah senja, eloklah _______ membuat unggun api sekarang,” kata Roslan
kepada rakan-rakannya.
A kami
B kita
C awak
D mereka

48. Puan Saidah memakai se_________ kalung mutiara pada hari persandingan
anaknya.
A untai
B lembar
C pasang
D jurai

49. Pencuri itu _______ perut tauke kedai emas dengan sebilah pisau.
A merobek
B merodok
C mencucuk
D mencabik






50. Ibu sedang ____________ sayur-sayuran itu sebelum dicampurkan ke dalam kuah
rojak.
A merebus
B mencelur
C mengukus
D menanak

51. Sesiapa yang tidak dapat menyaksikan siaran langsung keputusan pilihan raya pada
malam tadi, mereka boleh menonton siaran _____________ pada pagi ini.
A berhenti
B tertunda
C bertangguh
D penghalang

52. Pak Awang ____________ lalang-lalang yang di kebunnya dengan sebilah parang
panjang.
A memotong
B menebas
C mengerat
D memangkas

53. Berkat __________Talib menghafal ayat-ayat suci al-Quran itu, dia telah dicalonkan
untuk menyertai pertandingan musabaqah di Kuala Lumpur.
A kebenaran
B kekerasan
C ketelitian
D kesungguhan

54. ____________ ayah seorang yang garang, __________ beliau bertanggungjawab
dan sentiasa mengawasi kami agar berjaya dalam pelajaran.
A Sungguhpun ... bahkan
B Sungguhpun ... namun
C Sungguhpun ... sebaliknya
D Sungguhpun ... apatah

55. Pelumba New Zealand yang ____________ basikal berwarna biru itu berjaya memintas
rakan senegaranya pada pusingan terakhir.
A mengayuh
B menunggang
C memandu
D memecut

56. Sebelum mengadakan latihan, lazimnya pensyarah kami akan memberi ____________ tentang cara-cara membuat tugasan itu.
A tunjuk sebab
B tunjuk ajar
C tunjuk cara
D tunjuk bukti



57. ___________semula sesebuah syarikat yang telah lama beroperasi akan mengukuhkan
syarikat tersebut lagi.
A Pembubaran
B Pengurusan
C Pembentukan
D Penstrukturan

58. __________pendapat saya, pemimpin yang mengamalkan rasuah mesti dihukum
buang daerah.
A Pada
B Dalam
C Dari
D Daripada

59. Datuk membeli sepuluh ________ petai di pasar tani pagi tadi.
A gugus
B papan
C utas
D keping

60. Encik Faiz tidak ________segala permintaan isteri mudanya.
A terpenuhi
B terlayani
C terkuasai
D terpatahkan

ANALISIS NOVEL MENITI KACA

ANALISIS NOVEL TINGKATAN 1 - ZON 1 "MENITI KACA"
Soalan 1:

Berdasarkan novel yang telah anda kaji, huraikan sinopsis novel tersebut.
[ 10 markah ]

Jawapan

Novel yang saya kaji ialah novel Meniti Kaca, karya Raja Sabarudin Raja Abdullah. Novel ini mengisahkan Nazar, seorang anak tunggal dan masih dalam usia remaja. Oleh sebab ibunya nanar dan ayahnya selalu sakit, hidupnya tidak terurus. Begitu juga dengan makan minumnya. Jiran tetangga banyak membantu Nazar sekeluarga. Setelah ibunya meninggal dunia, Nazar terus gigih mengharungi hidup. Dia rajin belajar dengan rakan sekampung dan setingkatan. Tidak lama kemudian, ayahnya pula meninggal dunia. Nazar kehilangan kasih sayang ayah dan ibu. Dia bergantung harap kepada ibu saudaranya, rakan-rakan dan jiran tetangga. Berkat kesungguhan, kesabaran, ketabahan, dan keyakinan, akhirnya Nazar berjaya dalam menempuhi dugaan hidup. Dia bercita-cita untuk menjadi seorang doktor.

Soalan 2:
Berdasarkan novel yang anda kaji, huraikan tema dan persoalan yang terkandung dalam novel tersebut.
[ 10 markah ]
Jawapan

Novel yang saya kaji ialah novel Meniti Kaca, karya Raja Sabarudin Raja Abdullah. Tema novel ini ialah kegigihan dan ketabahan seorang anak remaja mengharungi hidup. Nazar, seorang remaja yang gigih berusaha untuk mencapai kejayaan dan tabah menghadapi dugaan.
Persoalan pertama ialah semangat perpaduan. Semangat ini tergambar pada keluarga Ah Seong yang sentiasa memberi sokongan moral kepada Nazar agar tabah menghadapi dugaan hidup.
Persoalan kedua ialah kemanusiaan dan kemasyarakatan. Sikap gotong-royong dan bekerjasama amat ketara pada masyarakat desa. Atas rasa simpati dan tanggungjawab bersama, orang kampung sanggup bekerjasama mencari Mahyun yang hilang, sehingga mayat Mahyun ditemui dan menguruskan jenazah sehingga selamat dikebumikan secara bekerjasama.
Persoalan ketiga ialah keluhuran budi dan baik hati. Selain Ah Seong, Kim Moi, dan Ah Leong yang memiliki sifat belas kasihan, bertimbang rasa, murah hati, dan saling memahami, Mak Miah, Pak Sehak, Pak Sahar, dan Zainab turut memiliki sifat sedemikian. Mereka mengambil berat tentang masalah yang dihadapi oleh Nazar dan menunjukkan simpati terhadap nasib yang menimpa keluarga Nazar.
Persoalan keempat ialah buruk sangka dan memfitnah. Buktinya, penduduk kampung terutamanya Sidang Seman sentiasa bersangka buruk dan membuat tohmahan terhadap Nazar dan Zainab apabila mereka ternampak Zainab belajar bersama-sama Nazar dan apabila mereka terserempak dengan Zainab dan Nazar di tepi sungai.

Soalan 3:
Huraikan Watak dan perwatakan bagi watak utama berdasarkan novel yang telah anda kaji.
[ 10 markah ]
Jawapan
Novel yang saya kaji ialah novel Meniti Kaca, karya Raja Sabarudin Raja Abdullah. Watak utama dalam novel ini ialah Nazar. Nazar seorang yang tabah. Buktinya, dia menghadapi penyakit ibunya yang nanar dengan tabah.
Selain itu, Nazar digambarkan seorang remaja yang bijak dan pandai. Hal ini demikian kerana dia mendapat lima unit dalam peperiksaan PMR. Hal ini menyebabkan dia diterima masuk ke sekolah berasrama penuh.
Tambahan pula, Nazar seorang yang penyayang. Dia amat menyayangi ibu bapanya. Dia tidak sanggup berpisah dengan ibunya yang dimasukkan ke hospital. Dia juga berasa cemas apabila ibunya hilang.
Namun demikian, Nazar juga digambarkan sebagai seorang yang berfikiran matang. Pelbagai tohmahan dan fitnah yang melanda dirinya telah diterima dengan penuh kesabaran. Dia menganggap semua yang berlaku itu ujian Tuhan. Demikianlah perwatakan Nazar sebagai watak utama.

Soalan 4 :
Huraikan watak dan perwatakan bagi empat watak sampingan berdasarkan novel yang telah anda kaji. [ 10 markah ]

Jawapan
Novel yang saya kaji ialah novel Meniti Kaca, karya Raja Sabarudin Raja Abdullah. Watak sampingan pertama dalam novel ini ialah Pak Sahar. Pak Sahar merupakan bapa kepada Nazar. Dia bekerja sebagai pegawai luar di Lumut. Beliau seorang ayah yang penyayang. Buktinya, dia amat menyayangi dan mengambil berat akan pelajaran Nazar. Dia juga amat menyayangi isterinya, Mahyun. Dia berikhtiar untuk menyembuhkan penyakit isterinya. Oleh sebab sakit, dia meninggal dunia semasa Nazar berada dalam tingkatan 4.
Mahyun merupakan salah seorang watak sampingan yang memainkan peranan penting dalam novel ini. Dia ialah ibu kepada Nazar dan isteri kepada Pak Sahar. Dia berpenyakit nanar sejak melahirkan anak keduanya. Dia seorang wanita yang berkulit langsat, rambutnya mencecah bahu serta berlesung pipit. Mahyun suka bernyanyi. Oleh sebab mempunyai suara yang merdu, Nazar pernah mendengar ibunya menyanyi dengan suara yang merdu. Dia juga seorang yang suka merayau. Dia selalu bertandang ke rumah jiran dan berleter di anak tangga. Dia meninggal dunia semasa cerita mencapai klimaksnya.
Watak sampingan seterusnya ialah Zainab. Zainab merupakan anak kepada Pak Sehak, dia mempunyai seorang adik bernama Fauzi. Dia seorang gadis remaja sebaya Nazar dan memiliki paras rupa yang cantik kerana mempunyai lesung pipit. Zainab seorang yang rajin. Dia rajin menghantar makanan kepada Nazar dan rajin mengulang kaji pelajaran. Zainab seorang yang mudah bersimpati dan penyayang. Dia menyayangi, bersimpati dengan nasib malang yang dialami oleh Nazar.
Ah Seong juga merupakan salah satu watak sampingan. Dia merupakan jiran Nazar. Ibunya bernama Kim Moi dan ayahnya, Ah Leong. Dia mempunyai dua orang adik iaitu Ah Meng dan Ah Leng. Dia seorang yang baik hati terhadap rakan dan jiran. Dia membantu rakan sebayanya, Nazar setelah Mahyun didapati hilang dari rumah. Dia memberitahu Sidang Seman mengenai perkara itu. Dia juga seorang yang rajin. Dia selalu belajar bersama-sama Nazar dan Zainab. Ah Seong seorang yang mudah bersimpati. Dia amat bersimpati atas dugaan yang menimpa Nazar. Dia sentiasa menasihati Nazar agar bersabar.

Soalan 5 :
Plot memainkan peranan yang penting dalam sesebuah karya. Huraikan plot berdasarkan novel yang telah anda kaji. [ 10 markah ]

Jawapan
Novel yang saya kaji ialah novel Meniti Kaca, karya Raja Sabarudin Raja Abdullah. Eksposisi ialah permulaan cerita. Dalam bahagian ini, biasanya pengarang memperkenalkan watak. Buktinya, pengarang memperkenalkan watak Nazar yang pulang dari sekolah dan mencari ibunya Mahyun yang tiada di rumah ketika itu. Mahyun menghidap penyakit nanar dan sering merayau ke rumah orang.
Cerita berkembang dalam plot perkembangan apabila Pak Sahar mengambil tindakan menghantar Mahyun ke Hospital Bahagia Tanjung Rambutan bagi mengubati penyakit Mahyun. Penyakit Mahyun tidak juga sembuh dan dia dibawa pulang ke rumah. Suatu hari, Mahyun didapati hilang dan akhirnya dia ditemui mati.
Perumitan ialah konflik yang berlaku dalam sesebuah karya. Dalam novel ini, pelbagai masalah dihadapi oleh Nazar. Ketiadaan ibu dalam keadaan dia hampir menduduki peperiksaan PMR, dia mendengar desas-desus ayahnya akan berkahwin lagi. Sementara itu, hubungannya dengan Zainab telah disalah anggap oleh penduduk kampung sehingga dia dilarang oleh ayahnya belajar bersama-sama dengan Zainab. Ayahnya pula sering sakit dan penyakit ayahnya semakin teruk dari sehari ke sehari.
Puncak ialah klimaks sesebuah cerita. Pada bahagian yang paling penting ini, Nazar yang sedang belajar di sekolah berasrama penuh telah dijemput oleh Pak Sehak dan beberapa orang lagi yang memberitahu bahawa ayahnya dimasukkan ke hospital. Bagaimanapun, Pak Sahar meninggal dunia semasa Nazar dalam perjalanan ke hospital.
Pada bahagian peleraian atau pengakhiran novel ini, jenazah Pak Sahar selamat dikebumikan. Nazar terus belajar di sekolah berasrama penuh dengan bercita-cita untuk menjadi seorang doktor.









Soalan 6:

Teknik Plot memainkan peranan yang penting dalam sesebuah karya. Huraikan teknik plot berdasarkan novel yang telah anda kaji. [ 10 markah ]

Jawapan
Novel yang saya kaji ialah novel Meniti Kaca, karya Raja Sabarudin Raja Abdullah. Dalam novel ini, terdapat beberapa teknik penceritaan yang penting. Teknik penceritaan pertama ialah dialog. Pengarang banyak menyelitkan perbualan antara Nazar dengan ayahnya, Pak Sahar.
Teknik plot kedua ialah monolog. Monolog ialah teknik bercakap sendirian. Buktinya, Nazar membisikkan kepada dirinya bahawa emak tidak mengalami sakit jiwa seperti yang dianggap oleh kawan-kawannya.
Teknik ketiga ialah teknik monolog dalaman. Monolog dalaman ialah kata-kata yang hanya terbit dalam hati seseorang watak. Buktinya, hati Nazar berbisik apabila mendapati ibunya tiada di rumah dan hatinya tertanya-tanya ke mana emaknya pergi.
Teknik keempat ialah imbas kembali. Imbas kembali bermaksud pengarang memasukkan unsur ingat semula kejadian atau peristiwa yang pernah berlaku. Contohnya, apabila berjauhan daripada ibunya, Nazar teringat akan ibunya yang pandai menyanyi.
Teknik seterusnya ialah teknik imbas muka. Teknik ini juga dikenali sebagai ramalan pengarang dalam sesebuah penceritaan. Biasanya pengarang memasukkan perkataan seperti “akan” dalam petikan cerita. Buktinya, Nazar memberitahu ayahnya bahawa dia akan mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan PMR. Dia mungkin akan mendapat sepuluh atau lima belas unit.


Soalan 7:
Huraikan latar tempat berdasarkan novel yang telah anda kaji berserta peristiwa yang berlaku di tempat-tempat yang anda nyatakan tersebut. [ 10 markah ]

Jawapan
Novel yang saya kaji ialah novel Meniti Kaca, karya Raja Sabarudin Raja Abdullah. Latar tempat pertama ialah Hospital Bahagia Tanjung Rambutan. Buktinya, Mahyun dirawat di situ.
Latar tempat kedua ialah rumah Nazar yang terletak di Kampung Kota. Buktinya, Nazar yang baru pulang ke rumah mendapati bahawa ibunya telah hilang entah merayau ke mana. Selepas itu, dia pergi ke rumah Kim Moi untuk bertanya tentang tempat yang ditujui oleh ibunya sejak pagi tadi.
Latar tempat ketiga ialah di sungai. Ibunya meninggal dunia di kawasan sungai kerana tersepit di celah-celah pokok kelapa. Tempat ini telah meninggalkan sejarah hitam dalam hidup Nazar.
Latar tempat keempat ialah rumah Mak Miah. Rumah Mak Miah berdekatan dengan rumah Nazar. Biasanya Zainab menghantar makanan dari rumahnya ke rumah Nazar dengan berjalan kaki sahaja.
Latar tempat kelima ialah Sekolah Menengah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh. Di sinilah Nazar meneruskan persekolahannya dalam peringkat menengah tinggi. Sekolah ini ialah sebuah sekolah yang berasrama penuh dan Nazar tinggal di asrama.

Soalan 8 :
Huraikan latar masa berdasarkan novel yang telah anda kaji berserta peristiwa yang berlaku pada masa yang anda nyatakan tersebut. [ 10 markah ]

Jawapan
Novel yang saya kaji ialah novel Meniti Kaca, karya Raja Sabarudin Raja Abdullah. Jarak masa novel ini berlangsung adalah lebih kurang dua tahun. Cerita bermula semasa Nazar berada dalam tingkatan dua dan berakhir ketika Nazar memasuki tingkatan 4 di Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh.
Latar masa siang banyak digunakan oleh pengarang. Buktinya, Zainab menghadiahi Nazar sebuah kotak muzik sebelum Nazar bertolak ke sekolah berasrama penuh di Ipoh.
Latar waktu senja juga digunakan oleh pengarang. Buktinya, selepas gagal mencari Mahyun seharian, Sidang Seman mengarahkan anak-anak buahnya bergerak mencari Mahyun yang hilang.
Latar masa malam juga berlaku dalam perjalanan cerita novel ini. Buktinya, pada waktu malam, Mak Miah dan Pak Sehak mengunjungi rumah Pak Sahar dan mencadangkan agar Pak Sahar berkahwin lagi selepas kematian Mahyun.

Soalan 9:
Huraikan latar masyarakat atau citra masyarakat yang digunakan oleh pengarang dalam novel yang telah anda kaji. [ 10 markah ]

Jawapan
Novel yang saya kaji ialah novel Meniti Kaca, karya Raja Sabarudin Raja Abdullah. Latar masyarakat pertama ialah masyarakat kampung. Masyarakat ini diwakili oleh penduduk Kampung Kota yang terdiri daripada Mahyun, Nazar, Pak Sehak, Mak Miah dan banyak lagi. Penduduk kampung ini tinggal dalam keadaan damai dan sejahtera. Mereka diketuai oleh Sidang Seman.
Latar masyarakat kedua ialah masyarakat Cina. Masyarakat ini diwakili oleh Kim Moi dan Ah Leong yang mempunyai anak-anak yang bernama Ah Seong, Ah Meng, dan Ah Leng.
Latar masyarakat ketiga ialah masyarakat yang bekerjasama. Buktinya, selepas gagal mencari Mahyun seharian, Sidang Seman mengarahkan anak-anak buahnya bekerjasama mencari Mahyun yang hilang.
Latar masyarakat keempat ialah masyarakat pelajar. Buktinya, Nazar, Zainab, dan Ah Seong merupakan golongan pelajar yang rajin berusaha dan sering mengulang kaji pelajaran bersama-sama untuk menghadapi peperiksaan PMR.
Latar masyarakat seterusnya ialah masyarakat yang suka memfitnah. Buktinya, penduduk kampung terutamanya Sidang Seman sentiasa bersangka buruk dan membuat tohmahan terhadap Nazar dan Zainab apabila mereka ternampak Zainab belajar bersama-sama Nazar dan apabila mereka terserempak dengan Zainab dan Nazar di tepi sungai.


Soalan 10:
Huraikan nilai-nilai murni yang terdapat dalam novel yang telah anda kaji. [ 10 markah ]

Jawapan
Novel yang saya kaji ialah novel Meniti Kaca, karya Raja Sabarudin Raja Abdullah. Nilai pertama ialah kegigihan. Buktinya, Nazar gigih menempuh cabaran demi cabaran dalam hidupnya. Apabila ibunya sakit, dia terpaksa berpisah dengan ibunya. Apabila ibunya meninggal dunia, dia juga gigih menghadapi dugaan tersebut.
Nilai kedua ialah bekerjasama. Buktinya, penduduk kampung bekerjasama mencari Mahyun yang hilang. Akhirnya, mereka berjaya mencari Mahyun.
Nilai ketiga ialah keyakinan. Buktinya, Nazar yakin bahawa dia akan mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan PMR. Apabila ditanya oleh Pak Sahar, dia berkeyakinan akan mendapat sepuluh atau lima belas unit dalam peperiksaan tersebut.
Nilai keempat ialah kasih sayang. Buktinya, Nazar amat menyayangi ibunya kerana dia keberatan untuk berpisah dengan ibunya. Pak Sahar pula menyayangi Nazar dengan memberi nasihat agar Nazar belajar rajin-rajin.
Nilai seterusnya ialah hormat-menghormati. Dalam novel ini, Nazar menghormati
bapanya. Zainab menghormati ibu bapanya dan Ah Seong menghormati ibu bapanya. Selain itu, perasaan hormat-menghormati wujud dalam masyarakat kampung. Hal ini dapat dilihat daripada hubungan yang terjalin antara keluarga Pak Sahar dengan Pak Sehak.

Soalan 11:
Huraikan pengajaran atau mesej yang terdapat dalam novel yang telah anda kaji. [ 10 markah ]

Jawapan
Novel yang saya kaji ialah novel Meniti Kaca, karya Raja Sabarudin Raja Abdullah. Pengajaran pertama ialah kita mesti gigih berusaha untuk menghadapi pelbagai rintangan dalam kehidupan. Buktinya, Nazar gigih menempuh cabaran demi cabaran dalam hidupnya. Apabila ibunya sakit, dia terpaksa berpisah dengan ibunya. Apabila ibunya meninggal dunia, dia juga gigih menghadapi dugaan tersebut.
Pengajaran kedua ialah kita harus mengamalkan sikap bekerjasama terutama apabila menghadapi sesuatu masalah. Buktinya, penduduk kampung bekerjasama mencari Mahyun yang hilang. Akhirnya, mereka berjaya mencari Mahyun.
Pengajaran ketiga ialah kita patut mempunyai keyakinan dalam semua hal yang kita buat. Buktinya, Nazar yakin bahawa dia akan mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan PMR. Apabila ditanya oleh Pak Sahar, dia berkeyakinan akan mendapat sepuluh atau lima belas unit dalam peperiksaan tersebut.
Pengajaran keempat ialah kita harus saling menyayangi antara satu sama yang lain. Buktinya, Nazar amat menyayangi ibunya kerana dia keberatan untuk berpisah dengan ibunya. Pak Sahar pula menyayangi Nazar dengan memberi nasihat agar Nazar belajar rajin-rajin.
Pengajaran seterusnya ialah kita mesti hormat-menghormati terutama dalam masyarakat yang berbilang kaum di Malaysia. Dalam novel ini, Nazar menghormati bapanya. Zainab menghormati ibu bapanya dan Ah Seong menghormati ibu bapanya. Selain itu, perasaan hormat-menghormati wujud dalam masyarakat kampung. Hal ini dapat dilihat daripada hubungan yang terjalin antara keluarga Pak Sahar dengan Pak Sehak.

Soalan 12:
Huraikan gaya bahasa yang terdapat dalam novel yang telah anda kaji. [ 10 markah ]

Jawapan
Novel yang saya kaji ialah novel Meniti Kaca, karya Raja Sabarudin Raja Abdullah. Gaya bahasa memainkan peranan yang amat penting dalam sesuatu karya. Gaya bahasa pertama ialah simile. Antara contoh simile yang terdapat dalam novel ini ialah Lama-kelamaan wajah-wajah itu hilang bagaikan ketulan air batu yang mencair. Contoh kedua ialah Istana sepi bagaikan gua.

Gaya bahasa kedua ialah metafora. Buktinya Api kemarahan rupanya masih lagi membara di lubuk hati Pak Sehak. Api ialah unsur konkrit manakala kemarahan ialah unsur abstrak.

Gaya bahasa ketiga ialah perulangan. Buktinya:
Apakah ayah akan berkahwin lagi?
Apakah ayah sudah tidak sayangkan ibu lagi?

Gaya bahasa keempat ialah personifikasi atau unsur perorangan. Contohnya, Perasaan cemas mula bergayut di wajah Kim Moi dan angin bulan Oktober yang lembap itu terasa menampar-nampar muka Ah Seong. Dalam contoh tersebut, angin mempunyai sifat manusia yang boleh menampar.

Gaya bahasa seterusnya ialah peribahasa. Antara peribahasa yang digunakan dalam novel ini ialah “berat mata memandang, berat lagi bahu memikul” dan “tepuk air di dulang, sedikit sebanyak terpercik juga ke muka sendiri”.

KARANGAN UCAPAN

1. Anda telah dilantik sebagai ketua pengawas sekolah. Pada minggu pertama bertugas, anda telah diminta menyampaikan ucapan. Tulis ucapan tersebut selengkapnya. Panjang karangan itu hendaklah lebih daripada 180 patah perkataan.

Pendahuluan:
kata alu-aluan kepada para hadirin

Isi-isi penting:
(a) mengucapkan terima kasih kepada guru dan para pelajar yang telah melantik
anda menjadi pemimpin pelajar

(b) menyedari bahawa harapan guru-guru dan pelajar-pelajar terhadap diri anda
terlalu tinggi – amanah yang berat itu akan dipikul bersama-sama pengawas
yang lain

(c) menyeru semua pelajar agar menjaga nama sekolah – belajar dengan
bersungguh-sungguh – tanamkan semangat bersaing antara rakan pelajar

(d) berharap agar semua pelajar memberi kerjasama – mematuhi peraturan sekolah
– sekiranya pelajar-pelajar menghadapi masalah – berunding dengan kaunselor
dan guru-guru

Penutup:
berterima kasih dan berjanji akan menunaikan tugas yang telah diamanahkan


2. Anda telah dipilih untuk menyertai pertandingan syarahan yang bertajuk “Utamakan Barang barang Buatan Malaysia”. Tulis teks syarahan tersebut selengkapnya. Panjang karangan itu hendaklah lebih daripada 180 patah perkataan.

Pendahuluan:
kata alu-aluan mengikut protokol – menyatakan tajuk syarahan

Isi-isi penting:
(a) barang-barang buatan Malaysia ialah barang-barang yang dihasilkan oleh
penduduk tempatan dengan menggunakan bahan-bahan yang terdapat di
sekitarnya

(b) barang-barang tempatan lebih bermutu dan lebih murah daripada barangbarang
import

(c) merangsang pertumbuhan industri tempatan dan mengelakkan pengaliran
wang ke luar negara

(d) menambahkan peluang pekerjaan dan dapat mengatasi masalah pengangguran

Penutup:
belilah barang-barang buatan Malaysia untuk menunjukkan kesetiaan kepada negara

3. Anda telah dipilih untuk mewakili sekolah dalam pertandingan syarahan yang bertajuk
“Pentingnya Keluarga Bahagia untuk Membentuk Masyarakat Sejahtera”. Panjang karangan itu hendaklah lebih daripada 180 patah perkataan.

Pendahuluan:
kata alu-aluan – menyatakan tajuk

Isi-isi penting:
(a) keluarga bahagia – keluarga yang hidup aman dan gembira – semua ahli
keluarga memainkan peranan masing-masing mengikut umur

(b) keluarga yang saling menghormati, bekerjasama sehingga dapat melahirkan
masyarakat yang penyayang serta sihat sejahtera

(c) ibu bapa, guru-guru, dan masyarakat bertanggungjawab untuk melahirkan
keluarga bahagia – menunjukkan tingkah laku yang baik dan sempurna supaya
dicontohi

(d) anak-anak yang mendapat didikan sempurna tidak akan melakukan perbuatan
yang bertentangan dengan agama dan adat

Penutup:
semua pihak mesti bekerjasama untuk melahirkan masyarakat bahagia